Sunday, April 8, 2012

PEMUDA BANTU MAHASISWA ISU PTPTN @MejaBulatPTPTN #mejabulatptptn


Untuk pengetahuan mahasiswa IPTA dan IPTS, mereka tidak harus bimbang dengan isu yang berkaitan dengan PTPTN kerana Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah Biro IPT sedia membantu untuk menyelesaikan isu yang berbangkit mahu pun fitnah dan penipuan yang dilemparkan dari Pakatan Pembangkang.

Satu program khas yang akan dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia selama 3 hari di Hotel Grand Season K.Lumpur bermula 10 April 2012. Program Meja Bulat ini dibuat khusus untuk memberi peluang kenapa generasi muda meluahkan apa yang terbuku dihati mereka disamping berbincang mereka juga boleh memberikan pandangan bernas mereka. Pihak PTPTN juga turut hadir dalam Program Meja Bulat ini.





Kepada mereka yang tidak dapat hadir bersama program ini, kemudahan Facebook dan Twitter disediakan dan dikendalikan oleh Unit Media Baru (UMB) untuk memberi peluang kepada mereka memberikan pandangan bagi menjayakan program meja bulat ini.

Rundingan Meja Bulat boleh diikuti http://www.facebook.com/mejabulatptptn  , Twitter @mejabulatptptn dan hastag #mejabulatptptn


GR kata: Pemuda UMNO Malaysia sentiasa mendengar keluhan generasi muda dan menyelesaikan masalah mereka....

No comments:

Artikel pelbagai