Friday, May 25, 2012

VIDEO TERKINI: LUTFIA AF DAPAT HIDAYAH, KINI BERTUDUNG! #BeeAntBlues #HBN2012



Korang masih ingat dengan penyanyi dari Akademi Fantasia ini?? Namanya Lutfia yang mula mengukir nama dipersada seni tanahair melalui siri realiti TV. Pernah popular dengan lagu Diam. Gambar di atas adalah gambar lama suatu ketika dulu. 

Sekarang Lutfia sudah pun berwajah baru, kini sudah bertudung. Alhamdulillah...perubahan yang baik haruslah diberikan pujian dan GR mendoakan agar perubahan ini akan terus berkekalan serta terus maju dalam industri nyanyian yang diceburi oleh beliau.

Ada sedikit kata-kata yang beliau ingin sampaikan mengenai perubahan baru diri beliau sekarang. Lihat video di bawah :




GR kata: Alhamdulillah...pelbagai program Ilmiah disediakan untuk Belia di Putrajaya. Cepat jangan lambat datang nanti korang juga yang rugi....

No comments:

Artikel pelbagai