Showing posts with label Hishammuddin Hussein. Show all posts
Showing posts with label Hishammuddin Hussein. Show all posts

Wednesday, December 2, 2015

Orang #UMNO Kata, Tunggulah Nanti PRU14...??


SEMASA bertemu santai dengan beberapa orang UMNO di peringkat cawan-gan dan bahagian di sebuah negeri beberapa hari lalu, penulis tersentak seketika. Kata mereka, sebilangan cawangan dan bahagian memandang serius dan peka dengan apa yang menyelubungi UMNO waktu ini. Cuma, masing-masing tidak mahu cakap apa yang terbuku di hati. Positif atau negatif. Hanya ayat ini yang keluar: “Kita tunggu pilihan raya umumlah.”

Penulis tidak mahu menghakimi hati mereka. Tetapi kalau ada terlintas unsur atau perasaan tidak senang hati, pucuk pimpinan parti jangan pula tidak ambil berat. Mesti prihatin dan sensitif dengan keadaan di sekeliling. Sejarah UMNO membuktikan protes yang ditunjukkan andai ada dalam kalangan anggota parti, apalagi Barisan Nasional (BN) sendiri, UMNO tidak boleh pandang mudah dengan impaknya.

Imbas kembali bagaimana insiden Tan Sri Shahrir Abdul Samad dipecat pada sekitar 80-an dalam siri peristiwa yang membawa kepada Krisis Perlembagaan 1988 dan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li terhadap Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad masa itu. Pada 1988, Shahrir meletakkan jawatan daripada kerusi Parlimen Johor Bahru dan kemudian mencalonkan dirinya untuk dilantik semula sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen berkenaan. Shahrir menang.

Renungi pula bagaimana Ku Li bergandingan dengan Pas menerusi Parti Melayu Semangat 46 (S46) setelah UMNO diharamkan yang kemudian dihidupkan balik dengan UMNO (Baharu). Akibat ‘tindakan’ Shahrir dan Ku Li itu, UMNO terlepas Kelantan pada 1990 yang kini sudah 25 tahun hilang daripada genggaman.

Pada 1998, apabila Dr. Mahathir tidak sebulu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah timbalannya itu terbabit dalam ‘gelagat hidup yang aneh’, UMNO dan BN secara berperingkat-peringkat terlepas sokongan pengundi Cina pada 2008, meskipun 2004 mencatat keputusan pilihan raya paling popular buat BN.

Kesan tidak puas hati dalam parti, mengambil masa lama untuk sembuh. UMNO mesti belajar daripada pengalaman lepas supaya menjadi panduan untuk gerak kerjanya yang kompetitif. Ahli UMNO sekarang berjumlah 3.4 juta orang. Kata orang UMNO, parti keramat ini Insya-Allah boleh mengekalkan mandat rakyat pada 2018 nanti.

Namun, penulis tidaklah menafikan rumusan ini tetapi paling utama parti mesti bekerja keras dari sekarang. Keahlian 3.4 juta semata-mata tidak cukup untuk berdepan 14 juta pengundi berdaftar. Ini terutama sekali dengan pengundi atas pagar. Ahli parti perlu berkorban apa sahaja. Biar berdentum di hati haba perjuangannya.

Realitinya, sentimen masyarakat ketika ini bersandarkan tiga faktor iaitu berkisar ke mana wang rakyat dibelanjakan, persepsi umum terhadap kadar rasuah yang tinggi dan kos sara hidup.

Persepsi rasuah berkubang ini perlu diperbetulkan manakala dengan caj cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus dikenakan dalam keadaan gaji pula tidak naik, maka sudah tentu kehidupan yang dijalani memeritkan. Demikian juga pembiayaan perubatan seperti harga ubat yang semakin mahal dan caj hospital swasta yang tinggi, mewujudkan rasa tidak puas hati yang berbekam. Hal ini juga perlu diambil perhatian oleh perwakilan-perwakilan yang akan memenuhkan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 8 hingga 12 Disember nanti.

Perlihatkanlah rasa rendah diri, penampilan sederhana berteraskan amalan wasatiyyah. Hayati, selami dan hargai denyutan hati rakyat.

