Wednesday, December 26, 2012

HOT: RAMAI AHLI PAS JAHIL KERANA 'AMANAT HADI', KESIAHNYA!!


Alhamdulillah pintu taubat masih terbuka. Allah S.W.T telah memberi hidayah pada mereka yang sesat pemikiran mereka kerana terlampau taksub dengan politik.

Perasaan taksub terhadap 'Amanat Hadi' menyebabkan pembayaran zakat fitrah oleh ahli PAS suatu ketika dahulu tidak disempurnakan melalui imam UMNO yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kerana mendakwa penyokong UMNO kafir.

Mazhab mana yang Hadi Awang gunakan? Adakah dengan mengkafirkan sesama Islam dalam setiap perkara itu HALAL dalam prinsip PAS? Baik dari segi bantuan, makanan hinggalah perkara wajib yang dituntut oleh Islam pun haram ker jika ianya dijalankan dari bukan PAS??

Gambar di atas ialah bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pasir Puteh di sekitar tahun 2000, Shokri Mohd. Nor, 68, ketika menceritakan perkara itu menyatakan kekesalan di atas keterlanjuran itu sepanjang bergiat aktif sebagai aktivis tegar Pas sejak 40 tahun lalu.

Beliau berkata, ketika aktif dalam perjuangan PAS, bayaran zakat fitrah dilunaskan kepada imam yang menyokong Pas sahaja biarpun di luar mukim selain menunaikan fardu Jumaat di masjid tertentu sahaja. Menurutnya, dia dan sebilangan penyokong PAS turut mengeluarkan zakat fitrah secara terus kepada golongan miskin dalam kalangan penyokong parti itu sahaja.

Tepuk dada tanyalah hati wahai pembaca sekalian. Setiap hamba Allah S.W.T diperintahkan melaksanakanya semua tuntutan Islam adakah berpuak-puak? Dalam Al Quran adakah disebut begitu seperti yang termaktub dalam 'Amanat Hadi'. Sama-samalah kita berdoa agar ramai lagi ahli PAS diberikan petunjuk oleh Allah S.W.T untuk kembali pada landasan Islam yang sebenar.


GR kata: Laksanakan perintah Allah S.W.T dan ikut sunnah Nabi S.A.W pasti bawa kejayaan dunia dan akhirat.

No comments:

Artikel pelbagai