Friday, October 19, 2012

DAULAT TUANKU! SELAMAT MENUNAIKAN HAJI YANG MABRUR!!


SEPANG 19 Okt. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah selamat berangkat menunaikan fardu haji, dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini.

Pesawat khas yang membawa baginda serta rombongan berlepas pukul 10.45 pagi.

Turut bersama dalam rombongan Diraja itu ialah anakanda Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz dan Datuk Seri Diraja Tunku Soraya, Datuk Seri Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Toh Puan Temenggong Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff.

Hadir sama bagi mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Pada majlis istiadat mengucapkan selamat berangkat itu, sebanyak 21 das tembakan meriam turut dilepaskan diiringi lagu Negaraku.

Seri Paduka Baginda kemudian memeriksa barisan kehormat terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja.

Sebelum pasangan Diraja itu menaiki pesawat khas, bacaan doa dilakukan dengan dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh. - BERNAMA


GR kata: Selamat menunaikan fardhu Haji...Daulat Tuanku

No comments:

Artikel pelbagai