Friday, December 28, 2012

WAJIB BACA: RAKYAT DAN NEGARA BAKAL BERPERANG PRU 13 NANTI, ANGKARA DAP!!


Secara amnya, rakyat Malaysia cukup kenal siapa DAP, PKR dan PAS. Namun, jika kita merasakan yang kita sudah cukup mengenali DAP melalui deskripsi di atas maka, ia agak kurang tepat.

DAP sudah begitu sinonim dengan sikap rasis, chauvinis, kiasu dan memusuhi Islam-Melayu. DAP juga tidak pernah berselindung mengenai agenda mereka untuk menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu di mana secara terbuka menolak sebarang darjah kebesaran dari Institusi tersebut. Tindakan itu kita ambil sebagai simbol penolakan total terhadap Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Ini kerana, terdapat satu perkara lagi mengenai DAP yang mana ramai di kalangan masyarakat Malaysia, khasnya orang-orang Melayu masih belum arif atau sedar iaitu mengenai agenda Kristianisasinya.

Yang lebih arif mengenai agenda Kristianisasi DAP ini adalah dari kalangan kaum Cina. Kita lihat bagaimana ceramah-ceramah DAP di hadapan kaum Cina sering meletakkan garis pemisah jelas antara 'orang Melayu-Islam' dan 'orang bukan Melayu dan bukan Islam' dan kemudian menyeru agar 'bukan Melayu dan bukan Islam' agar bersatu-padu, secara tersiratnya, untuk menentang 'Melayu-Islam' (UMNO).

Banyak pendedahan telah pun dibuat, antaranya mesyuarat tertutup DAP yang jelas menyebut agenda menjadikan Malaysia negara Kristian, serta program-program politik yang dihadiri paderi-paderi atau pastor dari serata negeri. Kes-kes murtad yang terdedah juga membuktikan agenda ini benar wujud apabila pemimpin-pemimpin DAP pantas membela pihak gereja dan cuba menutup taktik kotor mereka, sehingga akhirnya berjaya memastikan PAS menyingkirkan Dato’ Dr. Hasan Ali.

DAP menyangkal pendedahan ini tetapi lebih banyak mengambil sikap membisu agar perkara ini tidak menjadi besar. GR yakin sikap penakut DAP ini akan membuatkan agenda besar mereka ini masih dalam keadaan selamat. Apatah lagi dengan sikap PAS yang memilih untuk membela DAP dalam kebanyakan isu, termasuk isu murtad, maka DAP yakin mereka tidak perlu bimbangkan sebarang tindak-balas dari pihak Islam.

Benar, selagi Pakatan Haprak terus menjadi pembangkang, dan selagi PAS dan DAP memerlukan satu sama lain untuk menawan Putrajaya, maka agenda kristianisasi DAP mungkin boleh terus-terusan diremehkan oleh PAS dan ditutup oleh DAP dari pandangan ramai.

Walaubagaimanapun, selagi ‘pusat penyebarannya’ iaitu Subang Jaya, Selangor masih berada di bawah kekuasaan Pakatan, yakni DAP, dan selagi sumber kewangan mereka terus bertambah dan semakin kukuh, maka selagi itulah ia akan berkembang di negara ini di mana tidak mustahil akan mencetuskan persengketaan antara agama dan kaum suatu hari nanti.

Atau lebih buruk dan malang bagi Malaysia sekiranya Pakatan Haptak ditakdirkan menang dalam PRU-13. Memandangkan Pakatan mengambil prinsip “menang dahulu fikir kemudian” maka kita boleh menjangkakan kekecohan di dalam parlimen yang berlanjutan dan tiada kesudahan. DAP pastinya konsisten serta tegas ingin membentuk negara sekular manakala PAS pula berdegil ingin menyerapkan Islamisasi di dalam perlembagaan sekular tersebut yang mana pasti dibantah oleh DAP.

Negara akan berada dalam keadaan terumbang-ambing arah tuju selama beberapa lama menyebabkan pelabur menjadi ‘cuak’, dan akhirnya menyebabkan ketidakstabilan ekonomi.

Seterusnya, kita menjangkakan pemimpin PAS mengalah kepada DAP bagi memastikan kedudukan jawatan dan kewangan mereka selamat. Sifat mengalah PAS kemudiannya membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong mereka serta semua rakyat yang beragama Islam termasuk yang menyokong UMNO kerana tidak sanggup negara ini menjadi negara sekular.


Hanya dalam masa tidak sampai setahun dari pengambilalihan kuasa, iaitu pada tahun 2014, demonstrasi mula menjadi sesuatu yang rutin dan bertambah buruk seiring dengan kejatuhan ekonomi negara.

Apa yang dijangka berlaku jika Pakatan memerintah ini adalah tidak jauh berbeza dengan keadaan yang membawa kepada keganasan Reformasi di Malaysia. Ini telah pun terjadi di negara-negara jiran kita yang menimbulkan kemarahan rakyat mereka kerana kelemahan pemimpin itu sendiri. Kelemahan dari segi ekomoninya, pembangunananya, pembelaan terhadap rakyatnya dan bermacam lagi yang boleh membuatkan kemarahan rakyat itu sendiri. Akhirnya, apa yang bermula sebagai krisis ekonomi bertukar menjadi penghapusan etnik dan seterusnya ‘perang Islam-Kristian’.

Jika ini berlaku di Malaysia di mana DAP secara dasarnya berdiri atas perjuangan Kristianisasi, maka tidak mustahil apa yang bakal tercetus ialah satu lagi ‘Perang Salib’. Betulkan...kerana mereka tidak mempunyai sebarang matlamat, yang hanya satu untuk merampas Putrajaya.

GR yakin dikalangan puak Pakatan Haprak yang akan mempersoalkan artikel ini sebagai satu imaginasi atau usaha terdesak menakut-nakutkan rakyat dari mengundi mereka. Namun, dengan rekod sedia ada dan pendedahan yang dibuat untuk mencari kebenaran, persoalan mengenai ‘cuba menakut-nakutkan’ tidak harus timbul sama sekali, pembaca sememangnya wajar merasa takut.

Rakyat harus kekalkan kestabilan negara dan kemakmuran yang kita kecami sekarang, tidak perlu mengubahnya harus perelokkan pada yang lebih baik.


GR kata: PAS betul berjuang demi Islam? UMNO itu benar kafir? Fikir-fikirkanlah....

3 comments:

Anonymous said...

menyeru agar 'bukan Melayu dan bukan Islam' agar bersatu-padu, secara tersiratnya, untuk menentang 'Melayu-Islam' (UMNO).

Kalau DAP kristianisasi..MCA apa?Bukan isu ni zaman UMNO lagi ke?

UMNO sendiri pun tak mampu nak tegur MCA hina islam.

Tak payah salahkan DAP.UMNO sendiri yang pondan.

Dah rasa hilang kuasa barulah nak isu pasal kristian plak.

Anonymous said...

Salam. MCA hanya tentang Hudud PAS. DAP PULA NAK RAMPAS KALIMAH ALLAH DARI ISLAM. Yang mana Awak rasa lebih teruk. Adakah nak disamakan ALLAH ISLAM dgn ALLAH KRISTIAN. Tanya Nik Ajis dan Hadi apa Ulasan mereka.????

Unknown said...

Assalam Tuan, mohon dipautkan blog saya di halaman blog tuan, mediauruk.blogspot.com, terima kasih atas sokongan tuan....

Artikel pelbagai