Thursday, March 1, 2012

Majlis Meraikan Penerima Darjah Bintang & Pingat Kebesaran Peringkat Bdr Tun Razak


Semalam UMNO Bahagian Bdr Tun Razak telah mengadakan satu Majlis Meraikan Penerima Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran peringkat Parlimen Bdr Tun Razak bagi tahun 2011-2012. Mereka ini telah menerimanya pada sambutan Hari W.Persekutuan pada tahun 2011-2012.

Antara yang menerima Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran pada Hari W.Persekutuan ialah Datuk Rizalman B. Dato' Hj Mohtar selaku Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak merangkap Ketua Pemuda W.Persekutuan, Datuk Chandrakumaran, Dato' Munawar B. Hj Nor, Tn Hj Azami Mohamad dan ramai lagi.



Turut hadir ialah Setiausaha Politik YAB TPM, Tuan Hj Yusoff B. HM Haniff dan beliau merasmikan majlis pada malam tersebut. Mantan-mantan Ketua Bahagian UMNO Bdr Tun Razak turut sama hadir memeriahkan majlis ini.




Majlis ini diadakan dapat mengeratkan hubungan ikatan silaturrahim antara seluruh ahli UMNO Bdr Tun Razak dan mereka berikrar serta bersedia untuk berperang habis-habisan memastikan Parlimen Bdr Tun Razak kembali jatuh ke Barisan Nasional. Majlis berjalan dengan meriah diselangi dengan cabutan bertuah.





GR kata: Kasi tendang itu 'Gagap' keluar dari Bdr Tun Razak bukan buat kerja pun....

No comments:

Artikel pelbagai