Thursday, December 27, 2012

ISU TANAH KELANTAN: SUA MB KELANTAN KANTOI BODOH TAK TAHU BACA SURAT MENYURAT!!


Kisah Isu Tanah Kelantan ini masih menjadi perbualan hangat baik di media sosial hinggalah dibibir rakyat Malaysia. Puak DAP dan PAS sudah mengelabah sardin sebab kegiatan haram mereka selama ini telah terbongkar.

Sidang Akhbar di Pejabat MB Kelantan melalui Setia Usaha Akhbar (SUA) Menteri Besar Ahmad Fadhli Shaari pada 21/12/2012, berhubung pajakan tanah seluas 10,526 ekar yang diambilalih oleh pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming melalui syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd (UPSB). Petikan tersebut boleh baca di HarakahDaily.

Apa yang menariknya di sini Pok Nik cuba mengalihkan pemikiran rakyat dengan memutarbelitkan bukti yang sebenar dan cuba mengaitkan Dato' Dr. Awang Adek yang ketika proses SUAP ini dilakukan beliau menjawat jawatan Timb Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia ketika itu.

Persoalannya sekarang melalui surat di atas, adakah surat tersebut menunjukkan pertukaran hak milik tanah seluas 10,526 hektar kepada Upaya Padu Plantation Sdn Bhd? Berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 40% atau RM15 juta saham Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki oleh Ngeh Koo Ham, dan 51% atau RM16 juta dimilik oleh syarikat Efektif Kirana. Dan 99% saham syarikat Efektif Kirana pula dimiliki oleh Ngeh Koo Ham juga.

Justeru, secara dasarnya, Upaya Padu Plantation adalah hampir 100% milik Ngeh Koo Ham. Ngeh Koo Ham juga telah pun mengaku bahawa beliau adalah pemilik syarikat tersebut walaupun sebelum ini cuba sedaya upaya menipu dan menafikan segala-galanya.

Isu ini sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk difahami apatah lagi apabila Setiausaha Akhbar Nik Aziz sendiri, iaitu Ahmad Fadhli Shaari mengakui kerajaan negeri telah menawarkan kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, surat yang tertera di atas hanya menyatakan Kerajaan Pusat tiada halangan dan bukannya satu surat kelulusan, dan seharusnya disokong bila tanah tersebut sudah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui YIK. Surat Sokongan tersebut telah dikeluarkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan 12 Oktober 2005 kerana Kerajaan fikirkan untuk kemajuan dan pembangunan negeri Kelantan. Ianya juga sudah lama diluluskan oleh  Yayasan Islam Kelantan (YIK) sejak tahun 2000, maka tidak ada satu sebab sokongan tidak dapat diberikan kepada Upaya Padu Plantation Sdn Bhd.


Jelas di sini menunjukkan Pok Nik dan DAP cuba untuk 'coverline' dengan cuba mengalirkan perhatian rakyat dengan menuduh UMNO/BN bersekongkol dalam kes 'suapan' Tanah Kelantan ini. Pembaca lihat dua surat yang GR sertakan di atas, jelas terbukti surat yang berlainan. SUA MB Kelantan pun jenis seorang yang tak tahu menahu jenis surat sokongan dan juga surat tukar hak milik agaknya. GR sarankan perlu belajar lebih tinggi lagi kerana tak layak nak pegang jawatan SUA MB kalau perkara simple begini pun tak tahu jugak.

Jelas kebodohan tahap maksimum puak PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan di dalam menjawab isu pemajakan tanah berkenaan. Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan pajakan untuk Tanam Sawit dan Getah (Komoditi Perladangan) pada 25 Ogos 2005. Surat sokongan bukan boleh dibawa dan ada kuasa untuk dijadikan sebagai surat pertukaran hak milik tanah. Rakyat harus sedar penipuan Pakatan Haprak bakal membawa kehancuran pada negara. Takkan rakyat Malaysia semua nak duduk bawah jambatan kot??


GR kata: Pihak berkuasa harus siasat jangan senyap jerk makan gaji buta....


No comments:

Artikel pelbagai