Apakah rahsia kejayaan KDN sekarang selepas diterajui oleh Boss yang baru? Apakah persamaan dari segi gerak kerja Boss-bossnya membawa transformasi yang baru pada KDN sekarang?
Kementerian Dalam Negeri adalah suatu kementerian yang boleh dikatakan 'panas' dan popular selepas PM Office dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia adalah disebabkan semua agensi di bawah KDN boleh dikatakan semuanya menjurus kepada rakyat. sebagai contoh PDRM, Imigresen, JPN dan lain-lain lagi.
Apa bezanya KDN dulu dan sekarang? Walaupun KDN adalah sebuah kementerian yang amat ditakuti oleh ramai menteri, tetapi KDN tetap membuatkan menterinya yang baru dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan padanya.
Dulu Tun Ghazali Shafie banyak kali bertanding Naib Presiden UMNO ketika menjadi Menteri Dalam Negari tetapi kalah. Tun Musa Hitam terpelanting dari jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika menjaga KDN selepas peristiwa berdarah Memali. Genap 100 hari peristiwa Memali, beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Selamatkah DS Zahid Hamidi di KDN? Dapatkah beliau menjadikan KDN menjadi popular dan sentiasa mendapat perhatian dari rakyat? Apa puncanya?
Punca sebenar KDN berwajah baru ialah kerana setiap hari Khamis, menterinya DS Zahid Hamidi mengadakan HARI TERBUKA untuk orang ramai menemuinya dari pagi hingga ke malam.
Ia bermula dari awal Januari 2014 konsep Hari Terbuka Menteri KDN ini diperkenalkan. GR dapati lebih 200 orang sanggup menunggu dari pagi hingga ke jam 11 malam untuk menemui beliau kerana kebetulan GR juga berada di KDN waktu itu. Tepat jam 11 malam, masih ramai yang tidak dapat menemuinya dan terpaksa menempah untuk membuat temujanji dengannya pada Khamis minggu hadapan.
DS Zahid Hamidi melayan setiap orang dari pagi hingga ke malam yang ingin menemuinya. Ketika mantan KDN sebelum ini bukan semua orang dapat menemui menteri yang jaga KDN itu. Hanya kawan-kawan rapat dan orang politik sahaja yang dapat menemui mereka.
Ada juga kawan-kawan GR yang bekerja di KDN memberitahu menteri sebelum ini masuk ofis pun jarang sekarang dan bila masuk pukul 4 petang dah balik...tak tau lah ke rumah atau ada program di luarkan. Sebarang urusan diminta fax padanya dan akan dilihat di rumah. Pelbagai urusan juga hanya diuruskan oleh pegawai-pegawai khasnya saja...lagak gaya macam merekalah menteri kerana mungkin 'diberikan kuasa'?
Kita semua ketahui DS Zahid Hamidi seorang bersifat terbuka. Sesiapa sahaja boleh menemui beliau asalkan orang itu sabar menunggu giliran. Macam nie pun masih ada yang kata beliau seorang menteri yang tak buat kerja dan juga hanya pandai cakap.
Suasana pejabat Menteri KDN pada hari Khamis
Dengan pendekatan terbuka Menteri KDN ini, rakyat dari semua lapisan dapat bertemu dengan menteri untuk mengadukan pelbagai hal dan masalah mereka untuk diselesaikan serta dibantu.
Jika semua menteri mengikut stail DS Zahid Hamidi buat hari terbuka, GR rasa rakyat yang ada masalah dengan mana-mana kementerian dapat menyelesaikan masalah dengan segera dengan bantuan menteri...tak gitu??
Satu lagi, ramai yang tidak tahu DS Zahid Hamidi adalah seorang yang bukan bercita-cita tinggi. Beliau menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada beliau menerajui KDN. Usah risau pada pemimpin yang bercita-cita tinggi nak sampai ke langit...pergilah kerana tiada sebarang gangguan pun jika 'rezeki' kita itu Allah S.W.T telah tetapkkan pada kita.
GR kata: Siapa kata nak jumpa menteri perlu protokol?? Lihat dengan mata bukannya dengan telinga.
5 comments:
Menteri KDN sebelum nie, tk payah ckp lah..dia berada di kerusi skg pn sbb sepupu dia Najib..kalau tk, jgn harap lah...sampai skg aku meluat dgn dia...
menteri perlu lebih tegas dan bijak jalankan tugas
Menteri KDN sebelum ni, sama la kat MINDEF pun.
Jarang masuk opis, mengelat je, balik awal, suruh fax juga dokumen2 kat rumah dia.
Tak tau menteri ni pi mana, nak kata ada program luar, tak juga.
Tak tau waktu mana dia buat kerje.
Menang pemilihan aritu pun sebab nasib je, pakai nama Najib. hancus menteri camni. Tak jadi menteri lagi bagus.
Menteri mindef skng kn sibuk sekuad muda... peace yoo.. nk kne tarik ank muda. Hnya melalui hiburan jerit jeritan. Pegawai khas la kne buat kje menteri..
masa zaman SAMY VELLU pun gitu...tp ingat hr apa,,,penuh rakyat jelata datang untuk berjumpa dgn dia...setiap mgg. hari rabu rsnya...bagus tindakan begini so...dkt rakyat dan pemimpin...
Post a Comment