Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Tuesday, June 5, 2018

BACA DAN FAHAMILAH! MAJLIS RAJA-RAJA HARAPAN RAKYAT MALAYSIA! #MalaysiaBaharu #MalaysiaMemilih


PEJABAT Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan media bahawa Majlis Raja-Raja telah mengeluarkan persilaan untuk semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja berbincang hal berkaitan pemecatan dan pelantikan Peguam Negara.

Sudah tentu perbincangan hari ini ialah untuk mencari persetujuan dan resolusi terbaik berhubung keputusan Putrajaya mahu melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

Namun, isu pemecatan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mungkin tidak sebesar isu lantikan Thomas sebagai Peguam Negara.

Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan hanya menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang yang layak sebagai Peguam Negara. Ia tidak menyebut peranan Majlis Raja-Raja.

Sebagai contoh, kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 145 tidak sama dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Perkara 114. Dalam membuat lantikan Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Tetapi, dalam pelantikan Peguam Negara, Perkara 145 tidak menyebut mengenai rundingan bersama Majlis Raja-Raja.

Namun, ini tidak bermakna Majlis Raja-Raja tidak perlu mengambil peduli langsung. Ini disebabkan suatu tindakan yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong akan sekali gus mendatangkan kesan terhadap keseluruhan dan masa depan institusi beraja di negara kita.

Justeru, atas dasar itu, Majlis Raja-Raja perlu bersidang dan berbincang. Yang di-Pertuan Agong juga perlu secara bijaksana mengambil pandangan ahli Majlis Raja-Raja dan menerima apa saja pemuafakatan yang dicapai hari ini.

Isu kredibiliti dan reputasi Thomas banyak diperkatakan dalam media sejak isu ini tercetus beberapa hari lalu sejurus nama beliau disebut sebagai calon yang dikemuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Peguam Negara kepada pihak Istana.

Beberapa NGO dan individu terkenal dalam bidang perundangan telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan kredibiliti calon Peguam Negara.

Memang diperakui bahawa syarat Melayu dan Islam serta memahami hukum Syariah tidak dinyatakan secara harfiah dalam Perlembagaan Persekutuan, terutama Perkara 145. Namun, ramai juga mahukan calon yang lebih layak daripada Thomas. Banyak lagi calon lain yang memenuhi syarat seperti disebut dalam Perkara 145 yang dibaca secara bersama dengan Perkara 123.

Tulisan Thomas yang berjudul Is Malaysia an Islamic State? dan buku-buku beliau, Anything But The Law dan Abuse of Power menjelaskan mengenai falsafah dan pemikiran beliau.

Ia menyebabkan pencalonan Thomas dipersoalkan walaupun dalam negara demokrasi, perbezaan pandangan dan tafsiran sepatutnya boleh diterima. Ada berpendapat, sebagai Peguam Negara beliau akan menjadi rujukan dan penasihat utama kepada yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan fungsinya berdasarkan perundangan, Perlembagaan, prinsip keadilan dan memelihara kedudukan agama Islam.

Thomas juga dikatakan bukan calon yang tepat kerana lebih dikenali sebagai peguam sivil dan bukan peguam bagi kes-kes jenayah. Ini penting diberikan perhatian kerana menurut seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah, seorang Peguam Negara juga Ketua Pendakwa Raya.

Ditambah pula dengan pembabitan Thomas sebagai peguam kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kes yang masih lagi di mahkamah. Ada juga yang mempersoalkan pendirian Thomas kerana menjadi peguam kepada bekas pemimpin Parti Komunis, Chin Peng.

Tuntutan Royalti

Dalam masa yang sama, ada yang membuat kenyataan bahawa beliau pernah mewakili kerajaan PAS di Kelantan bagi tuntutan royalti minyak dan menjadi peguam mempertahankan sistem perbankan Islam.

Hujah-hujah begini berpihak kepada Thomas kerana ia menunjukkan profesionalisme beliau untuk menjadi peguam bela kepada mereka yang memerlukan dan berhujah mengikut perundangan negara. Soal beliau kalah atau menang dalam sesuatu kes mungkin boleh dan tidak boleh menjadi ukuran kepada kepakaran beliau.

Beliau juga dikhabarkan pernah memberikan pandangan mengenai peranan institusi beraja (Majlis Raja-Raja) sebagai institusi semak dan imbang dalam pelantikan hakim.

Walaupun peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berbeza dalam pelantikan Peguam Negara, namun kenyataan Thomas itu mungkin sesuatu yang baik untuk dijadikan inspirasi oleh Majlis Raja-Raja dalam perbincangan esok.

Kedudukan dan kuasa Peguam Negara amatlah besar. Oleh itu, kemungkinan ada pihak akan menggunakannya atau mendalangi kuasanya, terutama pemerintah seperti pernah berlaku sebelum ini.

Oleh itu, dalam konteks ini, reputasi dan kredibiliti calon hendaklah diberikan perhatian sewajarnya oleh Majlis Raja-Raja. Rakyat sedang memerhati dan rakyat tidak mudah lupa, terutama dalam perkembangan era digital, semua fakta (termasuk benar dan tidak benar) mudah didapati - hanya di hujung jari.

Sebagai rumusan kepada hujah-hujah di atas, perlu ditegaskan bahawa bantahan kepada pencalonan Thomas bukan saja kerana beliau bukan Melayu, bukan Islam atau tidak mempunyai ilmu perundangan Islam.

