Saturday, February 1, 2014

#N25Kajang: Anwar Guna Tektik Biasa, BN Masih Nak Tabur 'Emas' Pada Cina Macam Dulu Ker? @NajibRazak @anwaribrahim @MuhyiddinYassin

Sejak Anwar mula menawarkan diri beliau sebagai calon bertanding di DUN Kajang, pakatan haprak sudah mula menjalankan kempen kotor mereka. Seperti biasa pelbagai fitnah dan tomahan yang dilemparkan pada pengundi Kajang.

Dalam tinjauan GR sendiri di Kajang, rata-rata pengundi Kajang masih pelik kenapa ADUN yang mereka pilih sebelum ini meletakkan jawatan serta merta? Walaupun dari PKR, ADUN ini seorang yang rajin dan kuat bekerja untuk rakyat. Kenapa perlu ditukar??

Adakah persoalan ini Anwar boleh memberikan jawapan yang munasabah?

Tak sampai setahun memegang amanah rakyat, boleh dibuang atau ditinggalkan begitu saja. Inikah demokrasi yang dihebohkan sejak dulu lagi baik dari mana-mana parti politik sekali pun. Ada yang kata, rakyat Kajang harus 'bersyukur' kerana pemimpin bertaraf dunia menjadi wakil rakyat mereka. Jika Anwar ini bertaraf dunia, kenapa Permatang Pauh dari dulu sampai sekarang sama saja, tiada sebarang perubahan baik yang dilakukan oleh beliau?

Jom baca pandangan rasional masyarakat di Kajang dan mempersoalkan kenapa demokrasi dilacurkan sedemikian rupa oleh pakatan haprak:

Ada penduduk tempatan yang kurang menyenangi tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi wakil rakyat di situ.

Beberapa pengundi yang ditemui  masih kurang jelas akan manfaat pilihan raya kecil itu buat mereka.

Samuri Dahlan, 57, (kiri)  tidak faham sebab pilihan raya kecil itu perlu diadakan kerana bekas wakil rakyat, Lee Chin Cheh masih hidup dan sihat.

Pemilik kedai makan itu berkata kerajaan negeri sepatutnya fokus kepada membangunkan bandar Kajang, dan bukan mencetuskan satu lagi pilihan raya kecil.

“Kenapa dalam masa terdekat kena ada pilihan raya? Sepatutnya (pilihan raya) ada bila wakil rakyat meninggal dunia.

“Jika penuhi kemahuan peribadi, tak perlulah menerusi pilihan raya.

“Tidak tahu kenapa ADUN itu letak jawatan, sudah pasti adanya pembaziran jika hanya suka-suka, buang masa dan duit,” katanya yang memiliki nama sama dengan pengasas sate Kajang, Datuk Samuri Juraimi.

Seorang lagi pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Lilyzurey, 35, dari Taman Sungai Kantan, merasakan tindakan tersebut mempermainkan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihan raya lepas.

“Bekas ADUN ini dia macam mempermainkan mandat rakyat kepada dia. Sesuka hati hendak bagi peluang kepada orang lain (Anwar).

“Sultan sudah perkenan dia sebagai ADUN. Sepatutnya kalau kes macam ini bekas ADUN perlu didenda. Dia tak boleh sewenang-wenang buat macam ini,” katanya.

Rus Azlan Othman, 29, (kiri) dari Saujana Impian pula mahu kekosongan kerusi itu diisi segera demi manfaat penduduk Kajang.

“Tak tahu apa sebab dia (Lee) letak jawatan tapi tempat yang kosong tu perlu diisi dalam masa sebulan.

“Perkara ini ada pro dan kontra, buat dalam masa terdekat, PRK tak membazir sangat.

“Kalau buat lewat, kita rakyat tiada tempat mengadu, memang pembaziran masa, memang membazirlah PRK tu, tapi kalau tak buat PRK pun masalah juga,” katanya.

Sementara itu, Chen Chooi Har, 36, berpendapat Anwar tidak diperlukan di Kajang dan berasa ‘ditipu” dengan percaturan politik demikian.

