Thursday, September 27, 2012

HOT #PRKampus: #PR-Menipu Bikin Onar, UM Buat Pengundian Semula Esok!!


SHAH ALAM – Universiti Malaya (UM) akan mengadakan pengundian semula esok membabitkan  dua kerusi kawasan fakulti yang merekodkan jumlah undi yang sama semasa hari pengundian pilihan raya kampus, kelmarin.

Kenyataan Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM  berkata, pengundian semula itu sudah mendapat persetujuan Naib Canselor UM, Tan Sri Ghauth Jasmon.

 “Adalah dimaklumkan, Naib Canselor telah bersetuju agar pengundian semula bagi dua kerusi kawasan fakulti diadakan  pada 28 September (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 12 tengah hari,” kata kenyataan itu.

Pengundian akan dijalankan di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, masing-masing mempertaruhkan satu kerusi.

Kenyataan itu menambah, pelajar juga tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti kempen.

Calon yang bertanding bagi Fakulti Pendidikan ialah Maiyamin Md Noor dan Malik Syam Mohammed Latif manakala Muhamad Alif Jamaluddin dan Neo Yew Boon pula bertanding bagi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Keputusan akan diumumkan menerusi laman web UM pada jam 5 petang pada hari yang sama. Selasa lalu, pilihan raya kampus berlangsung di  15 institusi pengajian tinggi awam termasuk UM. UM memperuntukkan 43 kerusi bagi MPM dan pengundian dijalankan menggunakan sistem e-undi.

Keputusan sementara pengundian di UM menunjukkan kumpulan kumpulan Pro-Mahasiswa memenangi 20 kerusi manakala kumpulan Pro-Aspirasi meraih 19 kerusi  dan dua kerusi dimenangi calon bebas serta baki dua kerusi lagi mendapat undi yang sama. - SH


GR kata: Undilah Penggerak Aspirasi Mahasiswa yang membawa suara mahasiswa.

No comments:

Artikel pelbagai