Tuesday, June 5, 2018

BACA DAN FAHAMILAH! MAJLIS RAJA-RAJA HARAPAN RAKYAT MALAYSIA! #MalaysiaBaharu #MalaysiaMemilih


PEJABAT Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan media bahawa Majlis Raja-Raja telah mengeluarkan persilaan untuk semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja berbincang hal berkaitan pemecatan dan pelantikan Peguam Negara.

Sudah tentu perbincangan hari ini ialah untuk mencari persetujuan dan resolusi terbaik berhubung keputusan Putrajaya mahu melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

Namun, isu pemecatan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mungkin tidak sebesar isu lantikan Thomas sebagai Peguam Negara.

Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan hanya menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang yang layak sebagai Peguam Negara. Ia tidak menyebut peranan Majlis Raja-Raja.

Sebagai contoh, kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 145 tidak sama dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Perkara 114. Dalam membuat lantikan Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Tetapi, dalam pelantikan Peguam Negara, Perkara 145 tidak menyebut mengenai rundingan bersama Majlis Raja-Raja.

Namun, ini tidak bermakna Majlis Raja-Raja tidak perlu mengambil peduli langsung. Ini disebabkan suatu tindakan yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong akan sekali gus mendatangkan kesan terhadap keseluruhan dan masa depan institusi beraja di negara kita.

Justeru, atas dasar itu, Majlis Raja-Raja perlu bersidang dan berbincang. Yang di-Pertuan Agong juga perlu secara bijaksana mengambil pandangan ahli Majlis Raja-Raja dan menerima apa saja pemuafakatan yang dicapai hari ini.

Isu kredibiliti dan reputasi Thomas banyak diperkatakan dalam media sejak isu ini tercetus beberapa hari lalu sejurus nama beliau disebut sebagai calon yang dikemuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Peguam Negara kepada pihak Istana.

Beberapa NGO dan individu terkenal dalam bidang perundangan telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan kredibiliti calon Peguam Negara.

Memang diperakui bahawa syarat Melayu dan Islam serta memahami hukum Syariah tidak dinyatakan secara harfiah dalam Perlembagaan Persekutuan, terutama Perkara 145. Namun, ramai juga mahukan calon yang lebih layak daripada Thomas. Banyak lagi calon lain yang memenuhi syarat seperti disebut dalam Perkara 145 yang dibaca secara bersama dengan Perkara 123.

Tulisan Thomas yang berjudul Is Malaysia an Islamic State? dan buku-buku beliau, Anything But The Law dan Abuse of Power menjelaskan mengenai falsafah dan pemikiran beliau.

Ia menyebabkan pencalonan Thomas dipersoalkan walaupun dalam negara demokrasi, perbezaan pandangan dan tafsiran sepatutnya boleh diterima. Ada berpendapat, sebagai Peguam Negara beliau akan menjadi rujukan dan penasihat utama kepada yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan fungsinya berdasarkan perundangan, Perlembagaan, prinsip keadilan dan memelihara kedudukan agama Islam.

Thomas juga dikatakan bukan calon yang tepat kerana lebih dikenali sebagai peguam sivil dan bukan peguam bagi kes-kes jenayah. Ini penting diberikan perhatian kerana menurut seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah, seorang Peguam Negara juga Ketua Pendakwa Raya.

Ditambah pula dengan pembabitan Thomas sebagai peguam kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kes yang masih lagi di mahkamah. Ada juga yang mempersoalkan pendirian Thomas kerana menjadi peguam kepada bekas pemimpin Parti Komunis, Chin Peng.

Tuntutan Royalti

Dalam masa yang sama, ada yang membuat kenyataan bahawa beliau pernah mewakili kerajaan PAS di Kelantan bagi tuntutan royalti minyak dan menjadi peguam mempertahankan sistem perbankan Islam.

Hujah-hujah begini berpihak kepada Thomas kerana ia menunjukkan profesionalisme beliau untuk menjadi peguam bela kepada mereka yang memerlukan dan berhujah mengikut perundangan negara. Soal beliau kalah atau menang dalam sesuatu kes mungkin boleh dan tidak boleh menjadi ukuran kepada kepakaran beliau.

Beliau juga dikhabarkan pernah memberikan pandangan mengenai peranan institusi beraja (Majlis Raja-Raja) sebagai institusi semak dan imbang dalam pelantikan hakim.

Walaupun peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berbeza dalam pelantikan Peguam Negara, namun kenyataan Thomas itu mungkin sesuatu yang baik untuk dijadikan inspirasi oleh Majlis Raja-Raja dalam perbincangan esok.

Kedudukan dan kuasa Peguam Negara amatlah besar. Oleh itu, kemungkinan ada pihak akan menggunakannya atau mendalangi kuasanya, terutama pemerintah seperti pernah berlaku sebelum ini.

Oleh itu, dalam konteks ini, reputasi dan kredibiliti calon hendaklah diberikan perhatian sewajarnya oleh Majlis Raja-Raja. Rakyat sedang memerhati dan rakyat tidak mudah lupa, terutama dalam perkembangan era digital, semua fakta (termasuk benar dan tidak benar) mudah didapati - hanya di hujung jari.

Sebagai rumusan kepada hujah-hujah di atas, perlu ditegaskan bahawa bantahan kepada pencalonan Thomas bukan saja kerana beliau bukan Melayu, bukan Islam atau tidak mempunyai ilmu perundangan Islam.

Persoalan timbul kerana reputasi dan kredibilitinya. Ramai lagi calon menepati syarat boleh dicalonkan sebagai Peguam Negara, (mempunyai pengalaman 10 tahun atau lebih dalam bidang perundangan), tetapi mengapa Thomas yang dipilih.

Walau apapun pandangan pelbagai pihak, kenyataan Perdana Menteri amat tegas. Beliau tidak mahu mengulas panjang berhubung kontroversi ini dan hanya menyatakan bahawa penyelesaian akan berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, yakni Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat.

Justeru, saya melihat bahawa kontroversi ini bukan sekadar membabitkan tafsiran Perlembagaan berhubung maksud perkataan nasihat dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Kepada Perdana Menteri, persoalan siapa yang layak dan siapa yang patut dilantik sebagai Peguam Negara bukan isu kepada beliau. Beliau sangat yakin dengan calon yang telah dinamakan.

Krisis Perlembagaan

Justeru, dalam bingkai yang lebih luas, saya dapati kontroversi ini adalah pertembungan antara sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan negara kita. Ia mungkin boleh diistilahkan sebagai 'krisis'.

