Tuesday, October 16, 2012

HOT: MALAYSIAKINI BOGELKAN RAHSIA BESAR ANWAR!!


Anwar Ibrahim masih lagi tak serik-serik bila didedahkan mengenai salah laku dia sebelum ini sampai terpaksa pulak portal Malaysiakini yang buat. Ghairah sangat gamaknya puak-puak Malaysiakini sampai terpaksa memalukan Anwar Ibrahim secara terang-terangan. Tapi, siapa tak kenal dengan Anwar Ibrahim...dia akan buat apa saja walaupun berbogel di khalayak ramai sekali pun.

Di dalam kehangatan isu portal pro-pembangkang, Malaysiakini dikaitkan dengan penyangak matawang Yahudi George Soros, portal tersebut telah tersilap langkah apabila cuba menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad turut terlibat dalam spekulasi matawang sama seperti sponsor mereka, Soros.

Antara laporan Malaysiakini :
"Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang pada awal tahun 1990-an."

Satu perkara yang fundamental dan tidak dilaporkan oleh Malaysiakini itu ialah Anwar Ibrahim merupakan Menteri Kewangan ketika beliau telah didesak untuk bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerugian Bank Negara.

Dan individu yang mendesak Anwwar Ibrahim ialah Lim Kit Siang. Ketika memegang jawatan Menteri Kewangan selama 8 tahun, bermula dari tahun 1990 hingga 1998, Anwar pernah dikritik di Dewan Rakyat pada tahun 1993 kerana kegagalan menangani kerugian Bank Negara yg mencecah bilion ringgit.

Lim Kit Siang, Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat pada itu mendesak Anwar selaku Menteri Kewangan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerugian tersebut

Pada Selasa 27 April 1993, di Parlimen Kit Siang menegaskan :
“Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini."

"Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing".

Anwar Ibrahim menjawab kenyataan Kit Siang, bagaimanapun jawapan panjang lebar Anwar itu memerangkap dirinya.

Portal AIDC pula mendedahkan :
Esoknya, tepat jam 3.38 petang Lim Kit Siang setelah merakamkan penghargaan kepada jawapan Anwar berkata :“Saya juga mesti mencatatkan kehampaan saya yang amat sangat dengan kenyataan beliau (Anwar) yang bukan merupakan jawapan kepada ucapan saya. Kita boleh sebut ia sebagai non-reply….. Yang Berhormat Menteri Kewangan bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari memberi jawapan sehingga habis tempoh 30 minit yg diperuntukkan untuk beliau.

Kenyataan itu…..hanya memperkukuhkan kesangsian bahawa kerajaan mempunyai banyak perkara yg terpaksa disembunyikan atau dengan izin swept under the carpet…..Hakikat yg sebenarnya ialah beliau (Anwar) telah membangkitkan lebih banyak soalan daripada menjawab.

"Selanjutnya Kit Siang membidas gaya Anwar yang tidak bersedia membaca teks ucapan yang disediakan supaya dapat gambaran beliau membuat pembentangan dengan spontan bagi mempamerkan kehebatannya dalam perkara tersebut. seterusnya

Ironinya, segala kenyataan di atas tidak dilaporkan oleh Malaysiakini.

Tun Dr Mahathir cuba diperlekehkan padahal angkaranya ialah sekutu portal tersebut, Anwar Ibrahim dan pihak yang mengkritik Anwar ialah sekutu portal itu juga iaitu Lim Kit Siang. Ini jelas terbukti, portal Malaysiakini semakin tercalar imej mereka...kerja mereka asyik nak menipu rakyat jerla.


GR kata: Anwar hanya nak merosakkan negara...rakyat yang berhak menentukan segalanya jika tidak mahu DAP yang memerintah negara, orang Melayu daftarlah undi segera!!

No comments:

Artikel pelbagai