Al kisah bandar satay Kajang semakin hangat diperkatakan sekarang. Mana tak nyer, belum sampai 1 penggal pun PRU13 dah ada wakil rakyat yang letak jawatan. Bukankah ini merupakan perkara pelik dalam senario politik di Malaysia sekarang ini.
Adakah rakyat boleh menilai apakah sebenarnya yang berlaku antara puak pakatan haprak? Di manakah kata-kata puak pakatan yang menabur fitnah kononnya UMNO/BN sebuah parti yang boros dan membazirkan duit rakyat?
Kisah perletakan jawatan ADUN Kajang nampak jelas, Anwar Ibrahim gilakan kuasa. Penjelasan beliau kononnya untuk menyelesaikan persengketaan antara Khalid Gagap dan Azmin Ali hanyalah retorik. Agenda utama beliau hanyalah untuk mendapatkan kuasa.
Selama menjadi 'penasihat' ekonomi Selangor dengan bergajikan RM1, hanyalah wayang semata-mata. Sumber dalaman memberitahu GR, geng dalam pakatan dah bosan dengan perangai Anwar yang semakin gila kan kuasa. Semua keputusan dibuat ikut sedap diri sendiri saja tanpa mengambil peduli pandangan geng pakatan yang lain.
Inikah demokrasi yang Anwar taburkan selama nie? Setiap hari rakyat diperbodohkan oleh Anwar tapi masih ramai yang tak sedar. Selama ini jadi MP Permatang Pauh adakah beliau turun padang membantu rakyatnya di sana...inikan mula nak jadi ADUN Kajang seterusnya jadi MB Selangor.
PAS dan DAP juga mengutuk tindakan Anwar yang hanya pentingkan diri sendiri. Puak-puak yang bukan Anwarinas lebih mudah bekerjasama dengan Khalid Ibrahim selama beliau memegang jawatan MB kerana telah mendapat perkenan Sultan Selangor. Adakah Anwar mahu melanggar perintah Sultan dan perundangan negeri yang sudah termaktub?
PAS Selangor menolak secara terbuka cubaan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar baru manakala sayap pemudanya bertekad memulau pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan ditandingi oleh Ketua Pembangkang itu.
Ketua Pemudanya Syarhan Humaizi Abdul Halim terkilan dengan peletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah oleh bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh semalam untuk memberi laluan kepada Anwar.
“Ia ibarat mengkhianati amanah daripada rakyat yang telah meletakkan kepercayaan penuh, apatah lagi majoriti undi yang diperoleh Chin Cheh adalah agak besar iaitu 6,824 undi.
“Perbelanjaan untuk pilihan raya kecil juga akan melibatkan dana daripada wang rakyat dalam jumlah yang agak besar,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan PKR untuk Anwar diletakkan sebagai calon yang akan mewakili gabungan parti itu.
Syarhan berkata Pemuda PAS Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan yang dilihat membelakangkan rakan daripada Pakatan Rakyat dalam membuat keputusan terbabit.
“Melihat situasi yang berlaku, perletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan pentadbiran parti tidak seharusnya membabitkan pembaziran wang rakyat,” ujarnya.
Beliau mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh PAS, PKR dan DAP.
“Tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan Rakyat dan memberi imej negatif kepada rakyat,” tegasnya.
Masih ingat dengan DUN Penanti? Apa persamaannya DUN Penanti dan PRK DUN Kajang? Penyandang dari PKR DI ARAH letak jawatan.
Pada 18 Mei 2009, PM Najib dalam satu sidang medianya ada memberitahu BN takkan letakkan calon di DUN Penanti bukan disebabkan faktor kematian dan sabit kesalahan undang-undang oleh penyandang, sebaliknya ia adalah gimik PKR yang cuba tutup kelemahan parti mereka.
Untuk DUN Kajang, GR beritahu puncanya kenapa ia berlaku?
Pertama Anwar nak alihkan dan menutup isu anaknya Nurul Izzah yang ada masalah rumahtangga dan keduanya isu dirinya yang dihalau dari memasuki Jepun.
Di kedai kopi dah banyak bercerita mengenai keretakan rumah tangga anaknya, sampai ke tahap kias macam mana nak tadbir negara, tadbir rumahtangga pun gagal.
Ketiganya dikabarkan dari puak PKR, Khalid Gagap pada persidangan parti PKR tahun ini akan mencabar kerusi timbalan presiden. Ianya mampu menyentak kedudukan Azmin Ali. Jadi untuk mematikan move Khalid Gagap, maka drama DUN Kajang digerakkan dengan serta merta.
Fakta--fakta ini jelas dengan perbualan telefon yang GR dengar antara pemimpin UMNO bersama Azmin Ali semalam....Azmin menyatakan ini semua sandiwara untuk mengekalkan jawatannya, betul ker YB??
Pelikkan, kenapa Anwar sanggup bermain di DUN Kajang yang mana pengundinya majoriti Cina? Kenapa tidak di kawasan yang majoriti Melayu? Sanggup tukar alamat di JPN beberapa hari lepas, semata-mata gilakan jawatan MB.
Jika benar PRK DUN Kajang diadakan, para pengundi Melayu buatlah keputusan bijak. GR mohon dan sokong kekalkan Khalid Gagap sebagai MB Selangor, tak payah tukar.
GR kata: Tak dapat tawan Putrajaya, Anwar duk Kajang sebelah Putrajaya. Dapat bau pun jadilah kan. Gila kuasa tahap Yahudi!!
2 comments:
BN patut letakkan calon bebas yang amat Popular dari NGO mesra kerajaan bagi menengtang Anuar..
betul tu atau pun tak payah bertanding langsung. bukannya hilang maruah pun.
Post a Comment