Ini perkara teras yang perlu dibincangkan secara teliti dengan sewajarnya oleh Majlis Raja-Raja. Walaupun mungkin dalam keadaan semasa, keadaan ini belum boleh dipanggil sebagai krisis Perlembagaan, tetapi krisis sudah mula berputik.

Justeru, tanpa tindakan sewajarnya oleh semua pihak, termasuk Majlis Raja-Raja atau pihak-pihak berkaitan, ia akan mencetuskan krisis perlembagaan yang lebih serius.

Dalam konteks kontroversi Putrajaya-Istana, sejarah mungkin berulang seperti tahun 1983 dan 1993. Ia berkaitan pindaan Perkara 66 dan Perkara 32 serta beberapa Perkara lain yang berkaitan kedudukan Raja-Raja, termasuk pengenalan kepada Perkara 182 dan 183 mengenai Mahkamah Khas.

Apabila berlaku tekanan ke atas istana, jarang sekali istana menang. Pengalaman ini dialami oleh banyak institusi istana di dunia. Bagi negara kita, pengalaman sistem raja berperlembagaan kita juga tidak jauh berbeza.

Sejarah pindaan Perlembagaan mengenai imuniti Raja-Raja dan kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan mohor besar menunjukkan bagaimana istana telah dihimpit dan seterusnya menyaksikan istana mengalah dengan memberikan laluan kepada demokrasi berparlimen untuk membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Kesan pindaan itu sangat besar terhadap kuasa dan fungsi Raja-Raja yang asalnya berdasarkan kepada sejarah negara dan telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan secara muhibah dan menghormati institusi beraja seperti dalam terma rujukan pelantikan Suruhanjaya Reid.

Namun, sikap beralah oleh pihak istana dalam krisis Perlembagaan sebelum ini tidak bermaksud ia kekalahan sebenar kerana istana sebaliknya, mahu kekal relevan dalam sistem demokrasi berparlimen walaupun dalam ruang kuasa dan peranan yang makin sedikit, makin kecil dan makin terhimpit.

Saya percaya istana menerima hakikat penghakisan kuasa itu, namun, atas sifat demokrasi berparlimen, istana mungkin tiada pilihan tetapi perlu menerima (walaupun dengan berat hati).

Mungkin ini bukan demokrasi yang dimahukan, tetapi ia hakikat kekuatan kuasa demokrasi berparlimen.

Walau apa pun, istana perlu kekal dan relevan kerana banyak lagi perlu diuruskan oleh istana, terutama dalam perkara-perkara yang jelas termaktub kuasa budi bicara baginda Raja-Raja.

Perlu juga dikongsi dalam perbincangan Majlis Raja-Raja kali ini bahawa rakyat yang menjadi tonggak kepada institusi beraja sentiasa bersama Raja-Raja demi keadilan, demi keutuhan institusi beraja dan yang utamanya demi kelangsungan peraturan dan undang-undang.

Raja-Raja letaknya segala harapan mereka.

Ihsan dari BH ⇨ Penulis adalah Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 

Apa yang boleh kita rumuskan di sini, kita sebagai rakyat janganlah cepat berputus asa selagi belum tiba masanya. Walaupun DYMM YDP Agong telah memperkenankan perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Jika Persatuan Peguam-Peguam Melayu Islam bersuara, jika Pakar Perlembagaan turut bersuara...masakan kita sebagai rakyat tidak menyokong, betul tak? Pemimpin tertinggi negara harus memikirkan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersangka baik dengan ketentuan Allah SWT. Dalam bahasa mudahnya terselit mesej yang penting yang harus dihadami umat Islam atas keputusan ini. Jika benar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengatakan Islam dan Melayu dipertahankan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, kita tunggu dan lihat.

Lain pula dengan pandangan beliau mengenai Peguam Negara ini seperti dalam TV3 malam tadi, keputusan dibuat atas 'Suara Majoriti' dalam kerusi Pakatan Harapan. Tersiratnya DAP lah yang bersungguh-sungguh ingin si Tommy Thomas ini. Ada pula Peguam PH yang berbangsa Melayu mengatakan perlantian TT tidak akan usik Islam dan Melayu. BOLEH PERCAYA KER? 

Sedangkan Allah SWT beritahu dalam Al- Quran, orang bukan Islam tidak boleh dilantik sebagai ketua untuk menguruskan hal ehwal berkenaan Islam termasuklah undang-undang Syariah.

a. Surah An Nisa' ayat 144:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَنْ تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُبِينًا

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali (ketua) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?


b. Surah Al Maidah ayat 51:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi auliya bagimu; sebahagian mereka adalah auliya bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi auliya, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang lalim.” (QS. Al-Maidah: 51)


Apa yang disuarakan ini, harapnya pucuk pimpinan tertinggi negara berfikirlah demi kebaikan kita bersama. Ini bukannya rasis, tetapi berlandas apa yang Tun M sendiri katakan.

Kerajaan Akan Terus Lindungi Islam - PM.

Dakwaan kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) tidak melindungi kepentingan agama Islam selaku agama persekutuan negara ini adalah tidak tepat.

Tegas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Islam adalah agama rasmi negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan akan terus bertanggungjawab memerintah negara tanpa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Rakyat Malaysia fikirkanlah sebaiknya. Betul jumlah pemimpin DAP memegang portfolio menteri tidak ramai, tetapi jumlah kerusi Non Muslim lebih ramai dari wakil rakyat Muslim. Jadi fikir sendirilah...jangan Jaguh Sorak, Kampung Tergadai.

Melantik Peguam Negara untuk kebaikkan agama, bangsa dan negara, bukannya untuk membalas dendam kesumat yang terbuku di hati. Sebab jawapan yang Kerajaan PH berikan tidak masuk akal kerana ingin berlawan kes 1MDB. Ketua SPRM yang baru pula telah menyatakan derma RM2.6 Bilion sah dari Kerabat Raja Arab Saudi...samakan macam kenyataan SPRM sebelum ini. Kita tengoklah babak sinetron apa selepas ini....


GR kata: Anak muda yang galak sokong, sebab suka kehidupan yang liberal...Punah!!
 

