Saturday, December 24, 2011

AC MIZAL & EIZLAN YUSOF DAPAT GELARAN DATO'...??


Sudah terbukti kebenarannya selepas gosip yang mempersoalkan pangkat Dato' pengacara popular, AC Mizal hangat diperkatakan apabila beberapa keping gambar telah didedahkan oleh forum hiburan popular Malaysia iaitu Cari. Menurut sumber, gambar tersebut diambil sekitar raptai istiadat penyampaian anugerah yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Namun tiada penjelasan khusus diberikan mengenai anugerah yang akan diberikan kepada Ac Mizal dan Eizlan Yusof. Walaubagaimanapun, anugerah tersebut akan membawa pangkat Dato'.

Lepas nie bertambah lagilah selebriti yang berpangkat Dato'. Namun jika difikirkan secara realistik adalah ini perlu? Layakkah artis-artis ini diberikan anugerah? Berapa banyak jasa mereka kepada negara atau kepada industri hiburan tempatan sehingga dianugerahkan pangkat???

Pembaca nilailah sendiri...


p/s: ramai duk kejar pangkat sekarang...dunia oh dunia!!!

1 comment:

Anonymous said...

Sbb tu org awam dh xheran dgn manusia yg brgelar 'datuk'...sng sgt nak dpt.

Artikel pelbagai