Sunday, June 10, 2012

MENTERI PERTAHANAN PERKUKUHKAN HUBUNGAN BAIK INDONESIA - MALAYSIA! cc: @Zahid_Hamidi


Persaudaraan Serumpun Indonesia Malaysia (Persim) akan menjadi pengikat dan menyemarakkan lagi perhubungan antara kedua negara serumpun. Majlis Pelancaran Persaudaraan Serumpun Indonesia-Malaysia telah berlangsung pada hari Jumaat lepas dan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan adanya ikatan yang kukuh antara kedua negara ini menjadi landasan penyelesaian masalah yang wujud. Beliau menegaskan Persim mampu menjadi pengikat antara Indonesia dan Malaysia.

“Dengan adanya ikatan yang kukuh ini jika kita menghadapi sebarang masalah dapat diselesaikan dengan hujung jari sahaja. Kita boleh gunakan kemudahan telefon, rangkaian media sosial seperti Facebook atau Twitter untuk berhubung dengan cara mudah,” katanya.

Menurut Zahid, hubungan persahabatan Malaysia dan Indonesia boleh diperkasakan menerusi kegiatan spiritual. Melalui pendekatan pemberdayaan sumber manusia seperti program latihan Emotional Spiritual Quetient (ESQ), Ahmad Zahid berkata, keakraban dua negara serumpun itu boleh dipereratkan.

Katanya, meskipun pelbagai fatwa dikeluarkan berhubung pengharaman ESQ di Malaysia, tidak menjadi masalah bagi kedua negara serumpun ini menjalinkan hubungan.

“Persim perlu bebas daripada perbezaan politik, melintas budaya, sempadan dan agama. “Persim harus dilihat bukan hanya berdaftar secara sah, tetapi turut terpahat dalam minda dan jiwa,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Persaudaraan Serumpun Indonesia dan Malaysia (Persim) di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu
Kassim Mohamed; Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil; Penerbit Eksekutif Sinar Harian, Akmal Eirfan Mohd Fauzi dan wakil Persim Indonesia, Djendri Djusman.


Turut serta, Pengerusi Panel Syariah dan Akidah ESQ, Datuk Mustafa Abd Rahman. Dalam majlis pelancaran itu, Piagam Penubuhan PSIM yang menggariskan tujuh nilai dasar ditandatangani oleh Hussamuddin mewakili PSIM Malaysia dengan Pengasas ESQ, Dr Ary Ginanjar Agustian mewakili PSIM Indonesia sebagai lambang hubungan antara kedua negara serumpun.

Piagam tersebut hasil inisiatif Alumni pelatihan ESQ sebagai aktiviti susulan menterjemahkan harapan kedua pemimpin kedua negara untuk meningkatkan hubungan antara Indonesia dan Malaysia sebagai negara serumpun. Tujuh nilai dasar yang menjadi landasan piagam berkenaan adalah jujur, tanggungjawab, berwawasan, disiplin, kerjasama, adil dan prihatin.

Lihat gambar sekitar majlis pelancaran PSIM di bawah :







Baca juga DI SINI


GR kata: Tahniah...teruskan hubungan baik demi masa depan negara yang lebih baik.

No comments:

Artikel pelbagai