Showing posts with label Isu Kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label Isu Kalimah Allah. Show all posts

Monday, June 23, 2014

TERKINI: MAHKAMAH TOLAK RAYUAN GEREJA, KALIMAH ALLAH MILIK UMAT ISLAM! TAHNIAH @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhbar mingguan Katolik, The Herald, pada Isnin bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya edisi bahasa Melayu.

Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, yang mempengerusikan panel mendengar hujahan tujuh hakim daripada kedua-dua pihak berhubung permohonan kebenaran merayu itu.

Ini merupakan panel yang besar seumpamanya untuk menentukan permohon rayuan.

Gereja itu memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober 2013, yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam versi bahasa Melayu terbitannya.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, terbatal dan tidak sah.

Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Paderi Besar Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman yang menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Melayu, terutama bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.



GR kata: Alhamdulillah...Kalimah Allah S.W.T masih terpelihara!


Friday, March 1, 2013

SYAITAN, IBLIS GUNA KALIMAH ALLAH...MANA ADA SESAT! - NIK AZIZ


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa kalimah Allah boleh digunakan semua orang termasuk bukan Islam kecuali bagi terjemahan God dan Lord dan pada masa sama menegaskan, kalimah itu diguna 'iblis dan syaitan' sendiri ketika menjadi penghuni syurga.

"Kalimah Allah ini kita dah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulanglah benda ini, benda yang tak patut dijadikan isu dijadikan isu, nama Allah ni telah diguna oleh syaitan dan iblis dalam syurga lagi, iblis jumpa Nabi Adam dalam syurga dia telah guna nama Allah, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia belum Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalah terjemah God dan Lord kepada Allah ini, ini tidak betul.

"Saya sebut sekali lagi, tuan-tuan boleh tengok balik keputusan yang kami buat di Majlis Syura, tapi nak sebut umumnya memang boleh orang bukan Islam guna kalimah Allah, saya ulangi balik, iblis masuk dalam syurga jumpa Nabi Adam dia sebut nama Allah masa nasihat Nabi Adam supaya makan buah (khuldi), jadi kalimah Allah diguna oleh semua orang, baki lagi terjemah Lord dan God kepada Allah memang tidak betul, God lain, Allah lain," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Ketereh bahawa keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam telah disediakan dan ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. - UTUSAN


GR kata: Makin teruk dah ulama' sesat nie...

Wednesday, January 16, 2013

NIK AZIZ DAN PAS BANTU DAP SEBARKAN AJARAN KRISTIAN DI MALAYSIA!!


Ramai yang sudah pun mengetahui bahawa sebahagian besar pemimpin tertinggi DAP berbangsa Cina adalah penganut agama Kristian. Malah ramai juga yang tahu betapa bertegasnya DAP dalam agenda Kristianisasi. Apabila DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan.

Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan akan turut terhapus. Secara automatik, agama-agama lain akan mendapat hak sama rata dengan Islam dan gejala murtad tidak lagi dapat dikekang. Hakikatnya, kaum Cina dan juga India yang memilih Kristian sebagai pegangan semakin meningkat di Malaysia.

Apa jua alasannya, iaitu sama ada mereka memilih Kristian kerana benar-benar percaya dengan ajarannya, atau sekadar satu ‘escapism’ dari masalah kasta sepertimana prasangka ramai, ataupun sebagai satu simbol ‘status’ kerana masih terbelenggu dengan pemikiran mendewakan apa saja yang dibuat oleh orang-orang barat serta ingin turut menyambut Krismas, melalui upacara perkahwinan cara barat dan mempunyai nama barat yang dilihat sebagai glamour akibat terpengaruh oleh TV dan filem, adalah tidak penting untuk dipastikan.

Tidak seperti Islam yang tidak membezakan kaum dan meletakkan semua umat Islam sebagai sama dan bersaudara, Kristian pula menyaksikan gereja yg berbeza bagi kaum Cina dan India seperti juga kaum kulit hitam dan kulit putih di barat yg merasa janggal untuk ke gereja yg sama. Bagaimanapun, kaum Cina jarang mengumumkan agama mereka tetapi ramai yg menyangka bahawa kaum Cina yang memakai nama barat kemungkinan besarnya beragama Kristian. Memandangkan pemimpin tertinggi DAP tidak memakai nama barat, maka keraguan masyarakat mengenai penglibatan mereka dalam kes murtad mudah difahami.

