Thursday, January 26, 2012

KETUA PUTERI CABAR ANWAR IBRAHIM...??


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mencabar Ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membuktikan bahawa undang-undang sodomi atau liwat di Malaysia adalah lapuk dan tidak relevan.

Puteri UMNO turut mencabar Anwar supaya membuktikan bahawa kenyataannya itu bukan bertujuan menyokong amalan gay di Malaysia..

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, cabaran itu dibuat kerana undang-undang jenayah di Malaysia jelas menyenaraikan liwat sebagai satu jenayah dan boleh dihukum penjara.

“Undang-undang ini turut diguna pakai di negara-negara lain. Kenyataan Anwar amat mengaibkan umat Islam apatah lagi diucapkan oleh seorang pemimpin yang sentiasa dijulang kononnya berimej Islam malah baru-baru ini disifatkan sebagai pemimpin yang bakal menyatukan dunia Islam,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau mempersoalkan sama ada Anwar merupakan pemimpin yang layak menyatukan dunia Islam sedangkan beliau sanggup menghalalkan perkara yang diharamkan Islam. “Jika orang Islam sendiri mengatakan undang-undang sodomi itu sudah lapuk, apa hukumnya dari sudut kaca mata Islam,”

Datuk Rosnah juga turut mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menyatakan pendirian mereka tentang kenyataan Anwar tersebut.

Malah, katanya, barisan kepimpinan PAS juga mesti menyatakan pendirian mereka tentang amalan gay yang semakin berleluasa di negara ini sama ada mereka merestui perbuatan tersebut atau sebaliknya.

Tegas beliau lagi, Puteri UMNO bimbang dengan cubaan secara terang-terangan Anwar menyokong amalan songsang seks sejenis yang pastinya dialu-alukan oleh golongan gay di negara ini.

“Pertanyaan Puteri kepada Anwar adakah kenyataannya tentang undang-undang sodomi yang dikatakan lapuk itu bertujuan meraih sokongan golongan gay yang semakin bercambah sekarang ini???"

“Adakah beliau juga mahu menghalalkan amalan seks songsang di kalangan masyarakat di Malaysia sehingga undang-undang yang berkaitan dengan amalan itu dikatakan lapuk???"


GR kata: rasa-rasa Anwar jawab tak cabaran Ketua Puteri ni..??

No comments:

Artikel pelbagai