Tuesday, May 22, 2012

JANGAN ADA SIJIL 'PHD' DALAM DIRI!! @zahidhamidi_my @NajibRazak


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli-ahli Barisan Nasional (BN) tidak mensabotaj parti jika tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13.Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja boleh menyebabkan BN kehilangan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) malah tidak mustahil kehilangan kuasa di beberapa negeri dan kerajaan Persekutuan.

Kata beliau, berdasarkan pemerhatiannya pada pilihan raya umum 2008, sebanyak 47 kawasan Parlimen disabotaj dari dalam hingga menyebabkan BN kehilangan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak manakala Negeri Sembilan hampir-hampir dirampas pembangkang.

"Saya ingin mengingatkan semua ahli, jika tidak terpilih jangan cuba sabotaj parti, jangan cuba menikam parti dari belakang, jangan cuba memujuk penyokong kita sabotaj parti dan kerana kepentingan diri, kita rosakkan parti."

"Saya minta ahli dan kepimpinan di semua peringkat agar lebih bertanggungjawab dan tidak menghancurkan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Mutiara Pernama di Kem Terendak, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan menegaskan, masalah dalaman UMNO wujud apabila terdapat pihak yang merasakan layak menjadi calon tetapi tidak terpilih mengambil tindakan MENSABOTAJ parti. Keadaan itu ujarnya, tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menghancurkan parti pada pilihan raya umum akan datang. Dalam pada itu, beliau berkata, Jawatankuasa Disiplin UMNO akan mengambil tindakan tatatertib dan undang-undang termasuk memecat keahlian jika terdapat ahli atau pemimpin UMNO mensabotaj parti sebelum pilihan raya.

"Jawatankuasa berkenaan telah menjelajah ke setiap bahagian bagi memberi penjelasan mengenai perkara tersebut," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid meminta kepimpinan di peringkat bahagian tidak melobi untuk menjadi calon.Katanya, sebuah jawatankuasa khas pemilihan yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mendapat maklum balas daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dalam membuat penelitian terhadap senarai calon yang dikemukakan."Senarai nama calon yang akan bertanding di Parlimen dan DUN sedang diteliti dan insya-Allah, Najib akan menemui semua presiden parti komponen BN dalam masa terdekat sebelum senarainya diumumkan," katanya. - Utusan


GR kata: Buang sifat ego diri, itu lebih baik demi mempertahankan agama, bangsa dan negara....

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Artikel pelbagai