Persoalan timbul kerana reputasi dan kredibilitinya. Ramai lagi calon menepati syarat boleh dicalonkan sebagai Peguam Negara, (mempunyai pengalaman 10 tahun atau lebih dalam bidang perundangan), tetapi mengapa Thomas yang dipilih.

Walau apapun pandangan pelbagai pihak, kenyataan Perdana Menteri amat tegas. Beliau tidak mahu mengulas panjang berhubung kontroversi ini dan hanya menyatakan bahawa penyelesaian akan berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, yakni Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat.

Justeru, saya melihat bahawa kontroversi ini bukan sekadar membabitkan tafsiran Perlembagaan berhubung maksud perkataan nasihat dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Kepada Perdana Menteri, persoalan siapa yang layak dan siapa yang patut dilantik sebagai Peguam Negara bukan isu kepada beliau. Beliau sangat yakin dengan calon yang telah dinamakan.

Krisis Perlembagaan

Justeru, dalam bingkai yang lebih luas, saya dapati kontroversi ini adalah pertembungan antara sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan negara kita. Ia mungkin boleh diistilahkan sebagai 'krisis'.

Ini perkara teras yang perlu dibincangkan secara teliti dengan sewajarnya oleh Majlis Raja-Raja. Walaupun mungkin dalam keadaan semasa, keadaan ini belum boleh dipanggil sebagai krisis Perlembagaan, tetapi krisis sudah mula berputik.

Justeru, tanpa tindakan sewajarnya oleh semua pihak, termasuk Majlis Raja-Raja atau pihak-pihak berkaitan, ia akan mencetuskan krisis perlembagaan yang lebih serius.

Dalam konteks kontroversi Putrajaya-Istana, sejarah mungkin berulang seperti tahun 1983 dan 1993. Ia berkaitan pindaan Perkara 66 dan Perkara 32 serta beberapa Perkara lain yang berkaitan kedudukan Raja-Raja, termasuk pengenalan kepada Perkara 182 dan 183 mengenai Mahkamah Khas.

Apabila berlaku tekanan ke atas istana, jarang sekali istana menang. Pengalaman ini dialami oleh banyak institusi istana di dunia. Bagi negara kita, pengalaman sistem raja berperlembagaan kita juga tidak jauh berbeza.

Sejarah pindaan Perlembagaan mengenai imuniti Raja-Raja dan kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan mohor besar menunjukkan bagaimana istana telah dihimpit dan seterusnya menyaksikan istana mengalah dengan memberikan laluan kepada demokrasi berparlimen untuk membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Kesan pindaan itu sangat besar terhadap kuasa dan fungsi Raja-Raja yang asalnya berdasarkan kepada sejarah negara dan telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan secara muhibah dan menghormati institusi beraja seperti dalam terma rujukan pelantikan Suruhanjaya Reid.

Namun, sikap beralah oleh pihak istana dalam krisis Perlembagaan sebelum ini tidak bermaksud ia kekalahan sebenar kerana istana sebaliknya, mahu kekal relevan dalam sistem demokrasi berparlimen walaupun dalam ruang kuasa dan peranan yang makin sedikit, makin kecil dan makin terhimpit.

Saya percaya istana menerima hakikat penghakisan kuasa itu, namun, atas sifat demokrasi berparlimen, istana mungkin tiada pilihan tetapi perlu menerima (walaupun dengan berat hati).

Mungkin ini bukan demokrasi yang dimahukan, tetapi ia hakikat kekuatan kuasa demokrasi berparlimen.

Walau apa pun, istana perlu kekal dan relevan kerana banyak lagi perlu diuruskan oleh istana, terutama dalam perkara-perkara yang jelas termaktub kuasa budi bicara baginda Raja-Raja.

Perlu juga dikongsi dalam perbincangan Majlis Raja-Raja kali ini bahawa rakyat yang menjadi tonggak kepada institusi beraja sentiasa bersama Raja-Raja demi keadilan, demi keutuhan institusi beraja dan yang utamanya demi kelangsungan peraturan dan undang-undang.

Raja-Raja letaknya segala harapan mereka.

Ihsan dari BH ⇨ Penulis adalah Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 

Apa yang boleh kita rumuskan di sini, kita sebagai rakyat janganlah cepat berputus asa selagi belum tiba masanya. Walaupun DYMM YDP Agong telah memperkenankan perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Jika Persatuan Peguam-Peguam Melayu Islam bersuara, jika Pakar Perlembagaan turut bersuara...masakan kita sebagai rakyat tidak menyokong, betul tak? Pemimpin tertinggi negara harus memikirkan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersangka baik dengan ketentuan Allah SWT. Dalam bahasa mudahnya terselit mesej yang penting yang harus dihadami umat Islam atas keputusan ini. Jika benar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengatakan Islam dan Melayu dipertahankan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, kita tunggu dan lihat.

Lain pula dengan pandangan beliau mengenai Peguam Negara ini seperti dalam TV3 malam tadi, keputusan dibuat atas 'Suara Majoriti' dalam kerusi Pakatan Harapan. Tersiratnya DAP lah yang bersungguh-sungguh ingin si Tommy Thomas ini. Ada pula Peguam PH yang berbangsa Melayu mengatakan perlantian TT tidak akan usik Islam dan Melayu. BOLEH PERCAYA KER? 

