Thursday, March 1, 2012

PANAS: JANGAN SAYANGKAN JAWATAN SANGAT KAK JAT!!



GR kongsikan petikan email pembaca dari blog MTK


Pagi tadi seorang pembaca telah menghantar email kepada MTK tentang pendapat beliau tentang DS Sharizat merangkap Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga berhadapan isu NFC..

Di sini saya menulis atas pandangan dan pendapat seorang ahli bawahan parti keramat UMNO..Bukan niat saya untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti Ds Sharizat,tapi sejak tercetusnya isu NFC ini sedikit sebanyak menjatuhkan imej Kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO yang terpaksa berhadapan dengan isu besar ini.

Pelbagai usaha dibuat oleh pemimpin diperingkat cawangan dan bahagian bagi menjelaskan isu NFC ini kepada rakyat. Kita tahu dengan adanya teknologi IT sekarang ramai dikalangan ahli sendiri meragui projek NFC, pelbagai dokumen dokumen yang dikatakan tulen telah di dedahkan oleh pembangkang..

Selepas isu pembelian kondo mewah di Bangsar,kad kreadit dan kereta mewah Kini terkeluar pula isu pembelian kondo di Singapura.Sampaikan ada di kalangan pemimpin di cawangan sudah jemu dengan isu NFC ini.Apa tidaknya hampir setiap hari di tekan dengan masalah ini..Sampai ada yang berkata "Orang lain buat taik,kita kena cuci"..

Baru baru ni rakan saya bercerita,beliau ada berjumpa seorang warga Singapura yang datang melancong di Malaysia, sedang bercerita warga Singapura itu ada bertanya tentang isu NFC dan DS Sharizat. Di fahamkan warga Singapura itu penyokong kuat PAP..

Saya pun tak boleh bayangkan warga Singapura pun tahu isu itu.Beliau pun menasihatkan supaya elok saja DS Sharizat letak jawatan sebagai Menteri dan kekal sebagai Ketua Wanita Umno demi menjaga parti..

Selalunya Pemimpin yang di kaitkan dengan sesuatu isu yang boleh menjatuhkan maruah parti akan letak jawatan secara sukarela,bukan terus memegang jawatan..Betul cakap Ayahanda Tun Dr Mahathir "jangan sayang kepada jawatan".

DS Shahrizat harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti.Sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti.Tun M sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan,jadi beliau pun letak jawatan.Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga.

Sebagai Menteri Senator, DS Sharizat mesti memikirkan soal Parti..Kami tahu banyak jasa yang DS lakukan sejak memegang jawatan Menteri..Walaupun isu NFC ini melibatkan keluarga beliau, DS Sharizat harus meletakkan kepentingan parti dahulu..Demi maruah parti berundurlah sebelum terlambat....


GR kata: Jika tidak tercalon janganlah khianati parti, sayangilah parti untuk kesejahteraan rakyat Malaysia...

No comments:

Artikel pelbagai