Friday, January 27, 2012

Pelakon Hollywood nak masuk ISLAM??


Bintang filem Hollywood, Liam Neeson berkata dia sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kepercayaan Roman Katolik yang dianutinya untuk memeluk agama Islam.

Pelakon itu yang kini berusia 59 tahun mengakui yang Azan “telah meresap ke dalam jiwanya” semasa menjalani penggambaran sebuah filem di Istanbul, lapor Herald Sun.


Kata beliau lagi, "Ada 5 kali panggilan untuk bersembahyang setiap hari, dan untuk minggu yang pertama, ia membuat saya terganggu. Kemudian ia meresap ke dalam jiwa dan pada masa itu, ia adalah sesuatu yang sangat-sangat indah".

"Ada 4000 masjid di bandar ini. Ada yang binaannya begitu mengagumkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir untuk menjadi seorang muslim".

"Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, tetapi saya fikir setiap hari kita bertanya tanpa sedar, apakah yang kita lakukan di planet ini? Semua ini tentang apa? Saya berterusan membaca buku-buku tentang tuhan, ketidakwujudan tuhan dan ateisme".



GR kata: Allah S.W.T memberi hidayah kepada sesiapa saja. Islam adalah agama yg suci.

No comments:

Artikel pelbagai