Wednesday, March 14, 2012

Kak Jat Undur Jawatan, Blogger 'Hebat' Tak Buat Kerja Ker??


Pengunduran Kak Jat di dalam pentadbiran kerajaan adalah langkah bijak, imej kerajaan dipelihara dari korupsi pemimpinnya dan membuktikan kerajaan tidak akan simpan pemimpin yang ada hubungkait dengan sebarang skandal yang boleh menjatuhkan reputasi Kerajaan.

Memang benar Kak Jat tidak boleh disabitkan dengan kegagalan NFC tetapi dakwaan pecah amanah terhadap suami dan anaknya di dalam NFC membuktikan tempias akan terkena batang hidung Kak Jat juga. Betul tak??

Lebih panas lagi, pengunduran Kak Jat di dalam kerajaan memberi tekanan juga kepada hasil kerja blogger 'hebat' yang dilihat gagal mempertahankan tuan yang memberi uncang emas supaya menutup ruang kegagalan melibatkan NFC. Apa macam tu? Dengan tindakan mereka ini sebenarnya yang mencalitkan taik pada imej Kerajaan itu sendiri. Apabila menerima tugasan bukankah perlu diselesaikan sehabis baik??

Menjadi persoalan sekarang kenapa Kak Jat terpedaya dengan nasihat dari blogger 'hebat' terbabit sedangkan beliau tahu akhirnya beliau akan tertipu jua nanti dengan apa yang dijanjikan oleh blogger 'hebat' ni. Pembaca lihatlah sendiri apa sudah jadi???

Baca juga kisah sama Klik Di Sini


GR kata: Berhati-hatilah wahai pemimpin UMNO/BN sekalian. Berurusanlah dengan mereka-mereka yang betul ingin membantu anda, bukannya nak untung jerk..Fikir-fikirkanlah!!!

No comments:

Artikel pelbagai