Sedangkan Allah SWT beritahu dalam Al- Quran, orang bukan Islam tidak boleh dilantik sebagai ketua untuk menguruskan hal ehwal berkenaan Islam termasuklah undang-undang Syariah.

a. Surah An Nisa' ayat 144:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَنْ تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُبِينًا

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali (ketua) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?


b. Surah Al Maidah ayat 51:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi auliya bagimu; sebahagian mereka adalah auliya bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi auliya, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang lalim.” (QS. Al-Maidah: 51)


Apa yang disuarakan ini, harapnya pucuk pimpinan tertinggi negara berfikirlah demi kebaikan kita bersama. Ini bukannya rasis, tetapi berlandas apa yang Tun M sendiri katakan.

Kerajaan Akan Terus Lindungi Islam - PM.

Dakwaan kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) tidak melindungi kepentingan agama Islam selaku agama persekutuan negara ini adalah tidak tepat.

Tegas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Islam adalah agama rasmi negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan akan terus bertanggungjawab memerintah negara tanpa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Rakyat Malaysia fikirkanlah sebaiknya. Betul jumlah pemimpin DAP memegang portfolio menteri tidak ramai, tetapi jumlah kerusi Non Muslim lebih ramai dari wakil rakyat Muslim. Jadi fikir sendirilah...jangan Jaguh Sorak, Kampung Tergadai.

Melantik Peguam Negara untuk kebaikkan agama, bangsa dan negara, bukannya untuk membalas dendam kesumat yang terbuku di hati. Sebab jawapan yang Kerajaan PH berikan tidak masuk akal kerana ingin berlawan kes 1MDB. Ketua SPRM yang baru pula telah menyatakan derma RM2.6 Bilion sah dari Kerabat Raja Arab Saudi...samakan macam kenyataan SPRM sebelum ini. Kita tengoklah babak sinetron apa selepas ini....


GR kata: Anak muda yang galak sokong, sebab suka kehidupan yang liberal...Punah!!
 

Monday, December 7, 2015

PERHIMPUNAN AGUNG #UMNO2015 ESOK, APA SEBENARNYA YANG KITA INGINKAN??


Esok bermulanya Perhimpunan Agong UMNO 2015..ada yang mengatakan ini adalah perhimpunan yang terakhir untuk semua orang-orang UMNO. Maksudnya sebagai parti yang memerintah Kerajaan pada masa ini. Adakah ianya benar atau khayalan semata-mata?

Melihat senario politik negara sekarang, memang amat memeningkan kepala kita. Sehingga ada yang berkata, adakah parti politik negara kita ini sibuk dengan agenda mereka saja...baik yang memerintah mahupun sebagai pembangkang. Apakah agenda yang mereka bawakan hanyalah untuk menyedapkan telinga kita sebagai rakyat untuk terus memberikan sokongan pada mereka atau pun terus berasa benci kepada diri kita yang sebagai pemimpin.

Adakah pemimpin-pemimpin di atas sana memikirkan atau terdetik sedikit dalam diri mereka apa sebenarnya yang rakyat mahukan..!!

Melihat senario sekarang juga, nampaknya ada pihak lain yang tak perlu nak 'KERJA KERAS' untuk memenangi hati rakyat. Mereka hanya perlu 'TAMBAH GARAM' sedikit dan cuit mana yang perlu saja...sebabnya mungkin ada pihak lain yang lebih gemar atau pengalaman untuk menjatuhkan bangsanya sendiri.

Tagline yang biasa kita dengar..."BERJUANG UNTUK RAKYAT", "BERJUANG DEMI RAKYAT", "NASIB RAKYAT AKAN TERUS DIBELA".... adakah ini hanya keluar dimulut saja atau perjuangan yang ikhlas. Jika mereka ini faham maksud ikhlas...mereka lebih tahu caranya bagaimana bukan..??

Untuk pemimpin semua, masyarakat sekarang tak mahu cakap banyak dah. Mereka hanya mahukan kehidupan yang terjamin untuk mereka. Pemimpin atasan pula, sudah-sudahlah berebutkan jawatan itu ini semua...kesimpulannya apa yang anda cakap hanya untuk sedapkan hati saja.

Pada penasihat-penasihat pemimpin pula, buatlah kerja dengan amanah. Jangan hentam kromo saja...bagi report tu bagilah keadaan yang sebenar, JANGANLAH ASYIK YES SIR SAJE!! Nak sedapkan pungkok boss hangpa jer. Pemimpin pula ambillah kisah dari semua sumber!!

Harap perhimpunan kali ini ader hasilnya dibawa untuk perubahan...selesaikan apa yang patut tak perlu ditambah garam lagi. Tak manis Melayu sama Melayu bermasam muka sama sendiri...yang untungnya siapa..???


GR kata: UMNO...semua nak tunjuk hero jer!!

Wednesday, December 2, 2015

Orang #UMNO Kata, Tunggulah Nanti PRU14...??


SEMASA bertemu santai dengan beberapa orang UMNO di peringkat cawan-gan dan bahagian di sebuah negeri beberapa hari lalu, penulis tersentak seketika. Kata mereka, sebilangan cawangan dan bahagian memandang serius dan peka dengan apa yang menyelubungi UMNO waktu ini. Cuma, masing-masing tidak mahu cakap apa yang terbuku di hati. Positif atau negatif. Hanya ayat ini yang keluar: “Kita tunggu pilihan raya umumlah.”