Wednesday, May 30, 2018

MALAYSIA TANPA TUN MAHATHIR? #MalaysiaBaharu #MalaysiaMemilih


Sudah hampir 3 minggu PRU14 berlalu yang mana telah melakar sejarah negara buat pertama kalinya Barisan Nasional tersungkur jatuh dari kuasanya menjadi Kerajaan Persekutuan sejak 1970an PRU diadakan selepas Parti Perikatan diharamkan. Apakah ini menjadi simbolik bahawa rakyat masih memerlukan Tun Mahathir sebagai 'penyelamat' mereka atau rakyat terpedaya dengan omong kosong yang masih bercelaru dari Kerajaan Pakatan Harapan?

Adakah kita semua suka dengan laporan media yang dikeluarkan oleh PH sekarang ini di TV, newspaper dan social media...kebanyakkannya dengan keburukan yang dilakukan oleh pemimpin dan Kerajaan dahulu (BN). Di manakah sikap gentleman mereka tidak kiralah peralihan kuasa jatuh pada siapa, pentadbiran negara harus dijalankan dengan penuh bijaksana. Mengotakan apa yang dijanjikan pada rakyat harus dilaksanakan.

Selaku kerajaan baru, sudah pasti mereka akan diperhatikan. Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, pemimpin mereka kata  Esok harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun-turun.

Mereka juga isytihar GST akan dihapuskan tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST 0%. Ada 99 barangan yang telah naik harga. GR kongsikan pendapat dari ikon hartanah mengenai GST untuk penilaian kita, bukannya percaya bulat-bulat dari sebelah pihak. Otak kena berkembang sedikit yer:

KENAPA KITA DAN RAMAI PENIAGA CUKUP BENCI GST? SUKA PADA SST?

Salam semua, baru baru ni saya ditemuramah dan ditanya pandangan saya mengenai GST. Saya mulakan temuramah tersebut dgn ayat :

"Saya tak suka GST, tapi saya setuju yang GST kena ada.”

GST ni adalah sejenis consumption tax, yang mana kita akan kena bayar GST bila kita berbelanja di luar. Dan seperti yang semua maklum, kadar GST sebenar cuma 6%. Tapi kenapa kita rasa yang kenaikan harga barang dan makanan naik jauh lebih banyak dari kadar GST 6%? Sebab utama kenapa kenaikan harga barang dan makanan yang telah diproses naik lebih banyak dari 6% semenjak GST dilaksanakan adalah :

1. Compliance kos ( sistem dan tenaga kerja ) - Disebabkan pelaksanaan GST, majoriti bisnes kena berbelanja minima RM30,000 setahun untuk pastikan mereka boleh laksanakan GST, kalau tak kena bayar denda dgn kastam. So majoriti peniaga pilih untuk naikkan harga produk mereka dan mereka naikkan lebih dari 6% untuk cover kos ini.

2. Cukai - Sistem GST kita, hari ni ada link dgn sistem cukai kita di LHDN. So maksudnya, sangat susah untuk peniaga untuk tidak declare cukai atau cakap mereka tak buat untung untuk terus kelentong LHDN. Ada segelintiri peniaga yang dulunya lari dari bayar cukai, hari ni tak boleh lari dari bayar cukai. Peniaga begini boleh tukar kereta beratus ribu setiap 2-3 tahun, ambil BRIM lagi, dan declare rugi tiap tiap tahun. Hari ni, dah sgt susah untuk mereka buat begitu sebab kastam akan kongsi dgn LHDN berapa sebenarnya sales mereka. So mereka yang dulunya untung beratus ribu dan berjuta tiap tiap tahun, tapi adjust cukai mereka atau tak bayar langsung, tetiba kena bayar cukai berlambak. Jadi mereka naikkan harga jualan mereka, sebab mereka sekarang dah tak boleh lari dari cukai. Dan bila tanya mereka, mereka akan jawab, ini semua salah GST. Ini bagi saya, adalah punca utama kenapa kenaikan harga lebih dari 10%.

3. Kejatuhan ringgit (2015-2017) - Semenjak tahun 2015, RM pernah jatuh +- 30% berbanding USD dan SGD. So majoriti barang import yang dijual di Malaysia, dinaikkan harga sebab nak tampung kos import yang dah naik 20%-30%. Tapi hari ni, RM dah naik 10%-15% berbanding USD dan SGD. Ada tak harga barang jatuh bila RM dah naik balik ni? Takde kan? Sebab peniaga pilih untuk kekalkan harga dan mereka boleh untung 10%-15% atas angin. Dan siapa yang mereka salahkan? Yes, sekali lagi GST.

Tiga sebab diatas, adalah punca kenapa harga barang naik melebihi 6% bila GST dilaksanakan. GST yang saya dan syarikat-syarikat saya bayar, tahun ni patut RM800,000 hingga ke RM1juta. Memang la saya tak suka GST, dan bohong la kalau saya cakap saya enjoy bayar GST hampir sejuta, terutamanya sebab nak kena caj student dan klien. Tapi kami fokus kepada apa extra yang kami boleh berikan kepada pelanggan. Tahun lepas MEB harganya RM499 untuk SEHARI, sekarang kita naikkan harga ke RM599 tapi dapat SETAHUN coaching. Dulu tiada product murah bawah seratus, hari ni orang boleh belajar dari saya 4 kali sebulan serendah RM30 sebulan saja. GST, kami telan/abosrb sendiri. Saya fokus untuk tambah nilai kepada pelanggan dari bebankan mereka. Boleh je kalau betul nak buat. Alhamdulillah, hari ini bisnes-bisnes saya masih okay, boleh gajikan lebih 80 orang Malaysia pelbagai kaum.

Kenapa saya buat post ini? Sebab saya 99.99% pasti yang GST akan KEKAL tak kira la siapa yang memerintah. Semua kerajaan ( tak kira pembangkang atau bukan) nak tahu mana peniaga-peniaga yang tak/kurang bayar cukai mereka, dan sistem GST ini adalah cara paling senang untuk mereka tahu peniaga mana yang tak bayar cukai. Dan orang berada dan berduit eventually akan bayar GST paling banyak, so GST adalah sistem cukai yang adil. Orang yang beli Lambo atau Ferrari akan bayar lebih banyak GST berbanding orang yang beli Toyota atau Perodua. So tak kira siapa yang menang 9 May nanti, GST akan kekal, akan jadi lebih efisen, dan kita semua akan masih kena bayar GST.

Ada orang berpendapat yang sistem GST ni dibuat untuk support korupsi dan digunakan untuk songlap duit. Tapi, kalau betul GST ni sistem percukain yang teruk dan korup, kenapa lebih 150 negara gunakan sistem GST ni? Singapura ada GST 7%, UK ada VAT sampai 20%, adakah ini bermakna pemimpin mereka lebih korup dari pemimpin kita?

