Wednesday, January 25, 2012

SAMPAH SARAP DI SELANGOR, UMNO YANG DIPERSALAHKAN??


Apa citer ni Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor)...takkan pasal isu sampah pun tak boleh selesaikan?? Takkan setiap hari rakyat Selangor harus hidup dengan keadaan yang harus menghidu bau busuk dan kotor setiap hari. Pembaca lihatlah gambar di bawah:


Kehidupan rakyat di Selangor kini telah bertukar menjadi sebuah negeri yang penuh dengan sampah-sarap. Dengan erti kata lain, Selangor kini "seolah-olah" tidak mempunyai pihak berkuasa yang menguruskan pengambilan sampah sarap ini semua.

Di manakah Majlis Bandaraya Shah Alam?? Senyap membisu sajakah?? Apakah tugas MBSA sebenarnya ni..?? Takkan kutip cukai dan sewa je kejanya?? Tolonglah pandang serius perkara ini. GR difahamkan permit mengangkat sampah di Selangor ini MBSA akan memperbaharui lesen-lesen kontraktor yang dilantik dalam 2 bulan sekali. So...apa lagi takkan tak boleh kerah kontraktor-kontraktor ni buat keja??? Takkan semua nak makan gaji buta jer...!!!

Cukuplah wahai MB Selangor!! Tolonglah pandang serius kebajikan rakyat di Selangor. Mereka dah tak sanggup nak hidup bau busuk sampah setiap hari. Cuba kalau sampah-sarap penuh di rumah MB sendiri tak diangkat/buang beberapa hari, apa MB rasa?? Fikir-fikirkanlah...



GR kata: Parlimen Bdr Tun Razak ape citer YB???

No comments:

Artikel pelbagai