Penulis tidak mahu menghakimi hati mereka. Tetapi kalau ada terlintas unsur atau perasaan tidak senang hati, pucuk pimpinan parti jangan pula tidak ambil berat. Mesti prihatin dan sensitif dengan keadaan di sekeliling. Sejarah UMNO membuktikan protes yang ditunjukkan andai ada dalam kalangan anggota parti, apalagi Barisan Nasional (BN) sendiri, UMNO tidak boleh pandang mudah dengan impaknya.

Imbas kembali bagaimana insiden Tan Sri Shahrir Abdul Samad dipecat pada sekitar 80-an dalam siri peristiwa yang membawa kepada Krisis Perlembagaan 1988 dan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li terhadap Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad masa itu. Pada 1988, Shahrir meletakkan jawatan daripada kerusi Parlimen Johor Bahru dan kemudian mencalonkan dirinya untuk dilantik semula sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen berkenaan. Shahrir menang.

Renungi pula bagaimana Ku Li bergandingan dengan Pas menerusi Parti Melayu Semangat 46 (S46) setelah UMNO diharamkan yang kemudian dihidupkan balik dengan UMNO (Baharu). Akibat ‘tindakan’ Shahrir dan Ku Li itu, UMNO terlepas Kelantan pada 1990 yang kini sudah 25 tahun hilang daripada genggaman.

Pada 1998, apabila Dr. Mahathir tidak sebulu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah timbalannya itu terbabit dalam ‘gelagat hidup yang aneh’, UMNO dan BN secara berperingkat-peringkat terlepas sokongan pengundi Cina pada 2008, meskipun 2004 mencatat keputusan pilihan raya paling popular buat BN.

Kesan tidak puas hati dalam parti, mengambil masa lama untuk sembuh. UMNO mesti belajar daripada pengalaman lepas supaya menjadi panduan untuk gerak kerjanya yang kompetitif. Ahli UMNO sekarang berjumlah 3.4 juta orang. Kata orang UMNO, parti keramat ini Insya-Allah boleh mengekalkan mandat rakyat pada 2018 nanti.

Namun, penulis tidaklah menafikan rumusan ini tetapi paling utama parti mesti bekerja keras dari sekarang. Keahlian 3.4 juta semata-mata tidak cukup untuk berdepan 14 juta pengundi berdaftar. Ini terutama sekali dengan pengundi atas pagar. Ahli parti perlu berkorban apa sahaja. Biar berdentum di hati haba perjuangannya.

Realitinya, sentimen masyarakat ketika ini bersandarkan tiga faktor iaitu berkisar ke mana wang rakyat dibelanjakan, persepsi umum terhadap kadar rasuah yang tinggi dan kos sara hidup.

Persepsi rasuah berkubang ini perlu diperbetulkan manakala dengan caj cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus dikenakan dalam keadaan gaji pula tidak naik, maka sudah tentu kehidupan yang dijalani memeritkan. Demikian juga pembiayaan perubatan seperti harga ubat yang semakin mahal dan caj hospital swasta yang tinggi, mewujudkan rasa tidak puas hati yang berbekam. Hal ini juga perlu diambil perhatian oleh perwakilan-perwakilan yang akan memenuhkan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 8 hingga 12 Disember nanti.

Perlihatkanlah rasa rendah diri, penampilan sederhana berteraskan amalan wasatiyyah. Hayati, selami dan hargai denyutan hati rakyat.

Orang UMNO mesti akur bahawa era ini milik orang muda. Dalam era digital, siber atau langit terbuka tanpa sempadan, pendekatan gerak kerja parti yang diambil perlu dinamik. Senario politik kini berbeza, bukan macam tahun 80-an dan 90-an. Rakyat ingin melihat tadbir urus yang baik, ketelusan dan integriti.

Mereka melihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai tiang seri negara. Kalau salah satu tumbang, sengetlah rumah kita. Mereka, orang muda yang balik setelah tamat pengajian dari seberang laut, antara golongan yang menjadi faktor penentu kemenangan. Mereka balik ke kampung masing-masing bercerita mengenai masa depan yang diimpikan, seterusnya mempengaruhi orang tua dan masyarakat sekeliling untuk menempatkan calon parti mana atas kertas undi.

UMNO yang membawa panji-panji BN tidak boleh lagi terlalu bergantung kepada politik pembangunan. Boleh, tapi ini bukan lagi formula mujarab. Memang diakui politik pembangunan yang dibawa BN sejak sekian lama telah terbukti penghasilannya. Sebagai contoh di Telang Usan, Sarawak sejak 10 tahun lalu pelbagai perancangan pembangunan telah, sedang dan terus dilaksanakan seperti pembinaan jambatan di Long Lama, jalan raya yang baharu dan dinaik taraf serta pembangunan infrastruktur yang lain seperti pembangunan elektrik dan air.

Cuma boleh dibuat ‘post mortem’ politik pembangunan ini. Se-perti mana kita semua maklum dan bukan rahsia lagi, baharu sahaja diumumkan beberapa juta ringgit untuk sekolah-sekolah Cina semasa pilihan raya kecil atau mana-mana pilihan umum, namun masih tidak menjamin sokongan daripada kaum Cina.