Orang UMNO mesti akur bahawa era ini milik orang muda. Dalam era digital, siber atau langit terbuka tanpa sempadan, pendekatan gerak kerja parti yang diambil perlu dinamik. Senario politik kini berbeza, bukan macam tahun 80-an dan 90-an. Rakyat ingin melihat tadbir urus yang baik, ketelusan dan integriti.

Mereka melihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai tiang seri negara. Kalau salah satu tumbang, sengetlah rumah kita. Mereka, orang muda yang balik setelah tamat pengajian dari seberang laut, antara golongan yang menjadi faktor penentu kemenangan. Mereka balik ke kampung masing-masing bercerita mengenai masa depan yang diimpikan, seterusnya mempengaruhi orang tua dan masyarakat sekeliling untuk menempatkan calon parti mana atas kertas undi.

UMNO yang membawa panji-panji BN tidak boleh lagi terlalu bergantung kepada politik pembangunan. Boleh, tapi ini bukan lagi formula mujarab. Memang diakui politik pembangunan yang dibawa BN sejak sekian lama telah terbukti penghasilannya. Sebagai contoh di Telang Usan, Sarawak sejak 10 tahun lalu pelbagai perancangan pembangunan telah, sedang dan terus dilaksanakan seperti pembinaan jambatan di Long Lama, jalan raya yang baharu dan dinaik taraf serta pembangunan infrastruktur yang lain seperti pembangunan elektrik dan air.

Cuma boleh dibuat ‘post mortem’ politik pembangunan ini. Se-perti mana kita semua maklum dan bukan rahsia lagi, baharu sahaja diumumkan beberapa juta ringgit untuk sekolah-sekolah Cina semasa pilihan raya kecil atau mana-mana pilihan umum, namun masih tidak menjamin sokongan daripada kaum Cina.

Perlu dipertingkat dan ditambah nilai strategi mendapatkan sokongan daripada komuniti bandar. Perlu difahami mengenai masyarakat yang sedemikian kompleks yang tidak lagi bergantung kepada politik pembangunan atau politik meluluskan peruntukan kerajaan. Ya, memang rumah, pendidikan dan perubatan diperlukan dalam bandar dan luar bandar, tetapi semua peruntukan ini perlu diiringi dengan gerak kerja tersusun dan penjelasan yang baik.

Golongan muda diyakini bukanlah antikerajaan berdasarkan respon yang diterima dalam akaun Facebook Perdana Menteri dengan ratusan ribu peminat dan akaun Twitter #tanyaNajib, yang antara akaun paling aktif dalam dunia blog mikro dalam jangka masa singkat.

Kisah Kabinet Malaysia hakikatnya banyak berpaut kepada kisah UMNO kerana kepimpinan Kabinet disediakan oleh UMNO. Perkara ini mempunyai alasan yang mudah ke-rana UMNO membekalkan jumlah bilangan besar dalam keahlian Dewan Rakyat. Untuk memiliki Kabinet, perlulah menewaskan UMNO.

Oleh itu, selagi UMNO mengekalkan status-quo kekuatan dan pengaruhnya yang sekali gus menikmati sokongan popular orang Melayu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan melainkan untuk melantik seorang Presiden UMNO untuk mengetuai Kabinet sebagai Perdana Menteri. Proses muhasabah dan transformasi politik, kerjasama dan sokongan ahli parti menjadi satu kekuatan untuk UMNO yang perlu diambil kira.

Kurangkan menguar-uarkan elemen ‘anda termakan budi’ apabila berdepan dengan rakyat. Isu rakyat perlu ditampilkan untuk diteliti dan diselesaikan.

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.

Tuesday, August 13, 2013

JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO, PERLU DIKEKALKAN ATAU SOKONG ISA SAMAD, ALI RUSTAM DAN MUKHRIZ MAHATHIR? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @mohdshafieapdal @umnoonline


PRESIDEN UMNO
Sehingga ke saat ini, DS Najib Razak dijangka akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO. GR yakin dan pasti UMNO akan mengalami malapetaka besar jika jawatan Presiden UMNO dipertandingkan. Ianya harus dikekalkan dan segala misi untuk memperkasakan UMNO harus dijalankan serta merta.

Oleh kerana itulah, GR melihat kedua-dua mantan Presiden iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyarankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Apabila Tun Dr. Mahathir dikeluarkan dari UMNO oleh Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj, kemudian dibawa masuk semula oleh Tun Abd. Razak malahan diberi gambaran Tun Mahathir terbang sebagai "Spiderman" yang menyelamatkan UMNO dan orang Melayu.

