Monday, November 28, 2011

HARIMAU MUDA TEWAS ADAKAH KERANA SIKAP??


Apa pun GR ingin mengucapkan tahniah dan takziah kepada pasukan bola sepak kita Harimau Muda. Tahniah kerana pada peringkat awal permainan menunjukkan komitmen yang sangat tinggi bermain dengan begitu baik. Gol pertama Malaysia dari Nazmi memang TERBAIK...ala-ala Messi Malaysia gitu...

Ucapan takziah untuk mereka kerana di 9 minit terakhir pemain-pemain Malaysia seolah-olah 'dikunci' oleh pemain Bahrain bermain terlalu leka dan yakin mereka akan menang perlawanan malam tadi dengan Bahrain bermain dengan 10 orang pemain..Elo kawan bola tue bulat, jangan terlalu yakin sangat. Dengan status JUARA bola sepak ASEAN kita jangan ada rasa bangga dalam diri jika ingin terus berjaya dan melakar nama Malaysia dipersada bola sepak Asia mahu pun dunia.

Pengajaran terbaik adalah kekalahan macam nielah..status JUARA ASEAN korg tak bermakna korg boleh main sambil lewa...pujian bagi Bahrain..biar pun bermain 10 org tetapi tetap positif dalam pergerakan mereka...memang layak dorg menang. Apa pun nak jadi Juara Asia kena ubah attitude, Harimau Muda jangan mengalah...

p/s: Yakin Malaysia Boleh!!!

No comments:

Artikel pelbagai