Perlu dipertingkat dan ditambah nilai strategi mendapatkan sokongan daripada komuniti bandar. Perlu difahami mengenai masyarakat yang sedemikian kompleks yang tidak lagi bergantung kepada politik pembangunan atau politik meluluskan peruntukan kerajaan. Ya, memang rumah, pendidikan dan perubatan diperlukan dalam bandar dan luar bandar, tetapi semua peruntukan ini perlu diiringi dengan gerak kerja tersusun dan penjelasan yang baik.

Golongan muda diyakini bukanlah antikerajaan berdasarkan respon yang diterima dalam akaun Facebook Perdana Menteri dengan ratusan ribu peminat dan akaun Twitter #tanyaNajib, yang antara akaun paling aktif dalam dunia blog mikro dalam jangka masa singkat.

Kisah Kabinet Malaysia hakikatnya banyak berpaut kepada kisah UMNO kerana kepimpinan Kabinet disediakan oleh UMNO. Perkara ini mempunyai alasan yang mudah ke-rana UMNO membekalkan jumlah bilangan besar dalam keahlian Dewan Rakyat. Untuk memiliki Kabinet, perlulah menewaskan UMNO.

Oleh itu, selagi UMNO mengekalkan status-quo kekuatan dan pengaruhnya yang sekali gus menikmati sokongan popular orang Melayu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan melainkan untuk melantik seorang Presiden UMNO untuk mengetuai Kabinet sebagai Perdana Menteri. Proses muhasabah dan transformasi politik, kerjasama dan sokongan ahli parti menjadi satu kekuatan untuk UMNO yang perlu diambil kira.

Kurangkan menguar-uarkan elemen ‘anda termakan budi’ apabila berdepan dengan rakyat. Isu rakyat perlu ditampilkan untuk diteliti dan diselesaikan.

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.

Friday, April 4, 2014

HOT STORY: KHALID IBRAHIM PULA AKAN LETAK JAWATAN? DRAMA #PRKKajang MUNCUL KEMBALI?


Benar atau tidak berita yang sudah tersebar luas kononnya Khalid Ibrahim akan melepaskan jawatan MB sebaik selesai PRK Kajang yang dimenangi oleh Wan Azizah. Adakah ini desakan yang Khalid terima untuk diberikan laluan secara paksa kepada Azmin atau Wan Azizah menjadi MB Selangor yang baru?

Maklumat terbaru yang GR terima dari rakan-rakan dalam PKR, Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang dimenanginya pada PRU13 lepas, ia akan berlaku pada bila-bila masa saja.

Sebab kenapa Khalid ingin meletakkan jawatannya sebagai ADUN P.Klang, tak tahu pula apa punca sebenarnya. Apa yang penting sekarang ini katanya, Azmin Ali akan mengambil alih jawatan pengarah pilihanraya PKR Selangor dan seluruh jentera PKR selangor sudah diminta untuk bersiap sedia....

Jika benar Khalid akan meletakkan jawatan maka itu adalah satu perkara yang amat tidak bertanggungjawap sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk 5 tahun dalam proses demokrasi Malaysia, tetapi langkah pakatan pembangkang membuat sdemikian tidak lebih untuk menguji minda rakyat samada masih menerima wakil dari kalangan mereka atau tidak.

Persoalannya di sini parti BN tidak perlu melatah cuma beranikah pula BN berbuat demikian bagi mengarahkan wakil rakyat yang dimenangi oleh mereka meletak jawatan, tidak salah untuk mencuba kerana Selangor adalah dalam pemerintahan kerajaan pakatan dan BN merupakan sebuah pembangkang.

Untuk mengelakkan mana-mana ADUN yang menang dalam pilihan raya meletak jawatan tanpa sebab atau hanya untuk menguji kekuatan politik parti di sesuatu kawasan, dicadangkan SPR meminda Akta Pilihanraya secara segera supaya mengelakkan kejadian seperti Kajang berulang dengan memasukkan satu klaus " ....... maka kawasan yang dikosongkan secara sengaja, tidak akan dibuat pilihanraya semula.

Biar kawasan tersebut kosong tanpa wakil rakyat untuk sepenggal. Dan biarkan rakyat menilai sendiri mereka boleh selesaikan masalah dengan sendiri atau hanya pandai cakap saja.

Dengan adanya undang-undang baru, maka tidak ada siapa pun akan pertikaikan soal buang duit, kos mengadakan semula pilihanraya dan sebagainya.


GR kata: Siapa yang banyak bazirkan duit rakyat kalau macam nie caranya? Guna otak untuk berfikir yer!!

Sunday, August 4, 2013

BRAVO @Zahid_Hamidi !! @KDNPUTRAJAYA TIADA LAGI 'MENTERI AMARAN'!


GR rasa sudah sampai masanya kita memberi pujian dan penghargaan kepada Menteri Dalam Negeri DS Zahid Hamidi kerana tindakan pantas dan tegas dalam mengambil tindakan demi keselamatan negara dari sebarang ancaman jenayah dan kestabilan kaum.

Bermula dari tugas beliau sebagai Menteri Pertahanan sebelum ini apabila pantas mengambil tindakan mengatasi serangan penceroboh di Lahad Datu dengan melancarkan Ops Daulat sehingga berjaya melumpuhkan semua anggota pengganas sehinggalah memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, beliau terus konsisten mengambil tindakan.

