Friday, March 1, 2013

SYAITAN, IBLIS GUNA KALIMAH ALLAH...MANA ADA SESAT! - NIK AZIZ


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa kalimah Allah boleh digunakan semua orang termasuk bukan Islam kecuali bagi terjemahan God dan Lord dan pada masa sama menegaskan, kalimah itu diguna 'iblis dan syaitan' sendiri ketika menjadi penghuni syurga.

"Kalimah Allah ini kita dah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulanglah benda ini, benda yang tak patut dijadikan isu dijadikan isu, nama Allah ni telah diguna oleh syaitan dan iblis dalam syurga lagi, iblis jumpa Nabi Adam dalam syurga dia telah guna nama Allah, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia belum Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalah terjemah God dan Lord kepada Allah ini, ini tidak betul.

"Saya sebut sekali lagi, tuan-tuan boleh tengok balik keputusan yang kami buat di Majlis Syura, tapi nak sebut umumnya memang boleh orang bukan Islam guna kalimah Allah, saya ulangi balik, iblis masuk dalam syurga jumpa Nabi Adam dia sebut nama Allah masa nasihat Nabi Adam supaya makan buah (khuldi), jadi kalimah Allah diguna oleh semua orang, baki lagi terjemah Lord dan God kepada Allah memang tidak betul, God lain, Allah lain," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Ketereh bahawa keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam telah disediakan dan ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. - UTUSAN


GR kata: Makin teruk dah ulama' sesat nie...

2 comments:

Xpas said...

Berdosa besar, syirik dan kufurlah mrk yg mengatakan Isa itu Allah, Allah itu Isa, Allah itu tiga dan tiga dlm satu, roh suci itu bahagian dari Allah dan Allah itu bahagian dari roh suci, samaada dia Islam atau bukan Islam. Tidak boleh sama sekali kita redha apatah lagi menyokongnya!
Org org bukan Islam tidak mengenali Allah swt yg sebenarnya, kerana jika mrk mengenali Allah swt tentulah mrk memeluk Islam. Jika mrk menggunakan kalimah Allah dlm percetakan mrk dan tersebar pula ke seluruh negara bayangkanlah kesannya dan kekeliruan dan kecelaruan yg bakal timbul. Bgmnkah boleh ada org yg mengaku Islam menyokongnya. Penggunaan dlm bentuk kata kata spt mengatakan Allah yg nenjadikan alam ini , Allah yg memberi rezeki, Allah yg maha berkuasa tentulah tidak ada masaalah.

Anonymous said...

Subhanallah... saya minta maaf awal-awal dari pentaksub NA. Cara NA menjawab soalan dari wartawan adalah TIDAL CERDIK bagi seorang seasoned politician.

"...benda yang tak patut dijadikan isu dijadikan isu, nama Allah ni telah diguna oleh syaitan dan iblis dalam syurga lagi, iblis jumpa Nabi Adam dalam syurga dia telah guna nama Allah, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia belum Islam, jadi apa susah kita?..."

- Wahai NA, ISUNYA IALAH Guan Eng (seorang evangelist Kristian yang rajin dok bagi tazkirah dalam gereja setiap Ahad tu) mintak nak guna nama Allah dalam bible versi Bahasa Melayu untuk edar di Semenanjung!

NA tak faham lagi ke isu sebenarnya ni??? Penasihat2 NA tak buat keje ke? Kenapa biarkan NA jadi tak cerdik begini?

- Dok sebut pasal Iblis.. Syaitan guna nama Allah, tu apahalnya?

Semua orang Islam tahu pasal tu. Malah semua haiwan.. serangga.. tumbuhan setiap saat dok bertasbih (maknanya sebut nama Allah laa).. tu tak payah nak sebut laa!
Itu bukan isunya NA ooiiii...!!!

(Subhanallah... kuatkan lah kesabaran ku berdepan dengan orang tua yang dah nyanyuk ni..).

- Orang kafir nak guna di mulut mereka, takkan kita nak pi tampar kut?? TAK LOGIK..! Tentu sekali mereka boleh guna.. bukannya kita boleh sekat apa yang mereka nak cakap di mulut mereka KECUALI JIKA MEREKA DENGAN SENGAJA CAKAP Allah tu Jesus.. dan apa saja yang berkait dengan kepercayaan mereka dan bertentangan dengan Islam.

Itu kita boleh protes SEBAB ISLAM dah termaktub sebagai AGAMA NEGARA MALAYSIA.

Tolonglah wahai orang-orang PAS..! Janganlah memalukan diri anda di hadapan DAP tu.. mereka dok gelak sebab anda tak faham-faham juga ketika anda diaibkan...!

Artikel pelbagai