Friday, March 16, 2012

TERKINI: Pekerja Shangri-La @rafiziramli RASUAH Dikenalpasti?? @NajibRazak


Nampaknya makin tak senang dudukla nampaknya Pengarah Strategi PKR ni. Umpan yang dibuat akhirnya makan diri sendiri. Mana mau lari bro...Fitnah itukan lebih teruk dari membunuh. Dikhabarkan pekerja Hotel Shangri-La yang bersubahat dengan Rafizi sedia untuk tampil bantu menerangkan perkara yang sebenar. Amacam En Rafizi???

Baca pendedahan di bawah:
Terkejut dan rasa gelisah beliau melihat beberapa artikel penulis sebelum ini yang mengaitkan penglibatan seorang wanita yang bekerja di Hotel Shangri-la dalam menyalurkan maklumat berbayar kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, semalam wanita terbabit sedia tampil berjumpa dan memberi maklumat siapa sebenarnya yang mengarahkan beliau berbuat demikian.

Sebelum ini penulis berjanji tidak teragak-agak akan menyiarkan nama,gambar dan sedikit butiran peribadi wanita terbabit jika Rafizi dapat mengemukakan dokumen yang sahih tentang penglibatan pembayaran kos perbelanjaan majlis pertunangan anak gadis Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak menggunakan wang kerajaan dan pembayaran itu dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri (PMO) sendiri.

Wanita yang mendakwa dirinya sebagai pekerja tetap Hotel Shangri-La, rasa amat terkejut bila mana cerita berkenaan dirinya akan tersebar kerana dakwa beliau, pihak yang beliau subahat dalam menyalurkan maklumat tersebut berjanji tidak mendedahkan identitinya sebaik dokumen Banquet Event Order (BEO)  diserahkan kepada pihak rafizi.

Atas rasa tanggungjawab dan kesilapan besar yang beliau lakukan kerana telah mencalarkan imej keluarga dan nama baik Perdana Menteri Malaysia, beliau sanggup berjumpa dengan penulis dan rakan blogger yang bersama penulis untuk mendedahkan nama siapa yang mengarahkan beliau mendedahkan maklumat pelanggan terbabit dan berapa jumlah wang yang diterimanya??.

Nampaknya rafizi, cerita ini sudah masuk ke fasa paling besar kerana penulis dan beberapa rakan blogger yang lain akan mendedahkan rancangan jahat kamu dan dalam masa yang sama biar rakyat melihat kamulah pembawa fitnah yang maha besar.


 Baca juga di sini


GR kata: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Tak gitu En Rafizi???

2 comments:

Assassin Cyber said...

Dah follow blog tuan. Minta linkkan blog saya di blog tuan.

http://assassincyber.blogspot.com

Dot said...

GR,

cepatla dedahkan saja! tak sabaq nak tau sapala angkaranya buat kerja yg tak beretika nih!!

Artikel pelbagai