Ops Daulat yang dilaksanakan pada ketika itu bermula dengan serangan udara besar-besaran menggunakan pesawat pejuang F-18 Hornet dan Hawk untuk menggerunkan anggota pengganas yang ketika itu berkampung di Kampung Tanduo kira-kira 250 km dari pekan Lahad Datu.

Operasi berterusan berhari-hari dan ramai anggota pengganas ditahan dan lebih ramai yang dibunuh akibat menceroboh Malaysia dan mencetuskan huru-hara.

Tindakan tegas menangani pencerobohan Sulu juga dipuji lebih-lebih lagi apabila penceroboh Sulu sudah membunuh sembilan orang anggota pasukan keselamatan Malaysia yang bertanggungjawab memerangi musuh negara.

Beliau terus tegas menjalankan tugas tanpa membenarkan sebarang onar dilakukan dalam mengugat keselamatan dan suasana harmoni dalam negara.


TAK BAGI MUKA PADA ALVIN DAN VIVIAN


Contoh terdekat ialah tindakan penahanan pasangan blogger seks Alvin dan Vivian yang pantas dilakukan apabila orang ramai mula menyuarakan kemarahan mereka yang meluap-luap ekoran tindakan kedua-duanya yang melampau.

Tindakan Alvin dan Vivian yang memuatnaik poster "Selamat Berbuka Puasa dengan gambar Sup Bak Kut Teh" yang dibuat dari babi sememangnya mencetuskan kontroversi dan meledakkan kemarahan orang Islam di Malaysia.

Lebih pedih lagi, hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Imran tidak membenarkan Alvin dan Vivian diikat jamin selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Alvin dan Vivian terpaksa meringkuk di dalam penjara selama lapan hari sebelum prosiding semakan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen oleh Mahkamah Tinggi membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan dua orang penjamin.


HAPUS SINDIRAN MENTERI "AMARAN" SEBELUM INI

Tindakan pantas dan positif DS Zahid Hamidi yang  juga Naib Presiden UMNO telah menamatkan spekulasi gedik melibatkan menteri terdahulu yang dikatakan hanya sebagai "Menteri Amaran" sahaja.

Kemungkinan ketika itu banyak terjadi isu tetapi amaran demi amaran Hishammuddin (CKMM - Cium Keris Minta Maaf) yang juga Naib Presiden UMNO dijadikan sindiran pihak tertentu terutamanya pengguna laman sosial kerana mungkin "takut" mengambil tindakan.

Kami percaya tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menukar portfolio di antara kedua-dua menteri itu sebagai satu langkah tepat dalam memperkasakan lagi kepakaran dan pengalaman yang ada pada Ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

Kini, beliau berhadapan dengan tugas sukar apabila berhadapan kehendak rakyat yang mahukan nasib dan kehidupan mereka terjamin dan sentiasa selamat dalam urusan harian mereka.

Tindakan pantas beliau mendengar keluhan rakyat yang mempersoalkan tayangan filem The New Village dengan menahan serta merta tayangan filem tersebut mendapat pujian dari rakyat Malaysia. Rakyat seharusnya memberikan sokongan untuk terus DS Zahid Hamidi memberikan perkhidmatanya yang terbaik pada agama, bangsa dan tanahair.


GR kata: Terima kasih Zahid Hamidi

Monday, July 29, 2013

FILEM #NEWVILLAGE, RAKYAT SOKONG TINDAKAN BERANI @Zahid_Hamidi !! @KDNPUTRAJAYA @NajibRazak


Petikan kenyataan Menteri KDN, DS Zahid Hamidi:

Pihak Lembaga Penapisan Filem(LPF) telah ambil keputusan untuk MENAHAN tayangan filem ini bagi mengelakkan kontroversi... Ianya akan diteliti semula terutamanya mesej2 tersembunyi termasuk perkara yang berkaitan dengan komunis...- Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi


Dengan berprinsipkan ketegasan, akhirnya rakyat berasa lega dengan keputusan yang dibuat oleh KDN yang menahan tayangan filem The New Village. Kita semua ketahui filem yang berunsurkan komunis ini yang pada asalnya diluluskan oleh LPF pada tahun lepas akan ditayangkan pada akhir bulan Ogos 2013.

Keluhan rakyat yang menjadi tanda tanya didengar oleh Menteri KDN yang mengambil keputusan drastik supaya filem tersebut tidak ditayangkan dan perlu dikaji semula isi kandungannya. Tahniah pada DS Zahid Hamidi dengan tindakan tegas serta berani yang diambil.


Filem New Village menayangkan kaum Cina sebagai mangsa komunis dan British tapi juga mahu gambarkan Cina komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Kemerdekaan negara mana yang mereka mahu tunjukkan? Malaysia merdeka siapa yang perjuangkan?

Leftenan Adnan dan pejuang Melayu lain yang perjuangkan Tanah Melayu dan komunis itu apa? Peristiwa Bkt Kepong yang diserang bukan kerja Komunis ker? Tanpa belas kasihan orang Melayu dibunuh pada masa tu. Jangan cuba untuk putarbelitkan fakta sejarah!!