Apa yg sebenarnya terjadi ialah, pemimpin atasan DAP berselindung di sebalik nama Cina walaupun mereka sebenarnya Kristian demi memastikan sokongan berterusan dari kaum Cina ‘ortodoks’ iaitu yg berpegang teguh kepada budaya, bahasa dan agama asal nenek moyang mereka. Dengan tidak memakai nama barat juga memudahkan mereka untuk mengaburi rakyat mengenai agenda Kristian yg diperjuangkan mereka.

Agenda Kristian DAP, seperti yg telah terdedah, berpusat di Subang Jaya. Kumpulan ‘pendakwah’ atau penipu ini beroperasi dengan cara menghulurkan bantuan sebelum mengumpan sasaran mereka untuk ke gereja. Antara yg telah menjadi mangsa dimurtadkan, mendedahkan bagaimana mereka ‘dipegang’ sehingga merasa terhutang budi dan wajib membayar budi para pendakwah itu dengan memeluk Kristian.

Puak Kristian ini beroperasi secara tersusun dengan dana disalurkan dari sebuah pusat pentadbiran yg lengkap. Dengan memanggil diri mereka ‘Evangelist’ atau pendakwah, menunjukkan yg mereka bermazhab Protestant iaitu mazhab yg paling banyak melalui reformasi dan mempunyai berbagai2 versi serta mengambil sikap berbeza dengan mazhab katholik yg mengiktiraf darjat tertinggi Pope, atau mazhab orthodox yg lebih dekat dengan Kristian asal iaitu agama Nasrani.

Salah satu laporan dari laman AsiaOne Singapura bertarikh 27 Jun 2012 mendedahkan beberapa transaksi kewangan yg meragukan yg melibatkan gereja di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Kebajikan negara tersebut :

1. ‘Derma’ berjumlah S$2.1 juta bagi “Projek Menyeberang” (Crossover) atau lebih tepat memurtadkan – dipindahkan dari Amerika Syarikat ke Gereja City Harvest di Subang Jaya, dalam jangka masa Diseember 2007 – May 2010.

2. ‘Derma’ ini kemudiannya dipindahkan ke ‘akaun pelbagai’ juga untuk ‘Projek Menyeberang’ ini. Dalam bulan April 2007 – Mac 2010 sejumlah lebih kurang S$600,00 dan USD3 juta masing2 digunakan untuk perbelanjaan En. Kong Hee dan isterinya Ho Yeow Sun yg mana kebanyakan ahli gereja tidak tahu menahu mengenainya.

3. ‘Derma’ untuk dana pembinaan gereja berjumlah S$600,000 dipindahkan ke akaun pelbagai untuk projek yg sama.

DAP telah terbukti merupakan antara anggota penting yg memberikan naungan kepada puak evangelists ini yg berpusat di Subang Jaya. Pemimpin DAP, antaranya, Hannah Yeoh didedahkan telah menyumbang dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian antaranya:

:- RM3,000 – Kingdom Christian Fellowship Bhd pada 13 Oct 2011,

:- RM2,500 – Subang Jaya Assembly of God pada 12 May 2011,

:- RM5,000 – Evangelical Free Church Gospel Centre pada 17 Jan 2012 dan

:- RM5,000 - Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship pada 2010.

Apabila kes murtad pertama kali menjadi heboh, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa antara yg paling lantang menyuarakan kebimbangan dengan kegiatan gereja di Subang Jaya. Pemimpin2 DAP pula, termasuk di peringkat atasan pantas turun membela dan memberi sokongan kepada gereja hampir dalam kadar segera. Tidak lama kemudian, kita menyaksikan bagaimana Hasan Ali dipecat dari PAS dan ‘bintang’ Nasharuddin juga merudum.

Pendedahan lanjut dibuat oleh beberapa blog mengenai ikrar yg dibuat oleh DAP di dalam sebuah majlis yg menampilkan tokoh2 Kristian di rantau ini, untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Ikrar tersebut dilihat konsisten dengan desakan Lim Guan Eng dalam perutusan Krismasnya untuk meneruskan perjuangan menggunakan kalimah Allah dalam kitab Kristian.

