Thursday, December 22, 2011

PANAS: KENYATAAN MEDIA YB DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH TEPIS KATA2 SUMBANG!!!


Pembaca sekalian baca dan hayatilah kenyataan media YB Dato' Saifuddin Abdullah - Timb. Menteri Pengajian Tinggi mengenai peristiwa semalam...

22 Disember 2011

Pada kejadian semalam, saya dimaklumkan oleh pegawai Kementerian Pengajian Tinggi bahawa seramai lebih kurang 350 orang telah mengadakan perhimpunan aman di perkarangan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi. Saya tidak berada di sana kerana mempunyai program di Batu Pahat dan Seremban yang telah dijadualkan terlebih dahulu.

Memorandum mereka telah diterima oleh wakil saya, Setiausaha Sulit Kanan Mohd Nazri bin Noh. Beliau juga memaklumkan kepada mereka bahawa saya menjemput mereka mengadakan pertemuan di Parlimen pada 12.15 tengahari ini, tetapi ditolak. Pada malam tadi ketika saya menghadiri program debat di UPM, Mohd Shahar Abdullah, Presiden Alumni Aspirasi dan beberapa rakannya yang lain telah menemui saya dan menyerahkan memorandum. Pertemuan itu berlansung dalam tempoh yang singkat sahaja dalam suasana mesra di mana kami bersalaman sambil tersenyum.

Pada pendapat saya, mereka mempunyai hak untuk berhimpun dan bersuara. Sy akan mempertahankan hak mereka ini.Saya juga dimaklumkan bahawa sebahagian daripada yang hadir itu ialah mahasiswa. Kepada mereka, saya ingin nyatakan bahawa kasih saya pada mereka tidak berubah.


GR kata: kepada yang cakap-cakap sumbang dan tomahan tue hentikanlah...Dato' Saifuddin bukannya 'polis entry' yer...Beliau bekerja bukannya duk goyang kaki...Fikir-fikirkanlah!!!


baca juga di KHAZANAH dan JOMO

No comments:

Artikel pelbagai