Ingat bangsa Melayu lupa ke AMCJA yang ambil alih kerajaan seminggu dan bertindak kejam. Mereka memasuki istana-istana dengan hasrat mahu menangkap dan bunuh Sultan dan Raja-Raja Melayu. Keluarga DiRaja dan kaum bangsawan masih lagi ingatkah peristiwa ini?

Tak faham macam mana LPF boleh luluskan pada tahun lepas? Apa kerja Pak Menteri yang pegang KDN masa tu? Tengok saja ker atau bagi pegawai yang buat kerja? Apa pun rakyat berterima kasih pada DS Zahid Hamidi atas tindakan tegas yang diambil.

Lihat di bawah, antara komen dari rakyat dan juga maklum balas dari tweet dibalas sendiri oleh DS Zahid Hamidi, GR ingin kongsikan bersama:






Kenyataan akhbar YB Menteri KDN mengenai filem The New Village:




GR kata: Takkan Melayu hilang di dunia. Bravo Zahid!

Tuesday, March 19, 2013

PANAS: ZULKIFLI NORDIN KENA SERANG DI PERMATANG PAUH, UMNO PERMATANG PAUH GOYANG KAKI!


Dua hari lepas di Permatang Pauh tercetusnya serangan yang dilakukan oleh pencacai PKR pada ceramah Zul Nordin. Keberanian YB Zul Nordin masuk ke dalam kubu kuat Anwar Ibrahim seharusnya dibanggakan oleh semua pihak. Beliau juga dahulunya merupakan orang kuat Anwar dan terlalu banyak RAHSIA yang beliau ingin kongsikan untuk rakyat semua.

GR difahamkan ceramah tersebut adalah ceramah bekas pemimpin PKR, pemimpin kanan dan juga bekas peguam Anwar dalam kes liwat dan kes Altantuya. 2 Kes besar ini menyebabkan Zul Nordin sebagai peguam Anwar nampak akan kebenaran. Ketelusan Zul Nordin untuk memberitahu kepada rakyat perkara yang sebenar adalah kerana tidak mahu rakyat diPERBODOHkan Anwar Ibrahim sampai mati.

GR difahamkan juga program Zul Nordin ini diboitkot oleh UMNO Permatang Pauh. Apa sudah jadi nie? Macam ni ke sudah bersiap siaga untuk berperang dengan pakatan haprak PRU13 nanti. Tempat yang dikatakan menjadi kubu kuat Anwar Ibrahim tapi dari segi zahirnya UMNO Permatang Pauh awal dah 'angkat kaki'.

Kawan-kawan GR yang berada semasa serangan penyangak PKR pada malam tersebut juga kena balingan telur dan sebagainya dari puak-puak ini. Di mana moral seorang bangsa Melayu yang dilihat ada sebahagiannya berperwatakan seperti ustaz tapi perangai terpekik terlolong. Jelas mereka ini hanya dipergunakan Anwar yang takut kerusi di Permatang Pauh akan jatuh ke tangan UMNO/BN.




Pada semua pihak baik UMNO/BN berilah sokongan pada semua pihak tak kira dari mana mereka. Jika mereka ini menyokong sepenuhnya kepimpinan YAB PM DS Najib Razak bantulah sehabis baik. Janganlah jadi macam 'katak di bawah tempurung' bukalah mata, bukan masanya sekarang untuk menunjukkkan pada pucuk pimpinan parti siapa buat kerja siapa tak. Yang penting kemenangan PRU13 majoriti milik UMNO dan juga Barisan Nasional.

Rakyat sentiasa memandang apa yang kita lakukan dan perkhidmatan yang kita berikan seharusnya sejajar dengan apa yang PM Najib telah lakukan. Bukannya untuk siapa pun, untuk masa depan agama, bangsa dan negara.


GR kata: Yang tak dapat jadi calon jangan nak sabotaj lagi yerr macam 2008 dulu....

Sunday, February 24, 2013

POK NIK MAKIN SAWAN BILA TENGOK GAMBAR-GAMBAR PEMIMPIN PAS MACAM NIE


Bila melihat gambar di atas, jelas kegembiraan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan kedua-dua parti. Tiada sebarang percanggahan yang ditunjukkan oleh mereka. Inilah yang harus dicontohi oleh kesemua penyokong PAS, UMNO dan semua parti politik di Malaysia.

Kenapa tidak boleh bergambar bersama? Kenapa tidak boleh mengadakan sesuatu program dalam satu pasukan? Kenapa tidak boleh sama-sama memberikan pendapat dan pandangan yang baik semata-mata untuk kesejahteraan rakyat? Kenapa tak boleh ikut atau turut serta program yang diadakan tak kira siapa penganjurnya? Kenapa dan Mengapa??

Persoalan-persoalan ini sudah pasti Pok Nik dan Hadi Awang tak mahu menjawabnya. Jika kita lihat apa sebenarnya perjuangan PAS dalam politik sejak tertubuhnya parti ini. Dibandingkan dengan landasan asal PAS jika dibandingkan dengan perjuangan mereka sekarang amat jauh sekali. Perjuangan Pok Nik sekarang hanya menggunakan landasan agama Islam untuk perjuangan politik peribadi mereka sendiri. Pelbagai 'Fatwa Politik' yang dikeluarkan untuk menanamkan kebencian dihati rakyat kepada pihak Kerajaan BN.

GR lihat gambar di atas, begitu ceria pemimpin-pemimpin ini bersama. Adakah anak-anak buah di bawah boleh menjadi seperti di atas. Tiada pergolakan, maki hamun dan sebagainya dilemparkan seperti yang terjadi sekarang.


