Sunday, January 22, 2012

VIDEO: CERAMAH ABU DI SHAH ALAM KECOH! @Chegubard NYANYOK??




Ceramah Asal Bukan UMNO (ABU) anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) terpaksa ditangguhkan selepas majlis tersebut diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.

Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

Menurutnya, sekumpulan lelaki yang menyerang dengan menggunakan kayu dan topi keledar itu menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an terpaksa dibawa ke Hospital Sentosa untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di bahagian kepala.


Statement yang kelakar dikeluarkan oleh Chegubard beliau 'menuduh' ini semua kerja Pemuda UMNO. Menurutnya serangan tersebut cuma ditujukan kepada kaum India dan bersifat rasis! Benarkah kejadian ini rasis atau Chegubard yang cuba menyuntik elemen rasis melalui andaiannya??

Persoalan yang harus dijawab oleh Chegubard... apa buktinya 'Geng-geng UMNO' yang melakukan kekacauan tersebut?? Ada mereka bawa bendera atau pakai baju UMNO ke?? GR harap pihak UMNO akan saman Chegubard kerana membuat tuduhan melulu...


Yang lawaknya Ostad Bob Lokman sibuk promote minta orang ramai datang meramaikan ceramah tersebut...Yelah idola dia ade kat situkan, sapa lagi Mat Sabun lah.. hi hi hi


GR kata: Orang yg berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa...

No comments:

Artikel pelbagai