Tuesday, May 22, 2012

HOT: PUAK PAS TERHARU SAYU DEPAN NAIB PRESIDEN UMNO!!



Pada hari Jumaat yang lepas, satu perkara TERGEMPAR berlaku di Bagan Datoh. Pertamanya Naib Presiden UMNO YB DS Zahid Hamidi yang juga merupakan Ahi Parlimen Bagan Datoh telah SERBU kubu kuat PAS di kawasan parlimennya di Sg Darat dan Sg Tiang Tengah. DS Zahid Hamidi juga berkesempatan solat Jumaat di masjid kawasan tersebut,difahamkan masjid tersebut masjid puak-puak PAS. Steadylah Datuk Seri...He he he

Apa yang buat GR tersentuh di sini apabila menerima gambar- gambar terbaru DS Zahid Hamidi dari kawan GR di Bagan Datoh, dalam kesibukan beliau bertugas pada hari tersebut merasmikan program dan bersama rakyat di kawasannya...beliau sempat melawat pakcik yang sakit ni (seperti gambar di atas). GR diberitahu pakcik ni seorang ahli dan penyokong tegar PAS. Pakcik ini juga sudah lama jatuh sakit dan tidak boleh berjalan. Walaupun berbeza pendirian politik, atas pendirian dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin DS Zahid Hamidi pergi menziarahi pakcik ini. Inilah contoh terbaik boleh dijadikan ikutan oleh semua pihak.


Pakcik ni terkejut, terharu dan menangis kegembiraan apabila melihat seorang pemimpi  UMNO/BN datang menziarahi beliau. Beliau juga beritahu selama beliau jatuh sakit tidak ada seorang pun pemimpin PAS mahupun Pakatan Haprak datang melihat beliau nak bagi sumbangan apata lagi. DS Zahid Hamidi menghabiskan masa selama 15 minit di rumah pakcik tersebut dan memberikan sedikit sumbangan untuk mereka sekeluarga. Sebelum DS Zahid Hamidi berangkat pulang sempat beliau beritahu "Walaupun saya ahli PAS, tapi saya undi UMNO/BN untuk Parlimen Bagan Datoh"...Confirm panas hati Ostad-ostad PAS tahu perkara ni....

GR kata: Rakyat yang undi calon jadi pemimpin, jadi berkhidmatlah untuk rakyat BUKAN untuk poket dan kepentingan diri sendiri...

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

Anonymous said...

Semoga jadi ikutan para pemimpin yg tidak membeza-bezakan rakyat di kawasan yang diwakili..
Tahniah Dato'..Semoga sentiasa berada dihati rakyat Bagan Datoh khususnya..

Artikel pelbagai