Wednesday, May 23, 2012

MUZAKARAH PAS-UMNO HANYA WAYANG KULIT JER TU..!!



SUDAH terbukti kini hasrat Pas untuk bermuzakarah dengan UMNO seperti mana yang dicetuskan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini hanyalah satu sandiwara.

Biar pun Presiden Pas itu mengatakan parti tersebut bersedia bermuzakarah dengan sesiapa tetapi ia bukanlah dilakukan secara bersungguh-sungguh atau mahu memastikan ia direalisasikan.

Segala-galanya terjawab kelmarin apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan tiga syarat sebelum diadakan muzakarah iaitu UMNO perlu menerima rakan pakatan Pas iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), UMNO menukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam secara rasmi dan mencadangkan muzakarah diadakan sebelum pilihan raya umum.

Ketiga-tiga syarat ini jelas membuktikan bahawa Pas meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.....


GR kata: Hukum hakam Islam pun depa boleh buat main...inikan pula nak bermuzakarah. Wayang jer tu...??

No comments:

Artikel pelbagai