Kepada rakan rakan saya yang berniaga, GST is here to stay. Kita kena usaha tambah nilai kaw-kaw kalau kita nak kekal relevan dalam bisnes. Otherwise, we are gone. Dan tak guna lari cukai, sebab GST akan buat semua sales kita transparent. Baik declare betul betul, bayar apa yang patut bayar, dan guna cukai kita untuk mula beli aset pelaburan ( kedai, tanah , hartanah etc)

Untuk pembeli atau konsumer, anda saya sarankan anda boikot sahaja perniagaan yang menaikkan harga melampau dengan menggunakan GST sebagai alasan. Kalau mereka cakap kejatuhan ringgit merupakan punca kenaikan harga, suruh mereka turunkan harga hari ni sebab RM dah naik 10%-15% berbanding banyak matawang lain. Kalau mereka tak buat, kuasa membeli ditangan anda. Jangan kena tipu lagi bila mereka cakap GST merupakan sebab kenapa harga “terpaksa” dinaikkan. Hari ni banyak pemaju telan kos GST, sebab pasaran hartanah tgh sendu. Dulu cakap mustahil mereka boleh absorb, hari ni boleh je pulak? So kalau anda nak berikan mesej kepada peniaga-peniaga tamak ni, berhenti je membeli dari mereka dan kita sokong mereka yang tak ambil kesempatan naikkan harga sebab GST.

Begitu juga kalau kita lihat PTPTN, apabila mereka kata berpendapatan RM4 ribu ke bawah tidak perlu bayar maka situasi untuk pembiayaan semula melalui PTPTN tidak dapat dilaksanakan. Adakah penangguhan bayaran PTPTN sehingga gaji RM4,000 tiada sebarang penalti/interest dikenakan kepada peminjam? Lari jauh sangat dengan Manifesto PH yang mahu berikan pendidikan percuma pada golongan anak muda - seperti yang Syed Saddiq nyatakan ini ⇨⇨ KLIK SINI

Tun M juga mengatakan hutang negara mencecah RM1 trilion (sebelum PRU14 - dalam siri kempen pun sama), tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion selepas diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng minggu lepas. Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya domestic debt iaitu pinjaman dalam negara…ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara.


Yang paling menakjubkan seseorang yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun pun boleh terkeliru antara dua hutang tersebut. Sudahlah sendiri keliru, lepas tu mengelirukan orang lain pula. Adakah beliau sudah ada simtem2 nyanyok? Setiap kali dalam ucapan beliau sering kali menyatakan umur beliau. Hehehe ;)

Tun M sering kali menyatakan dan menyerang Najib dan Kerajaan BN tentang kewangan negara seperti bajet 2017, kerajaan dah tiada duit, hospital tak ada ubat, sekolah tak ada peruntukan, cukai GST membebankan rakyat dan tidak menguntungkan kerajaan dan macam-macam tuduhan yang dikitar semula daripada pengikut-pengikut beliau seperti Syed Saddiq, Kadir Jasin, Rafizi Ramli, Tony Pua dan lain-lain secara konsisten.

GR tidak pasti sama ada Tun M tahu atau betul-betul tak tahu beza antara hutang kerajaan yang sebenarnya berjumlah RM686.8 billion dengan hutang luar yang berjumlah keseluruhan RM848.24 billion - RM1 Trilion atau beliau memang sengaja memilih angka yang lebih besar untuk membangkitkan kemarahan masyarakat terhadap Kerajaan?

Disebabkan ketelanjuran beliaulah ramai pelabur-pelabur telah menarik diri akibat takut dengan jumlah angka yang Perdana Menteri nyatakan. Sudah pasti mereka mempercayai laporan yang dinyatakan kerana ianya keluar dari mulut seorang pemimpin nombor satu negara. Pelabur-pelabur sudah pasti kurang keyakinan kepada negara dengan pentadbiran baru jika melabur adakah mereka akan mendapat pulangan dan juga kebaikkan untuk negara. Kerana mulut badan binasa!!

Besar bezanya antara hutang kerajaan dan hutang luar negara dan untuk kebanyakan masyarakat mungkin mereka tak boleh membezakan antara keduanya tetapi untuk seseorang yang sudah berdekad-dekad menjadi anggota pentadbiran kerajaan, beliau sepatutnya lebih arif dan tahu daripada orang lain.

Secara ringkas hutang kerajaan adalah hutang yang diterbitkan oleh kerajaan dalam bentuk bon dan sukuk untuk membiayai perbelanjaan pembangunan kerajaan setiap tahun.

Hutang luar pula merangkumi hutang kerajaan yang dimiliki oleh pelabur luar Malaysia, hutang swasta kepada bank-bank di luar negara, deposit oleh orang luar negara di dalam Malaysia, nota-nota perdagangan oleh pihak luar dan macam macam lagi.

Jika pelabur dari luar negara melabur di dalam bon kerajaan, ia akan dikira sebagai hutang luar negara, jika ada syarikat-syarikat tempatan yang meminjam daripada bank-bank luar negara, ia akan dikira sebagai hutang luar negara, jika ada orang luar negara yang menyimpan/mendeposit wang di dalam bank-bank tempatan di dalam Malaysia, ia juga akan dikira sebagai sebahagian daripada hutang luar negara.

Sebelum pendefinisian semula hutang luar negara, hanya hutang-hutang di dalam matawang asing sahaja yang dikira sebagai hutang luar negara tetapi selepas Bank Negara mendefinisikan semula mengikut syor IMF, hutang di dalam Ringgit Malaysia yang dimiliki pelabur asing juga dikira sebagai hutang luar negara dan termasuklah deposit-deposit oleh orang asing yang menyimpan wang di dalam bank-bank di Malaysia.

Perkara ini telah pun dijelaskan oleh Bank Negara di dalam Laporan Suku Tahunan Pertama 2014 seperti berikut: ⇨⇨ KLIK SINI LAPORAN PENUH

Selaku bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sudah pasti mempunyai akses kepada pegawai-pegawai di dalam Bank Negara dan boleh meminta mereka menjelaskan berkenaan kenaikan jumlah hutang luar negara yang mendadak dua tahun yang lepas. Malang bagi rakyat Malaysia apabila ada bekas PM yang menyebarkan berita dan fakta palsu seperti ini dan lebih malang apabila ramai yang mempercayai beliau. Sehingga sekarang pun pentadbiran Kerajaan masih tidak kukuh dan banyak bergantung kepada 'Council Of Elders'. Kita doakanlah yang terbaik supaya Malaysia terus dipersada dunia dan tidak tergadai.

