Friday, February 15, 2013

JOM TURUN #GiG4GAZA SEMPENA #JelajahAnakMalaysia DI PUTRAJAYA


Semua dijemput hadir ke GiG For GAZA hari ini di Putrajaya. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda yang datang. Persembahan dari artis-artis terkenal tanahair juga disajikan untuk anda semua.

     Maklumat Program adalah seperti berikut :

    HARI dan TARIKH : Jumaat, 15 Februari 2013
    WAKTU : 3.00 - 6.30 petang dan 8.00 - 11.30 malam.
    LOKASI : Kelab Tasik Persint 8, Putrajaya.

Sama-sama menyumbang untuk Tabung Gaza sambil berhibur.

Saksikan persembahan kumpulan Mirwana, Saff One, Frens, Six Thirty, Souls; K-Langit, Radhi OAG, Aries band, Zehra Zambri dan Altimet. Yatt Hamzah, Diana Amir juga akan turun untuk bersama peminat pada sebelah petang.

Program anjuran Majlis Belia Kawasan Putrajaya ini adalah sempena menyambut konvoi Jelajah Anak Malaysia kembali ke Putrajaya dan bagi membantu pasukan RELA dalam Kempen Tabung Selamatkan GAZA.

Korang juga boleh tonton secara LIVE GiG For GAZA di http://www.wartarakyat.my/live-gig-for-gaza-save-gaza/


GR kata: Derma kita yang ikhlas in sya Allah akan dibalas baik di akhirat nanti.

No comments:

Artikel pelbagai