Saturday, March 2, 2013

TERKINI: SUASANA SEDIH RUMAH ALLAHYARHAM SARJAN SABARUDIN


Ini berita terkini GR terima dari Ahli Parlimen Sabak Bernam, YB Datuk Abdul Rahman Bakri mengenai suasana sedih dan pilu di rumah keluarga Allahyarham Sarjan Sabarudin B. Daud yang terkorban dalam serangan penceroboh negara di Lahad Datu.

Anggota-anggota Polis sudah mula berkampung di rumah keluarga Allahyarham Sarjan Sabarudin untuk memberikan penghormatan terakhir dan upacara pengurusan jenazah. Rumah keluarga arwah berasal dari Sungai Besar, Selangor.

Tahniah GR ucapkan kepada YB Datuk Abdul Rahman Bakri dengan segera menziarahi keluarga Allahyarham Sarjan Sabarudin. Sikap prihatin berjiwa rakyat tidak mengira waktu turun padang untuk bersama-sama memberikan doakan pada arwah dan keluarganya.


Berita GR terima dari YB Ahli Parlimen Sabak Bernam ini, jenazah arwah akan disembahyangkan di Sungai Besar sebaik tiba dari Lahad Datu di Airport Subang.


GR kata: Takziah kepada keluarga arwah, semoga tabah hadapi dugaan Allah S.W.T. AL FATIHAH

No comments:

Artikel pelbagai