Apa pun ianya telah berlalu, kita sebagai rakyat sekarang seharusnya bijak menilai antara satu sama lain. Jika sebelum ini kita lahir dan hidup dalam pemerintahan Kerajaan BN, kenikmatan yang Allah berikan pada kita adakah kita mensyukuri nikmat yang diberikan atau sebaliknya.

Kepada Barisan Nasional bertindak sebagai pembangkang yang efektif. Sememangnya pahit kerana BN tidak bersedia menjadi Pembangkang dan Pakatan Harapan juga tidak bersedia menjadi Kerajaan. Bertindak dengan mengikut akal fikiran bukannya nafsu seperti mereka yang di dalam Kerajaan (masih terbawa-bawa sebagai pembangkang). Perbaiki segala salah silap dari semua aspek yang sebelum ini menjadi buah muluh rakyat di bawah ini. Mereka bukannya menghukum BN atas sebab parti telah lama memerintah, tetapi sikap pemimpin-pemimpin dan orang sekeliling pemimpin yang mengamalkan Protokol Tak Bertempat. Rakyat memilih pemimpin untuk berkhidmat pada mereka, bukannya rakyat berkhidmat pada pemimpin.

Pada pihak berkuasa PDRM dan SPRM, laksanakan tugas dengan penuh telus dan adil. Jika benar badan ini bertindak atas undang-undang dan tiada campur tangan ghaib dalam menjalankan tugas..BUKTIKAN LAH!!

GR tak nak rakyat terperangkap sekali lagi dlm keghairahan skandal politik pemimpin. Bimbang jadi mcm kes yang lepas-lepas. Heboh negara pasal salahlaku sek dan liwat. Setiap malam berita tersebut disogokkan kepada rakyat di akhbar dan TV. Siap usung tilam ke Mahkamah. Rakyat terpaksa mendengar taklimat pakar DNA, walaupun rakyat tak faham istilah dan kod-kod DNA ygang disyarahkan. Tiba-tiba kes tersebut hilang dengan sebuah jampi kesucian, mereka berbaik semula bagaikan seperti sebuah perkenalan yang baharu.


Di satu pihak pula rakyat diajak bersama mempertahankan sebuah keadilan dan menentang kezaliman. Lalu berdemonstrsilah rakyat membela mangsa mata lebam. Merah mata rakyat bermandikan semburan water Canon di Masjid Jamek, Jalan Tunku Abd Rahman dan Dataran Merdeka. Tiba-tiba datang kalimat "itu hanyalah luka kecil". Rakyat terpaku. Lalu mereka diminta pula menjulang org yg dahulunya dikatakan zalim itu kepersada kuasa.

Rakyat sudah letih,penat dan bosan. Kalau filem Hindustan, bila ketua penjahat dah berjaya dikalahkan dan jatuh dari kereta api, maka tamatlah ceritanya. Tapi filem melayu ini lebih hebat. Yang jatuh jambatan dan kena lenyek dengan lori balak pun boleh hidup balik dan mendakwa 'Hero' ke mahkamah.

GR yakin rakyat sedang bersemangat ingin tahu pendedahan penyelewengan harta negara yang masih belum selesai. Antaranya isu Marminco (1980 an) melibatkan kerugian RM1.5 bilion. BMF RM 2.5 bilion. Perwaja Steel RM10 bilion. Pertukaran Mata Wang asing (1990 an) kerugian RM30 bilion. MAS RM9.4 bilion. PKFZ (tahun 2000) terlebih kos RM12.5 bilion. Kes rasuah pemimpin DAP yang masih dalam prosiding mahkamah - semua ini mesti diteruskan. Barulah nampak tidak ada berat sebelah antara dua pihak.

Adios!!

GR kata: Waktu solat Subuh di masjid, Imam terkentut ketika sedang mengimamkan Solat. Semua jemaah secara majoriti menggesa semua kepimpinan masjid mahu Imam semua AJK letak jawatan. So masjid akan dapat kepimpinan baru. Persoalannya, manusia mana yang tak terkentut dan boleh tahan kentut? Janganlah terburu-buru membuat keputusan hanya kerana seorang Imam terkentut...
 

Monday, May 21, 2018

PROJEK ECRL JUAL MARUAH NEGARA, BERKENAAN GST? #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih


Pasca PRU14 telah pun berlalu. Ada yang mengatakan ianya melakar sejarah hitam buat negara. Apakah rakyat memberikan mandat baru untuk melihat sesuatu yang baru buat negara mendatangkan hasil atau sebaliknya?

Kenapa Projek ECRL Tidak dikenakan GST?

1. Tawaran pinjaman yg dikenakan syarikat China adalah paling rendah di dunia berbanding tawaran syarikat lain. Bagi pinjaman 85% dr nilai projek & tempoh bayar balik lepas 7 tahun (faedah dikenakan paling rendah di dunia).

2. Logiknya projek mega ini usaha sama China-Msia. Tawaran kemudah faedah pinjaman terendah. CCCC dibuat selepas Kastam ambil kira faktor faedah pinjaman yg ditawarkan adalah lebih baik dr kos GST. Jadi syarikat tersebut tidak dibenarkan menuntut refund GST.

3. Projek ECRL ni, customer sebenar adalah Kerajaan Malaysia. Kalau kutip GST, maknanya Kerajaan adalah pembayarnya & byr balik pd Kerajaan. Sebabnya prinsip GST/VAT adalah pengguna terakhir atau pengguna yang memerlukan untuk membayar sepenuhnya GST/VAT. Pihak ketiga dlm sistem perbekalan tersebut boleh menuntut kembali cukai dikenakan terhadap mereka daripada Kastam, namun sebaliknya pengguna terakhir pula tidak boleh menuntut kembali GST/VAT.



4. Tak macam projek kerajaan lain, projek ini dibiayai menerusi pinjaman mudah dari luar negara. Maka usaha memasukkan GST akan menyebabkan jumlah keseluruhan pinjaman & faedah boleh meningkat. Jika kos projek termasuk GST ialah RM55 bilion akan meningkat kpd RM58.3 bilion. Yang perlu dipinjam pun naik RM3.3 bilion, akhirnya RM3.3 bilion ini akan dikutip balik kerajaan dalam bentuk GST selepas projek tamat.

