Wednesday, November 28, 2012

#PAU2012: Puteri Mesti Ada 'Semangat Nusaibah' Dalam Diri! @Rosnah_ARS

Baru sebentar tadi GR dapat bersama-sama dalam Persidangan Puteri UMNO Malaysia. GR lihat para perwakilan Puteri sungguh bersemangat dan sudah siap siaga berperang untuk PRU 13 nanti.

Dalam ucapan dasar Ketua Puteri, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menekankan semangat 'Juang' yang tinggi perlu diterapkan dalam setiap ahli Puteri. Semangat pejuang wanita muda yang terdahulu harus diambil sebagai contoh dan setiap ahli perlu fahami soal tanggungjawab, survival dan fitrah manusiawi.

Sejak penubuhan Puteri UMNO, mereka sentiasa mendalami jiwa rakyat melalui program-program yang diadakan merangkumi semua aspek. Puteri UMNO juga menentangkang sekeras-kerasnya dengan kenyataan YB Nurul Izzah yang menyatakan orang Melayu Islam bebas untuk memilih agama lain dan mempermainkan ayat Quran dari surah Al-Baqarah. Sebagai umah Islam seharusnya pertahankan agama Islam yang suci bukannya memperlekehkan apa yang tertulis di dalam Al-Quran.

Puteri juga sedia berada di saf hadapan untuk menangkis tomahan dan fitnah pembangkang dan memberikan maklumat yang benar beserta fakta kepada rakyat supaya rakyat boleh berfikir secara bijak dan bukannya terus percaya membuta tuli. UMNO/BN tidak boleh disamakan dengan pembangkang yang hanya pandai menabur janji tapi tidak boleh tunaikan janji.

Hari ini Puteri bukan lagi hulubalang biasa tapi Puteri bangun sebagai laksamana ternama. Puteri yakin gagal pada PRU 12 dulu bukan ukuran UMNO/BN akan gagal selamanya tapi bangkit dengan kuat dan berani berjuang demi agama, bangsa dan negara. Degup jantung Puteri adalah degup jantung rakyat. Jiwa Puteri adalah jiwa rakyat dan hidup mati Puteri adalah untuk menabur bakti pada rakyat.

GR kata: Tahniah Puteri UMNO semangat juang yang tinggi....

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Artikel pelbagai