Sunday, December 16, 2012

HOT: BDR TUN RAZAK AKAN JADI KUBUR PADA PKR! @rizalmanmokhtar @umbkl #BN4WP


Nampaknya Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya tidak akan tidur lena ini kerana kubu kuat yang mereka katakan baru-baru ini bakal diKUBURkan sendiri oleh rakyat Bdr Tun Razak. Ini jelas menunjukkan semua lapisan masyarakat di Bdr Tun Razak terutama sekali dari kalangan anak muda MENYESAL dengan undian mereka pada PRU 12 yang lepas. Apa yang mereka inginkan perubahan nampaknya jauhnya lebih buruk dari pemerintahan yang sebelum ini.

Di mana Khalid Ibrahim ketika rakyat memerlukan beliau? Di manakah bantuan diperlukan rakyat ketika mereka memerlukan beliau? Di manakah pembangunan yang baik untuk rakyat di Bdr Tun Razak? Yang penting sekali Khalid Ibrahim anak jati Bdr Tun Razak atau tidak??

Semalam anak muda di Bdr Tun Razak telah menunjukkan petanda bahawa mereka akan berjuang habis-habisan dan akan membantu untuk kembalikan UMNO/BN menjadi pemimpin mereka di Bdr Tun Razak. Sokongan yang sangat menakjubkan diberikan oleh golongan anak muda semalam mereka turut serta dalam Pelancaran Jentera Gerak Gempur & Poster Barisan Nasional peringkat Parlimen Bdr Tun Razak.


Pelancaran majlis tersebut telah dirasmkikan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak, Datuk Rizalman Dato' Mokhtar merangkap Ketua Pemuda UMNO WP juga selaku Pengerusi Jenteri BN Bdr Tun Razak.

Apa yang diharapkan Pemuda BN Bdr Tun Razak harus memastikan sokongan anak muda di kawasan Bdr Tun Razak tetap pada BN inilah kerana kita tidak boleh biarkan negara ditadbir oleh pihak-pihak yang bermasalah. Mereka juga tidak mahu PAS menjadi pemerintah kerana mereka hanya tahu mempersendakan agama dan menjadikan agama sebagai gula-gula politik mereka.


3 saranan yang diberikan oleh Datuk Rizalman dalam masa 100 hari :

1. Haruslah lupakan masalah dan sengketa yang dihadapi baik dalam parti kerana perkara yang penting adalah untuk kembalikan BN bertapak di bumi Bdr Tun Razak.

2. Jentera Gerak Gempur perlulah jumpa dengan golongan anak muda di kawasan masing-masing, yakinkan mereka kekalkan pemerintahan YAB Perdana Menteri sekarang kerana banyak Transformasi Negara bakal dilaksanakan pada masa depan.

3. Siapa saja calon yang dicalonkan bawah BN di Bdr Tun Razak harus diberikan sokongan tanpa berbelah bagi.


GR lihat semangan yang diberikan sangat baik pada pelancaran semalam. Seramai lebih 400 orang anak muda yang turun dengan rela hati untuk bersama BN kembalikan bertapak di bumi Bdr Tun Razak. Pada Khalid Ibrahim dan AMK Bdr Tun Razak jangan mimpi di siang hari yer...cakap sana sini saja pandai tapi yang buat kerja di Bdr Tun Razak hanya UMNO/BN.


GR kata: PKR Bdr Tun Razak goyang kaki saja pandai kan...Hi hi hi

No comments:

Artikel pelbagai