Selepas 40 tahun peristiwa itu, siapakah pula yang akan memegang watak Tun Razak dan watak Tun Dr. Mahathir sekarang ini?.

GR yakin seperti PM2 yang lain, DS Najib Razak juga mahu menjadi Perdana Menteri yang paling baik kepada agamanya, bangsa dan negaranya. Semua itu sejarah yang akan menghukumnya.

TIMBALAN PRESIDEN UMNO
Muhyiddin pula dikatakan tidak berminat mencabar DS Najib Razak kerana sudah penat dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua Perdana Menteri.

Apabila ketiga-tiga Naib Presiden menyatakan kesediaan mempertahankan jawatan Naib Presiden mereka, bermakna desas-desus salah seorang Naib Presiden untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO tidak akan berlaku.

Walau bagaimanapun, untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO ini, bacaan GR agak lain sedikit. GR fikir seseorang yang amat berminat masih berada di dalam kotak gear 1 dan sedang berhenti rehat di kotak N. GR melihat, bila-bila masa dia boleh bermula di kotak gear D3 dan D, nasib baiklah kenderaannya dwi-fungsi yakni auto dan manual.

TS Muhyidin Yassin telah menunjukkan jati dirinya dan jati diri politiknya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Kehebatannya tidak ubah seperti Allahyarham Tun Dr. Ismail dan amat kagum.


NAIB PRESIDEN UMNO
Ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO iaitu DS Zahid Hamidi, DS Hishamudin Tun Hussien dan DS Shafie Apdal menyatakan keinginan mereka mempertahankan jawatan tersebut.

Dalam hal ini, GR fikir beberapa nama lain patut mencuba nasib mereka supaya UMNO itu dilihat demokratik sedikit. Saya melihat beberapa nama yang patut menawarkan diri mereka seperti Tan Sri Isa Samad, DS Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Mahathir amat tepat sekali dan mereka ini harus diberikan peluang.

Ahli UMNO mesti memikirkan 5 dan 10 tahun akan datang jika mahu memilih pemimpin UMNO kerana kepimpinan dalam UMNO akan mengemudi kepimpinan negara. Lainlah kalau UMNO ketandusan pemimpin, barangkali rakyat akan berpindah kepada parti lain.

Ahli UMNO perlu melihat kewibawaan sewaktu DS Ali Rustam mentadbir negeri Melaka. Pelbagai perubahan yang baik dibuat oleh beliau melalui pembanguan dan juga sektor pelancongan yang menjadikan Melaka terkenal di mata dunia. Beliau patut mencuba jawatan Naib Presiden UMNO.



Tan Sri Isa Samad juga tidak kurang hebatnya. Kecekalan dan kebijaksaan beliau menjadi Boss Felda telah membawa perubahan yang besar pada warga Felda. Anak-anak Felda dibela dan mereka diberikan pelbagai pulangan atas titik peluk mereka selama ini dan jelas insentif yang diberikan membuktikan Felda semakin baik.

Kemenangan Datuk Mukhriz dan seterusnya mengambil semula negeri Kedah dengan kemenangan bergaya merupakan kekuatan dalaman, kekuatan sejarah dan kekuatan masa depan. Beliau patut mencuba jawatan Naib Presiden UMNO. UMNO tidak akan pecah jika hanya berlaku pertandingan di peringkat Naib Presiden UMNO.

GR fikir, untuk kebaikan UMNO, bertanding di peringkat Naib Presiden UMNO dengan jumlah calon yang ramai tidak akan merugikan UMNO. Dahulu, apabila TS Syed Hamid Albar tewas, beliau tetapi dilantik sebagai Menteri Penuh.

Sejarah politik Pak Lah ketika lama berada di dalam Naib Presiden patut menjadi contoh kepada sesiapa yang berhajat besar. Ahli UMNO harus memilih pemimpin yang layak bagi Naib Presiden UMNO adalah mereka yang benar-benar perjuangkan hak bangsa Melayu dan semangat juang yang tinggi, tegas serta berani mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: PAU2013 semua teruja dan tak sabar nak jawatan atau pun untung nasib?