Jelas, bahawa agenda Kristianisasi dengan isu Injil berbahasa Malaysia serta penggunaan kalimah Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian, kes murtad, hubungan pemimpin DAP dengan gereja serta perutusan Krismas Guan Eng adalah isu yg berkait dan berangkai. Ini bermakna, ia bukan satu paranoia umat Islam UMNO yg tidak berasas tetapi sahih sehinggakan para blogger bukan Islam dan bukan Kristian juga turut menghidunya.

Yang tidak berasas dalam isu ini hanyalah tindakan umat Islam di dalam PAS menyokong, membela dan berdegil untuk terus bekerjasama dengan puak evangelists, bergandingan tangan menuju ke Putrajaya dan duduk bersebelahan di singgahsana. Atas bantuan PAS inilah maka agenda Kristianisasi DAP nampaknya hampir berjaya.


GR kata: Umat Islam dan Melayu harus bersatu...

KALIMAH ALLAH: DUA KENYATAAN PEMIMPIN PAS YANG DAH SEWEL!!


Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat :

08 Januari 2013
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam. Katanya, langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

15 Januari 2013
Beliau berkata, ini kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu dan kalimah tersebut tidak tepat sama sekali untuk digunakan oleh agama yang mempunyai Tuhan lebih daripada satu. Katanya, justeru itu, bagi mana-mana pihak yang mahu menggunakan kalimah tersebut harus yakin bahawa Allah hanya satu. "Bila agama lain yang tiada tuhan yang satu tiba-tiba hendak guna Allah tidak betul, kerana apa letak Allah. Allah diguna oleh Allah sendiri sebagai Tuhan Yang Satu, Yang Maha Berkuasa."

Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohammed Sabu :


04 Januari 2013
PAS kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan, kata Mohamad Sabu. Timbalan Presiden PAS itu berkata, polemik penggunaan kalimah Allah hanya timbul di Semenanjung Malaysia akan tetapi tidak pernah menjadi masalah dikalangan penganut Islam dan Kristian di Timur Tengah dan Malaysia Timur. “Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2010 untuk tidak melarang penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah."

15 Januari 2013
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi. Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.




GR kata: Fikir dan nilai secara matang....

SAH!! NIK AZIZ MAKIN TUA MAKIN NYANYOK TAK RETI MEMBACA! @NajibRazak


Nak kata buta huruf mustahil la pulakkan, takkan seorang Menteri Besar tak reti membaca...pelik benar bunyinya tu kan? Tapi bila lihat keratan surat di atas yang diupload sendiri di Fan Page Facebook Nik Aziz pembaca nilailah sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh...mana tidaknya dah kantoi bersekongkol dengan DAP yang mahukan Kalimah Allah S.W.T boleh digunakan dalam kitab bible inilah jadinya. Bila keputusan Majlis Syura PAS yang memutuskan kalimah Allah S.W.T tidak boleh digunapakai dalam Bible, Nik Aziz cuba untuk 'coverline' silap beliau.

Lihat surat di atas, terang-terang surat tersebut palsu. GR nak tanya satu soalan pada Nik Aziz :

1. Jika sebarang surat rasmi yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri atau pun Menteri Besar bukankah surat tersebut ada LETTERHEAD??


Itu saja soalan GR yang mahu Nik Aziz jawab. Korang semua pun tahukan, tapi tak tau lah pencacai PAS dan Pakatan yang buta kayu atau buta huruf pasal surat menyurat nie. Betul tak? Hi hi hi....

Pada Nik Aziz, mengaku sajalah bila dah buat silap tu. Anda tu dikategorikan sebagai ulama'...takkan ulama' perangai busuk macam ni. Apa hukumnya asyiknya menipu jer yer Nik Aziz? Atau pun Nik Aziz ni jenis cakap apa pun semuanya 'DIJAMIN SYURGA'?? Kalau senang jer main tulis surat baik main surat cintan cintun yer tak....


GR kata: Surat rasmi tapi rujukan pada pemandu? Power betul driver tu kan. Keh keh keh....

Artikel pelbagai