Thursday, December 1, 2011

UCAPAN TANPA TEXT KETUA PEMUDA WP DI #PAUMNO!!!


Masa yang diberikan kepada setiap perwakilan untuk berbahas ialah 5 minit dalam Persidangan Pemuda UMNO semalam.

Antara yang terakhir berucap menyampaikan usul ialah Ketua Pemuda UMNO Bhgn Bdr Tun Razak merangkap Ketua Pemuda UMNO W.Persekutuan (WP), Sdr Rizalman Dato' Mokhtar.

Beliau yg hanya berucap tanpa text nampak tenang dan bersahaja sambil berjenaka dgn wakil Pahang yg telah 'mencuri' sedikit waktunya dengan berucap panjang dan sempat berseloroh mengenai bakal calon winnable candidate harus menepati masa yg diberikan dan disambut dengan gelak tawa di dalam dewan.

Bercakap mengenai cabaran yg digalas bg memastikan kemenangan BN di WP, beliau menyatakan Pemuda UMNO WP telah bersedia menghadapi PRU 13 akan dtg dan hanya menunggu semboyan dibunyikan oleh Presiden UMNO.

Antara ucapan Ketua Pemuda UMNO WP semalam:
# Sebagai pemimpin utama dalam peringkat Pemuda, kita mempunyai semangat untuk membantu kejayaan parti BN. - @rizalmanmokhtar #PAUMNO

# UMNO juga adalah wadah perjuangan masyarakat Bandar, 240008 pengundi muda akan kita pastikan menyokong BN - @rizalmanmokhtar #PAUMNO

# Kita akan pastikan di WP menjadi Kubur kepada #PKR - @rizalmanmokhtar #PAUMNO

# Pemuda UMNO WP berikrar akan pertahan Putrajaya walau apa cara sekalipun - @rizalmanmokhtar #PAUMNO

Lanjut sila baca >> di sini


p/s: BN Pilihan Orang Muda

No comments:

Artikel pelbagai