“Saya rasa tertipu dengan PKR, Lee Chin Cheh menang dan saya tak nampak dia di sini, pengundi yang mengundi Lee pada 5 Mei buta sehingga menolak BN.

“Apa PKR buat sehingga ini belum jelas dan saya berasa ditipu,” katanya.

Seorang suri rumah, Agnes Lee, 42, (kiri) kecewa kerana tahun lalu adalah kali pertama beliau mengundi di Kajang dan kini terpaksa keluar mengundi sekali lagi.

“Pilihan raya patut berlaku pada waktu khas, tetapi apabila anda (PKR) mengadakan pilihan raya itu sekarang, saya tidak bersetuju.

Pada masyarakat di Kajang, bersiap sedialah dengan kempen biasa yang pakatan lakukan jika ada PRK di Kajang. Isu dakwat tak kekal dan paling best 'pengundi Bangla' a.k.a hantu jika BN menang di kawasan tersebut.


Sehingga kini tiada sebarang bukti kukuh yang diberikan oleh pakatan haprak. Hanya omong kosong saja....kalau dah bersalah kenapa sampai sekarang tak berani minta maaf. Macam tu pun masih ada rakyat yang bodoh dan buta kayu kerana terpengaruh dengan mulut manis pakatan haprak.

GR juga berharap, jika SPR mengumumkan ada PKR di Kajang...pemimpin UMNO/BN jangan asyik ditakuk lama. Sedarlah diri sikit, jangan asyik nak tabur 'emas' hanya sebelah pihak. Jangan asyik dengar cakap orang kiri kanan yang sebenarnya mereka ini habuk pun tak ada.

Pada PM dan TPM jangan asyik tabur duit berjuta pada pengundi Cina. Yakin sangat ker kali ini mereka akan balas jasa pada BN? Yakin sangat ker dengan report yang diberi oleh orang kiri kanan anda? Nilailah sendiri...jangan pegi tokong bagi berjuta-juta, sekolah Cina bagi juta-juta. Akhirnya BN ditipu lagi untuk beberapa kalinya. Masa tu nak menangis pun tak der guna lagi, PRU13 sudah ada testimonialnya.

Pengundi Kajang faham MB Khalid DIPAKSA turun. MB Khalid dipaksa menerima pemecatannya, MB Khalid dipaksa berbohong kepada wartawan, MB Khalid dipaksa senyum dalam tangis di depan cameraman, namun sebagai manusia biasa kadang-kadang MB Khalid tidak dapat menahan air matanya menitis.

Komen stright to the point MB N.Sembilan mengenai PRK DUN Kajang ada bernasnya.



PM dan TPM harap dengarlah komen dari semua pihak dan juga akar umbi. Kalau jadi juga pertandingan, kotakan janji tu pasal Winnable Candidate bukannya letak calon yang hanya gah pada nama tapi tak tau buat kerja. Rakyat sekarang pun dah pandai, bagi undi orang lain...bula minta bantuan menangis merayu pada pihak Kerajaan UMNO/BN jugak. Tak gitu???


GR kata: Nak jadi macam Pak Pandir atau Sang Kancil? Lu orang pikir la sendiri yer....

1 comment:

Anonymous said...

NASIHAT penyokong UMNO Selangor kepada UMNO/BN, elak dari buat sebarang janji derma dan sumbangan kepada puak cina. Kalau Kajang tidak membangun, itu semua kerana kegagalan kerajaan negeri Selangor kerana MB nak kumpul duit sampai RM3.0billion. Biar rakyat deprive of development dan kebajikan, asalkan MB bangga ada duit banyak. Kerajaan yang amat tidak bijak.
So, PM Najib, minta sangat jangan buat apa-apa janji kepada puak cina. Orang cina tidak perlukan sebarang pertolongan daripada BN. Dia orang rasa hina kalau diperbodohkan dengan janji. Puak cina ni RELA di BODOHKAN oleh DAP.

Artikel pelbagai