5. Soalan saya: Kenapa Tun M nak teruskan projek ni dgn China? Sbb keuntungan baik pd rakyat & negara. Simple things.

Tapi jgnlah pusing fakta..kos keseluruhan projek RM55 bilion...bukannya RM66 bilion siap ada fasa 1 fasa 2. Makna keseluruhannya tu fahamkan??

GR kata: Nasi dah jadi bubur..terima jerk apa dah jadi. Sepatutnya Kerajaan terangkan bagi rakyat faham...bukannya ikut rentak orang lain, maki sana sini.

Monday, August 15, 2016

#Hipster Di Mana-Mana! Ada Yang Sokong Ada Yang Buat-Buat Pandai?? @Zahid_Hamidi @NajibRazak


Budaya Hipster adalah budaya baru yang sekarang ini telah menjadi trend di Malaysia terutama sekali golongan muda. Ia bukan sahaja dari segi pemakaian atau berfesyen tetapi ada juga yang menjadikan hipster di majlis perkahwinan mereka. Sebabnya ianya adalah suatu fenomena yang baru dan bila orang bertandang ke majlis kita sudah pasti ada kelainan.

Budaya Hipster ini bukanlah perkara baru di negara kita, ia adalah dari zaman 90an lagi dan kenapa di abad baru ini budaya ini menjadi kegemaran masyarakat di negara kita. Kalau korang tak pernah dengar apa itu Hipster, maknanya korang sudah ketinggalan zaman. Adakah budaya ini hanya tertumpu pada golongan muda saja? Jika kita amati dan melihat keadaan sekeliling kita budaya ini telah masuk untuk semua golongan.

Percayalah ia adalah suatu realiti dengan fenomena ini  walaupun dengan melakukan sedikit kelakuan. Melihat perkembangan ini sudah tentu ia mengambil jumlah yang besar dalam usaha untuk menghidupkan fenomena ini. Mungkin ada sesetengah pihak yang berfikiran, ini semua kolot. Ada segelintir anak muda berpakaian ketat sedikit sana ini, berfesyen rambut nipis sana sini dan lepak minum makan di kedai-kedai yang Hipster juga....Tetapi bila kita lihat dengan dekat dan selami gaya kehidupan mereka, baru kita sedar dan tahu keadaan sebenarnya.

Pandangan GR, budaya Hipster ini adalah gaya hidup sihat. Di mana kita dapat melihat golongan muda yang terlibat dalam perniagaan, mereka berurusan sesama mereka untuk meningkatkan pendapatan mereka. Dengan usaha mereka ini juga, pihak Kerajaan telah menyahut seruan mereka dengan memberikan pelbagai bantuan supaya perniagaan mereka dapat berkembang pesat. Mereka berubah gaya hidup mereka sedikit demi sedikit hinggalah mempunyai empayar yang besar kelak.


Amat tepatlah langkah dan seruan yang dibawa oleh YAB Timbalan Perdana Menteri bahwa budaya Hipster ini semakin diterima ramai oleh masyarakat di Malaysia. Tahniah GR ucapkan kerana TPM mendengar denyut nadi rakyat akar umbi kerana budaya Hipster ini juga boleh menjana ekonomi negara. Lihat sajalah di Dataran Merdeka, Putrajaya dan seluruh negara jika diadakan sesuatu event sudah tentu kita perniagaan Food Truck ini dan juga Cafe-cafe Hipster juga sudah semakin banyak kelihatan di bandar-bandar dan kawasan kampung.

Kepada semua golongan Hipster di Malaysia, teruskan usaha anda semua. Buatlah perkara yang mendatangkan faedah kepada anda dan keluarga. Biarlah apa orang nak kata yang penting Kerajaan melihat usaha anda ini dan GR yakin bantuan demi bantuan dan sokongan akan terus diberikan oleh Kerajaan.

Kepada pemimpin-pemimpin politik pula, jangan duduk di kerusi yang empok terlalu lama. Lihatlah apa sebenarnya kehendak yang diinginkan oleh masyarakat. Buatlah program dan berilah perkhidmatan yang diinginkan dan disukai oleh masyarakat jangan asyik buat program SYOK SENDIRI..!!!! Adiiiiiiioooouuuuuusssssss....amiiiiiigooooossssssss....


GR kata: Meletop la Wak Doyok lepas nie..He he he..

Thursday, June 9, 2016

#PRKSungaiBesar PAN, DAP BERKEMPEN TAK HORMAT UMAT ISLAM SOLAT TERAWIH SEBAB TAKUT KALAH! #Ramadhan


Manusia bila hati telah hitam..apa pun yang difikirkan semuanya beres belaka. Walhal hakikat sebenarnya mereka ini waras dan boleh berfikir mana yang baik dan buruk. Bila ada sebarang tindakan pada mereka...mulalah kata mereka ini DIUGUT dan sebagainya...mereka DITINDAS. Kerajaan ZALIM dan macam-macam lagi....Cina naik tocang, Melayu dalam PAN, DAP tengok jer ker??

GR tak nak cakap banyak...korang budak2 Sabak ke Sungai Besar ker...tengok lah sendiri. Nak berkempen itu boleh, tapi janganlah sampai terdesak sangat takut tak ramai orang dengar ceramah korang tu...lepas buka puasa nak terus melalak ker? Umat Islam dalam PAN, korangkan 'ULAMAK BESAR' takkan tak berani nak bagi cadangan pada Boss korang tu..??

Korang tengok lah video nie yer... https://www.facebook.com/bmspenang/videos/930540807058821/

Orang Melayu dan Islam dalam PAN dan DAP, kot yer pun solat Tarawih la dulu...tak mampu 20 rakaat dan witir 3 rakaat..buatlah 8 rakaat...lepas tu korang nak melalak sampai lebam pun ikut suka hati korang lah. Jangan ikut sangat perangai Boss DAP korang tu...diaorang tu mana kira halal haram...bedal jerk!!

Pengundi2 Sungai Besar dan Kuala Kangsar...buatlah pilihan bijak yer. Ada otak pikir, jangan letak kat pungkoq tu lama sangat!!


GR kata: Sedih tengok orang Melayu yang sanggup lebihkan politik dari agama!!

Thursday, February 18, 2016

HOT..PELIR BANGLA LAGI PANAS DARI PELIR BAHULU?? #PekerjaAsing #Bangladesh

 

Nampaknya isu kemasukan 1.5 juta Bangla ke negara kita sudah semakin merepek. Pelbagai persepsi yang dimainkan oleh semua platform media yang kononnya memang benar kemasukan ini akan benar-benar dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Walaupun telah dijelaskan berkali-kali akan fakta tentang isu 1.5 juta Bangla ini, namun ianya tetap ditolak kerana penjelasan tidak bersifat sensasi.