Thursday, July 18, 2013

PINDA AKTA MACAM MAKAN BISKUT? MAIN-MAIN PULAK, KEJAP ADA KEJAP TAK DER..! @NajibRazak @HishammuddinH2O @Zahid_Hamidi @umnoonline


Apa akan jadi pada rakyat dan negara jika tiada undang-undang yang menitik beratkan tentang keselamatan rakyat dan negara. Adakah rakyat akan hidup dalam keadaan aman dan selamat seperti yang kita kecapi sejak zaman selepas Merdeka?

Untuk mengubal sesebuah undang-undang GR tahu bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya perlu dikaji dengan penuh teliti. Apa yang penting kehendak rakyat yang mahu kehidupan mereka lebih selamat dan terjamin menjadi keutamaan. Apa gunanya hidup serba serbi cukup tapi negara tidak dalam keadaan aman. Betul tak?

Sejak selepas zaman era pemerintahan Tun Mahathir, GR lihat pelbagai Akta digubal dan dimansuhkan. Apakah ini menunjukkan Kerajaan sedia ada takut dengan suara-suara asing yang mempunyai agenda mereka tersendiri? Adakah ini Transformasi yang dilakukan oleh Kerajaan menuju ke arah kebaikan? Atau negara akan jadi huru hara seperti yang terjadi di Mesir, Syria dan negara-negara lain.

Kerajaan harus ada pendirian yang KUAT untuk membentuk sebuah undang-undang baik yang baru atau lama. Jangan asyik 'Omong Kosong' saja, tapi hasilnya terbang ke laut entah ke mana. Mansuhkan ISA lah, ubah undang-undang itu dan ini...tengok hasilnya sekarang ramai pihak tak bertanggungjawab berani untuk menghina kedudukan agama Islam, hina perkauman, hina Sistem DiRaja dan macam-macam lagi. Buat undang-undang bukannya macam buat kuih karipap atau pun cekodok...main campak-campak jer yer!!

GR setuju dengan kenyataan Tun M nie:
Undang-undang atau akta yang telah digubal dan dilaksanakan dengan baik tidak perlu diubah sewenang-wenangnya kerana boleh mencetuskan masalah kepada negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, undang-undang yang telah dilaksanakan tidak sepatutnya ditukar sesuka hati ekoran desakan mana-mana pihak kerana hanya akan mendatangkan keburukan.

Beliau berkata, rakyat negara ini hidup secara aman dan harmoni serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain sebelum ini kerana adanya undang-undang dan akta tertentu yang dijadikan panduan.

"Namun, kini semuanya berubah apabila undang-undang tertentu termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan sehinggakan ada pihak yang berani menghina Islam.

"Mereka sekarang berani kata macam-macam kepada agama kita, dulu perkara ini tidak pernah terjadi, bila tiada undang-undang sedemikian inilah yang terjadi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang hasrat kerajaan untuk mewujudkan undang-undang baharu bagi menggantikan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Hasutan 1948.

Selain itu, katanya, kerajaan perlu fikir secara mendalam sekarang untuk melaksanakan Akta Keharmonian Nasional.

"Dulu ada macam-macam undang-undang dan akta, itu yang membuatkan kita harmoni, sekarang bila undang-undang tiada, rakyat bebas," katanya. - Utusan

Pada DS Najib Razak, walau apa pun Akta yang ingin digubal atau diubah...fikirkan dulu kehendak sebenar rakyat. Jangan asyik fikir dan dengar cakap sebelah pihak. Perlukan ketegasan yang kuat dalam mentadbir negara. Jangan diulang perkara yang lepas seperti Pak Menteri sebelum ini yang hanya pandai cakap tapi hasil kerjanya entah ke mana. Tak berani ambil risiko dan tindakan, hanya 'Amaran' saja diberi....kalau macam tu baik tak payah jadi Pak Menteri.

Jika keputusan Kabinet mahu mansuhkan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan Akta Harmoni, HARUSLAH KEKALKAN iaitu  4 perkara utama  yang termaktub dalam Perlembagaan harus DIPERTAHANKAN seperti yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan:

1. Kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
2. Kedudukan Raja-Raja Melayu
3. Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu
4. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangasaan


GR kata: Dengarlah isi hati rakyat yang mahukan keselamatan mereka terjamin. Malaysia negara yang aman bukannya ke arah jadi huru hara!

Artikel pelbagai