Tuesday, September 18, 2012

TERKINI: SUARAM HARUS DIHUKUM, JANGAN BAGI PELUANG!!


Akhirnya pertubuhan NGO yang kita pun tidak pasti akan kesahihan penubuhan mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan. Inilah pertubuhan yang didalangi oleh pakatan pembangkang dalam menjalankan segala agenda jahat dan bodoh mereka. Kewujudan mereka menjadi tanda tanya dan yang penting dana yang mereka perolehi dari mana datangnya??

Dana asing yang diterima mereka, seharusnya dibongkarkan sedalam-dalamnya kerana dengan agenda jahat pakatan pembangkang boleh mendatangkan mudarat pada negara. GR juga mohon siasatan dilakukan dengan sehabis baik dari pihak berkuasa dan juga peguam negara agar jangan diberikan peluang pada petualang-petualang negara. Peguam negara janganlah berlembut lagi, Anwar tidak layak untuk jadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang atau pun sampai bila-bila....

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menyerahkan kertas siasatan membabitkan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) kepada Peguam Negara pada petang Selasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob, berkata kertas siasatan itu turut mengandungi cadangan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap Suaram.

Bagaimanapun beliau berkata ia bergantung kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut pertuduhan yang disediakan berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, sekiranya Peguam Negara memutuskan wujud kesalahan dan pertuduham dikenakan, SISB atau pengarahnya akan dihadapkan ke mahkamah.

"Agensi yang terbabit dan mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) serta SISB akan mengambil tindakan undang-undang mengikut keperluan masing-masing.

"Ini kerana agensi seperti ROS, Bank Negara Malaysia dan SSM mempunyai bidang kuasa berbeza," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat agensi siasatan Suaram di sini, pada Selasa.


GR kata: Bogelkan jer kegiatan busuk si Anwar Ibrahim nie...

No comments:

Artikel pelbagai