Dalam pada itu juga semakin rancak beberapa pihak tanpa mengira kesahihan serta fakta sebenar isu ini...membalun sesama sendiri. Tak kiralah siapa pun, GR lihat dikalangan pemimpin tidak kurang hebatnya...masing2 nak tunjuk 'Hero' dalam isu ini. Mungkin disebabkan nak ambil hati 'Boss' besar mereka dalam erti kata lain...'Aku yang layak duduk di kerusi Menteri sekarang, bukanya dia'!!

Sebenarnya kemelut isu 1.5 juta Bangla ini bukanlah satu perkara yang luar biasa, maksudnya isu yang kita tak perlu ambil kisah sangat sebab ia juga merangkumi serba sedikit soal sentitiviti serta keselamatan negara kita. Tapi sudah menjadi sikap rakyat Malaysia, bila terjumpa satu isu panas kebiasaannya akan 'melompat' macam beruk jantan nampak beruk betina bila 'kelaparan'. Tanpa usul periksa terus cakap bagai nak gila...yelahkan maklumatkan dihujung jari sekarang ni.

GR bukannya pandai menulis apatah lagi nak bercakap tentang isu 1.5 juta ini...tapi dari apa yang GR dengar Kerajaan Bangla yang telah bersetuju mengeluarkan sejumlah rakyat mereka 1.5 juta ke negara-negara luar untuk bekerja dalam sektor2 yang diminta oleh negara2 tersebut...termasuk Malaysia. Bukannya seramai 1.5 juta Bangla dibekalkan untuk Malaysia...kalau macam tu, GR pun tak bersetuju. Gila ape??? Baca di bawah jawapan di Parlimen:

"Sebenarnya apa yang berlaku ialah negara Bangladesh sudah mempunyai pool – I use the word pool iaitu dalam sehari negara Bangladesh boleh menghantar 1.5 juta pekerja untuk bekerja bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia termasuk Middle East. Perkataan ini,1.5 juta sebenarnya Tuan Yang Di Pertua adalah kurang tepat.

Ini kerana bilamana kita membawa masuk pekerja asing,kita menggunakan khususnya  sekarang satu kaedah yang kita panggil sebagai strict liability.Dalam strict liability ini secara online,majikan majikan sendiri akan memohon pekerja yang diperlukan,yang benar benar diperlukan oleh majikan melalui online ini.”

Bukankah isu 1.5 juta Bangla ni, Menteri Sumber Manusia akan pergi ke Bangla untuk berbincang untuk sebarang keputusan. Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia dan geng2 yang seangkatan dengan mereka bukanlah satu keputusan muktamad yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia. Dalam hal ini kenapa Kementerian Sumber Manusia tidooo..??? Bukankah data2 permintaan oleh peminta datangnya dari Kementerian tersebut? Jangan letak bahu pada sebelah pihak saja..!!

Secara psikologinya, rakyat Malaysia ketagih isu. Mereka telah berpaut daripada isu ke isu yang baru seumpama beruk yang bergayutan dari dahan ke dahan untuk menikmati keindahan hutan belantara. Sampaikan makanan berbentuk pelir bahulu keluar pun ramai yang tak ambil port...mungkin pada mereka itu biasa jer...tersiratnya boleh mempengaruhi pemikiran anak2 kita. Jangan nanti kecik2 anak2 dah pandai romen sana sini...menteri juga dipersalahkan! Biasanya macam tu kan...He he he.

Isu 1.5 juta Bangla ni pun sampai kita lupa...kasihanlah dengan pelajar2 sekolah pondok yang terbakar. Nasib mereka juga harus dibela dan dijaga kerana mereka belajar agama untuk disampaikan pada kita semua. Harap semua pihak jangan terlepas pandang...!!

Mengetepikan masalah psikologi rakyat Malaysia, hakikatnya majoriti nitizen terutamanya yang giat memberikan ulasan dengan lagak pakar dan profesional berkenaan tenaga kerja dan bina upaya negara adalah dari golongan yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap mahu pun sepenuh masa. Ramai antara nitizen yang aktif bermedia sosial sebenarnya golongan yang terlibat mengisi kekosongan pekerjaan daripada kategori 3D - Difficult, Dangerous dan Dirty...sebenarnya mereka hanyalah daripada golongan 3L - Lazy, Lame dan Looser.

Ini bukan GR yang cakap tapi memang ada golongan seperti ini...Tun M pun cakap perkara yang sama, jangan pula kita lupa yer.. Jangan salahkan Bangla jika ada orang Bangla yang melanggar undang-undang ketika berada di Malaysia. Jangan sesekali menyalahkan negara Bangla apabila rakyatnya yang berada di sini buat salah.

Pendek kata, mohon elakkan memukul rata apabila berbicara akan sesuatu itu, lebih-lebih lagi perihal sesama manusia. Soal perbuatan jahat, bukan rakyat Bangla sahaja yang menjadi pesalah tegar, rakyat bangsa lain juga kerap dituduh, ditangkap dan didakwa kerana melakukan jenayah. Malah rakyat Malaysia juga ada yang bersifat binatang bila nafsu menguasai diri mereka. Dalam hal ini siapa yang harus dipersalahkan..?? Menteri juga ker???

GR harap, kemarahan kita untuk isu ini tidak disalurkan atau dimanifestasikan kepada pekerja Bangla saja yang kita jumpa di stesyen minyak, kedai mamak, kilang2 dan tempat lain. Hormatilah mereka sebaiknya, mereka juga ciptaan Tuhan sama seperti kita semua.

Kepada majikan2 pula jangan duduk diam saja, kalau pekerja asing tidak mereka minta...adakah mereka setuju dan berani untuk rakyat Malaysia bekerja dalam sektor perniagaan mereka. GR yakin masih ramai rakyat Malaysia yang tidak memilih kerja...pada mereka mencari rezeki yang halal itu ada di mana2...yang penting keberkatan demi menyara keluarga dan diri mereka.


GR kata: Hebatnya orang kita...sampai Bangla popular seluruh dunia. Pergi luar negara pun ada juga muka hangpa semua. He he he...

Friday, February 12, 2016

Rakyat Malaysia Marah Kemasukan Pekerja Bangladesh Ke Malaysia..??


