Thursday, June 21, 2012

TERKINI: AHLI TOTOK PAS JADI AHLI MAJLIS PENASIHAT AKADEMI DBP! ADA 'DURI' DALAM KPM? cc: @NajibRazak


Ini adalah berita terbaru GR terima dari sumber dalaman Kerajaan, seorang ahli kuat PAS telah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi Dewan Bahasan dan Pustaka (DBP). Apa pun marilah kita mengucapkan segulung tahniah kepada Puan Ainon Mohammed di atas perlantikan beliau.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, akademi ini ditubuhkan bertujuan untuk merangka strategi dan kaedah bagi perlaksanaan program pendidikan sepanjang hayat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, Sastera dan Penerbitan.

Apa yang mengejutkan di sini, ada pihak mengirimkan emel kepada rakan GR mempertikaikan perlantikkan Puan Ainon Mohammed sebagai Ahli Majlis Penasihat DBP kerana Puan Ainon sering menggunakan facebook miliknya untuk membuat 'serangan' secara halus kepada kerajaan. Wajarkah kerajaan mempunyai pegawai tertinggi seperti beliau??

Petikan emel yang dikirimkan :
"Salam tuan,

Saya kakitangan DBP yang sentiasa mendokong aspirasi yang dibawa oleh kerajaan, untuk pengetahuan tuan DBP baru melantik seorang hardcore PAS Ainon Mohd sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP.

Saya bukan mahu mempertikaikan Ketua Pengarah DBP Dr.  Awang, saya juga tidak mempertikaikan sumbangan Ainon Mohd dalam memartabatkan Bahasa Melayu, tetapi saya terkilan dengan sikap Ainon Mohd yang menggunakan laman facebooknya untuk menyerang kerajaan.

Tuan boleh rujuk laman facebook miliknya (Ainon Mohd.)

Adakah Pegerusi Lembaga Pengelola tak buat kerja sehingga gagal menasihati Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  atas perkara-perkara dasar?"

Surat Perlantikan Ainon Mohammed :



Lihat pula screen shot Facebook beliau :


Ternyata benar apa yang dikatakan oleh pengirim emel di atas. Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP yang baru dilantik ini adalah seorang pejuang PAS disamping itu juga beliau berjuang memertabatkan Bahasa Melayu. Persoalannya bagaimanakah perkara sebegini boleh berlaku?? Adakah untuk mendapatkan tender-tender membekal, mencetak dan menerbitkan buku-buku dari DBP? Apakah Kementerian Pelajaran Malaysia tidak memantau perkara ini sebelum melantik seseorang untuk jawatan tertinggi dalam sesebuah agensi Kerajaan? Perlukah seorang yang berkhidmat dalam sektor Kerajaan tetapi tidak membawa dasar yang dibawa oleh Kerajaan??

Jika kita lihat komen-komen di Facebook beliau, terang dan jelas ianya berbentuk persepsi dan jika diteliti komen beliau merupakan 'serangan' secara halus kepada kerajaan.

Kisah lanjut baca DI SINI


No comments:

Artikel pelbagai