Tuesday, October 16, 2012

BONGKAR: @teresakok Ibu Segala Dalang Hancurkan Negara!!


Siapa tidak kenal dengan ahli parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Ada yang main tak kenal dengan beliau? Seorang yang berslogankan No Complaint No Help! Inilah dia Teresa Kok. Beliau juga seorang yang banyak kali telah cuba memecah belahkan pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Terdapat pelbagai provokasi yang ditimbulkan oleh beliau yang GR telah dedahkan dalam beberapa artikel dalam blog GR sebelum ini. Pada pembaca yang mungkin terlepas pandang mengenai perkara tersebut boleh baca di bawah:

http://eddyjugaks.blogspot.com/2012/02/panas-teresa-kok-tawarkan-menu-haram.html

http://eddyjugaks.blogspot.com/2012/07/panas-teresakok-kurang-ajar-layan.html

http://eddyjugaks.blogspot.com/2012/08/lahanat-video-teresakok-hina-islam-dan.html

Pelbagai lagi provokasi yang dibuat oleh Teresa Kok yang motif utama pakatan pembangkang adalah untuk memporak perandakan negara. Rakyat Malaysia seharusnya sedar akan perkara ini dan seharusnya berfikir secara matang adakah sayangkan negara dengan kenikmatan yang kita kecapi sekarang atau pun mahukan kehidupan yang penuh dengan huru hara kelak...??


Pembaca lihatlah gambar di atas, papan tanda jalan juga ingin dibuag tulisan jawi. Inilah mubaligh Kristian yang cuba mencemarkan nama baik Islam. Ini belum lagi termasuk dengan beliau yang secara suka hati memasuki masjid dan surau pada Hari Raya Haji tahun lepas dengan memberikan daging korban kepada umat Islam. Turut serta dalam penyembelihan daging kurban itu sendiri...di mana Ostad-ostad PAS pada ketika itu hanya mampu melihat saja kah??

Dalam perkara ini Teresa Kok harus MEMOHON MAAF secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan pastikan perkara ini tidak berlaku lagi. Tapi GR yakin, jika permohonan maaf beliau lakukan itu masih belum mencukupi kerana setiap apa yang dilakukan oleh puak pembangkang ini ada udang disebalik mee.

Pada masyarakat di Seputeh, GR mohon fikirlah yang terbaik. Berapa lama Teresa Kok menjadi ahli parlimen di kawasan korang. Berapa kali beliau turun padang bertemu dengan rakyat? Berapa kali beliau memberikan bantuan dan kebajikan kepada rakyat? Berapa kali? Berapa kali??? Fikir-fikirkanlah....kerana menjadi seorang wakil rakyat bukan hanya untuk nama tapi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat kerana rakyatlah yang memberikan mandat untuk mereka ini menjadi seorang pemimpin.


No comments:

Artikel pelbagai