Friday, June 15, 2012

MAZHAB BARU PAS - PRU LAGI PENTING DARI TUNAIKAN HAJI!!


Inilah dia puak-puak PAS, nak kata BODOH dalam agama Islam mereka ini semuanya mempunyai latarbelakang ilmu agama yang tinggi. Pembaca lihatlah sendiri demi kepentingan peribadi politik mereka sanggup mengeluarkan 'fatwa' meminta supaya penyokong tegar PAS dan juga rakyat Malaysia untuk menangguhkan mereka pergi menunaikan Haji.

Menunaikan Haji bukankah itu adalah rukun Islam yang ke 4. Pembaca fikirkanlah apakah yang PAS lakukan ini baik atau sebaliknya. Tidak kasihankah kepada umat Islam yang sudah sampai masa mereka untuk pergi menunaikan Haji tapi dipaksa tangguhkan demi kepentingan BODOH puak-puak PAS ni. Kalau mereka tangguh, tahun bila pula mereka dapat pergi....so jika berlaku masalah tersebut mereka terpaksa tanggung sendirilah yer....

Baca kenyataan Naib Presiden UMNO, YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai isu ini :
"Tanggunglah risiko jika terpaksa menunggu lama selepas ini." Itu peringatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada jemaah haji yang menolak tawaran ke Makkah semata-mata kerana mahu  mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Zahid berkata, jemaah haji tahun ini yang menolak tawaran ada kemungkinan tidak akan mendapat tawaran untuk menunaikan haji semula pada tahun hadapan kerana kuota   haji telah ditetapkan setiap tahun dan mereka yang menolak perlu menunggu giliran seterusnya.

Dalam keadaan itu, katanya, jika terpaksa menunggu lama, mereka tidak boleh menyalahkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mahupun kerajaan kerana apa yang berlaku adalah kehendak mereka sendiri.

“Individu yang mendaftar tahun ini akan mengerjakan haji pada 2030. Yang mendapat tawaran tahun ini tetapi menolak jangan anggap mereka boleh pergi pada tahun hadapan," katanya.

"Peringatan saya, jangan utamakan politik untuk ketepikan agama dan jangan bercakap soal hukum sahaja dengan mengatakan haji boleh ditangguhkan jika dalam keadaan darurat,” katanya.

Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan sebuah akhbar kelmarin meminta penyokong parti itu supaya menangguhkan haji tahun ini supaya  mereka tidak ketinggalan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijangka akan serentak dengan musim haji.

Zahid turut membidas tindakan pembangkang yang mengaitkan situasi politik dan pilihan raya sebagai darurat sehingga sanggup menangguhkan fardu haji.

"Pembangkanglah yang semakin darurat dari segi politik kerana takut hilang undi dan sanggup menyarankan ahli mereka menangguhkan haji.

"Lihatlah dan rujuklah kepada al-Quran,  hadis termasuk alim ulama dalam perkara sebegini. Berikanlah keutamaan dalam hal-hal agama.

“Politik itu adalah sandaran kuatkan agama dan bukan menggunakan agama untuk kuatkan politik,” katanya. - SH


GR kata:  Tangguh Haji lagi banyak pahalanya gamaknya puak-puak PAS ni yer...Undi PAS masuk Syurgakan!! He he he

2 comments:

Anonymous said...

haji adalah salah satu rukun islam tapi Pas kata tak penting, undi lagi penting dan dahulukan perlaksanaan undi..haji belakang kira

lepas ni kita lihat apa lagi yg lebih diutamakan oleh Pas..bagi Pas politik adalah segala2nya agama hanya hiasan..

ulammak2 Pas berlumba2 keluarkan fatwa2 songsang yg melebihkan politik dari agama..

Pas semakin hari semakin jauh terpesong...

Gossip Rakyat said...

betul tu...PAS dah semakin serong!!

Artikel pelbagai