Saturday, January 28, 2012

Motor dan Teksi Dibakar Angkara Khianat!!!


PETALING JAYA – Sebanyak 26 motosikal dan sebuah teksi terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki di kawasan letak kereta Apartmen Desa Mentari, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu disedari sendiri oleh penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

Katanya, sebaik api berjaya dipadamkan oleh sepasukan bomba dan penyelamat, Unit Penyiasat Kebakaran dan Forensik dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menyiasat punca kebakaran berlaku.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian itu adalah bermotifkan balas dendam dan pergaduhan diantara dua kumpulan.

“Difahamkan, sebelum kejadian sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kenderaan datang ke lokasi tersebut lalu bertindak melontarkan sebuah objek dipercayai botol yang diisi petrol ke kawasan itu,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan, polis telah mengenal pasti kumpulan yang disyaki terlibat dalam kejadian itu kerana mereka pernah ditangkap sebelum ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. - Mynewshub


GR kata: Kawasan kubu PKR tu, kenapa selalu jadi perkara macam ni yer???

No comments:

Artikel pelbagai