Apa perasaan Pok Nik bila lihat gambar ini? Sudah semestinya ramai pemimpin-pemimpin PAS sudah mula menerima apa yang Kerajaan BN buat adalah benar membantu rakyat serta mempertahankan institusi kepimpinan negara dan juga mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Adakah nasib-nasib pemimpin-pemimpin PAS yang sudah ramai berjumpa dan turut serta dalam program pemimpin UMNO/BN akan jadi seperti Ust Nasharuddin, Dato' Hassan Ali? Membuat perkara yang betul berlandaskan Islam sebenar dikecam oleh Pok Nik. Ulama' yang kategori macam mana Pok Nik ni yer? Kata PAS memberikan ilmu kepada rakyat....takkan bagi ILMU SESAT kot.


GR kata: Otak Pok Nik dah mereng, banyak sangat wayar yang putus....

Friday, February 22, 2013

Monday, February 20, 2012

PEMIMPIN UMNO SAHUT KEMPEN JAGA AURAT!!!

Ketua Puteri UMNO Malaysia sentiasa berimej baik


Satu kempen yang baik telah digerakkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO Islam Kedah (Wehdah) melancarkan Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat.

Kempen ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat Islam khususnya  Malaysia agar menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak masyarakat Islam yang bermaruah, berakhlak dan berprinsip.

GR yakin dan percaya dalam kepimpinan UMNO mereka sudah mendahului kempen yang baik ini. baik pemimpin lelaki mahupun wanita. Kepimpinan melalui tauladan telah lama diperaktikkan dan itulah jaminan kualiti dalam setiap diri pemimpinUMNO itu sendiri.



GR kata: Pemakaian tudung mestilah menunjukkan perwatakan yang baik, jangan macam muslimah PAS terkinja-kinja macam takder akhlak....

Thursday, December 1, 2011

RINGKASAN UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO #PAUMNO 2011


Bermulalah perhimpunan Agung UMNO selepas semalam selesai Perhimpunan 3 Sayap Parti Wanita, Pemuda dan Puteri. Dalam ucapan dasar Presiden UMNO pagi tadi beliau menegaskan UMNO parti yang telah banyak berjasa dan membantu masyarakat di Malaysia sejak zaman penubuhannya sehinggalah kini.

Beliau juga mengajak semua perwakilan berikan penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, wargaparti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Penghormatan juga diberikan kepada Allahyarham Dato’ Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun AbdullahBadawi dan Tun Musa Hitam.

Dalam ucapan dasar Presiden UMNO beliau menegaskan orang UMNO perlu Taat dan Setia kepada parti, Cinta dan Kasih kepada parti dan Berkhidmat Tanpa Jemu dan Berkorban untuk parti. Beliau juga menegaskan UMNO bukan parti 'racist'. Jika UMNO 'racist' pastinya kaum lain tidak dapat merasai 'nikmat' selama pemerintahan UMNO yg kini hampir 60 tahun.

Ucapan penuh dasar Presiden UMNO...sila baca >> di sini

p/s: UMNO Terus Mara Untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, November 29, 2011

MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA & PUTERI UMNO MALAYSIA


Baru sebentar tadi Timb Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan taklimat amanat dan peringatan serta ucapan perasmian 3 sayap parti Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia.

Dalam ucapan TSMY menyebut jangan TIKAM BELAKANG, jangan BERGADUH sesama sendiri, kita berjuang untuk PARTI bukan untuk DIRI SENDIRI..


TSMY juga memberi nasihat jangan sabotaj calon, jangan lari ke luar negeri, jangan tutup bilik gerakan. PRU13 adalah survival parti bukan survival individu. Pesan TSMY juga kepada Pergerakan Pemuda "Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata"...


Teks ucapan penuh TSMY baca >> di sini


p/s: Bersatu Bersetia Berkhidmat

PERHIMPUNAN UMNO...JANGAN SAMBIL LEWA!!!


GR ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua perwakilan di Perhimpunan Agong UMNO 2011. Perhimpunan Agong UMNO 2011 akan bermula 29 haribulan November (selasa) dan berakhir pada 3 haribulan Disember ini.

Kepada semua perwakilan UMNO dalam Bahagian, Wanita , Pemuda dan Puteri UMNO selamat bersidang.


Perhimpunan pada kali ini adalah terakhir sebelum memasuki medan perang untuk Pilihanraya Umun ke 13. Kita mesti tanamkan dalam diri supaya bekerja lebih keras dalam memastikan PRU 13 BN akan tawan semua kerusi dipertandingan serta menawan kembali negeri-negeri yang di bawah Pakatan Rakyat.

GR ingin mengingatkan kepada semua perwakilan, jagalah akhlak dan tingkahlaku kerana ramai mata di sana yang memandang. Semasa persidangan berlangsung janganlah tidur, berilah tumpuan yang sepenuhnya amanat-amanat yang diberikan. Janganlah nanti disebabkan kelakuan kita yang sedikit leka telah diupload oleh pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab dan pada orang tidak menjadi 'pembelot' kepada UMNO... Sedarlah apa yang anda lakukan tiada gunanya...

p/s: Selamat Datang & Selamat Bersidang kepada semua perwakilan

Artikel pelbagai