Berdasarkan gambar yang dikongsikan nie...Ada tak rakyat Malaysia yang sanggup bekerja dengan risiko sebegini?? Ada tak rakyat Malaysia yang berani dan mampu kerja seperti ini dan sewaktu dengannya..??









GR kata: Pada yang sibuk cakap banyak tu...entah2 pekerja dia pun ramai Bangla!!

Monday, December 7, 2015

PERHIMPUNAN AGUNG #UMNO2015 ESOK, APA SEBENARNYA YANG KITA INGINKAN??


Esok bermulanya Perhimpunan Agong UMNO 2015..ada yang mengatakan ini adalah perhimpunan yang terakhir untuk semua orang-orang UMNO. Maksudnya sebagai parti yang memerintah Kerajaan pada masa ini. Adakah ianya benar atau khayalan semata-mata?

Melihat senario politik negara sekarang, memang amat memeningkan kepala kita. Sehingga ada yang berkata, adakah parti politik negara kita ini sibuk dengan agenda mereka saja...baik yang memerintah mahupun sebagai pembangkang. Apakah agenda yang mereka bawakan hanyalah untuk menyedapkan telinga kita sebagai rakyat untuk terus memberikan sokongan pada mereka atau pun terus berasa benci kepada diri kita yang sebagai pemimpin.

Adakah pemimpin-pemimpin di atas sana memikirkan atau terdetik sedikit dalam diri mereka apa sebenarnya yang rakyat mahukan..!!

Melihat senario sekarang juga, nampaknya ada pihak lain yang tak perlu nak 'KERJA KERAS' untuk memenangi hati rakyat. Mereka hanya perlu 'TAMBAH GARAM' sedikit dan cuit mana yang perlu saja...sebabnya mungkin ada pihak lain yang lebih gemar atau pengalaman untuk menjatuhkan bangsanya sendiri.

Tagline yang biasa kita dengar..."BERJUANG UNTUK RAKYAT", "BERJUANG DEMI RAKYAT", "NASIB RAKYAT AKAN TERUS DIBELA".... adakah ini hanya keluar dimulut saja atau perjuangan yang ikhlas. Jika mereka ini faham maksud ikhlas...mereka lebih tahu caranya bagaimana bukan..??

Untuk pemimpin semua, masyarakat sekarang tak mahu cakap banyak dah. Mereka hanya mahukan kehidupan yang terjamin untuk mereka. Pemimpin atasan pula, sudah-sudahlah berebutkan jawatan itu ini semua...kesimpulannya apa yang anda cakap hanya untuk sedapkan hati saja.

Pada penasihat-penasihat pemimpin pula, buatlah kerja dengan amanah. Jangan hentam kromo saja...bagi report tu bagilah keadaan yang sebenar, JANGANLAH ASYIK YES SIR SAJE!! Nak sedapkan pungkok boss hangpa jer. Pemimpin pula ambillah kisah dari semua sumber!!

Harap perhimpunan kali ini ader hasilnya dibawa untuk perubahan...selesaikan apa yang patut tak perlu ditambah garam lagi. Tak manis Melayu sama Melayu bermasam muka sama sendiri...yang untungnya siapa..???


GR kata: UMNO...semua nak tunjuk hero jer!!

Wednesday, December 2, 2015

Orang #UMNO Kata, Tunggulah Nanti PRU14...??


SEMASA bertemu santai dengan beberapa orang UMNO di peringkat cawan-gan dan bahagian di sebuah negeri beberapa hari lalu, penulis tersentak seketika. Kata mereka, sebilangan cawangan dan bahagian memandang serius dan peka dengan apa yang menyelubungi UMNO waktu ini. Cuma, masing-masing tidak mahu cakap apa yang terbuku di hati. Positif atau negatif. Hanya ayat ini yang keluar: “Kita tunggu pilihan raya umumlah.”

Penulis tidak mahu menghakimi hati mereka. Tetapi kalau ada terlintas unsur atau perasaan tidak senang hati, pucuk pimpinan parti jangan pula tidak ambil berat. Mesti prihatin dan sensitif dengan keadaan di sekeliling. Sejarah UMNO membuktikan protes yang ditunjukkan andai ada dalam kalangan anggota parti, apalagi Barisan Nasional (BN) sendiri, UMNO tidak boleh pandang mudah dengan impaknya.

Imbas kembali bagaimana insiden Tan Sri Shahrir Abdul Samad dipecat pada sekitar 80-an dalam siri peristiwa yang membawa kepada Krisis Perlembagaan 1988 dan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li terhadap Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad masa itu. Pada 1988, Shahrir meletakkan jawatan daripada kerusi Parlimen Johor Bahru dan kemudian mencalonkan dirinya untuk dilantik semula sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen berkenaan. Shahrir menang.

Renungi pula bagaimana Ku Li bergandingan dengan Pas menerusi Parti Melayu Semangat 46 (S46) setelah UMNO diharamkan yang kemudian dihidupkan balik dengan UMNO (Baharu). Akibat ‘tindakan’ Shahrir dan Ku Li itu, UMNO terlepas Kelantan pada 1990 yang kini sudah 25 tahun hilang daripada genggaman.

Pada 1998, apabila Dr. Mahathir tidak sebulu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah timbalannya itu terbabit dalam ‘gelagat hidup yang aneh’, UMNO dan BN secara berperingkat-peringkat terlepas sokongan pengundi Cina pada 2008, meskipun 2004 mencatat keputusan pilihan raya paling popular buat BN.

Kesan tidak puas hati dalam parti, mengambil masa lama untuk sembuh. UMNO mesti belajar daripada pengalaman lepas supaya menjadi panduan untuk gerak kerjanya yang kompetitif. Ahli UMNO sekarang berjumlah 3.4 juta orang. Kata orang UMNO, parti keramat ini Insya-Allah boleh mengekalkan mandat rakyat pada 2018 nanti.

Namun, penulis tidaklah menafikan rumusan ini tetapi paling utama parti mesti bekerja keras dari sekarang. Keahlian 3.4 juta semata-mata tidak cukup untuk berdepan 14 juta pengundi berdaftar. Ini terutama sekali dengan pengundi atas pagar. Ahli parti perlu berkorban apa sahaja. Biar berdentum di hati haba perjuangannya.

Realitinya, sentimen masyarakat ketika ini bersandarkan tiga faktor iaitu berkisar ke mana wang rakyat dibelanjakan, persepsi umum terhadap kadar rasuah yang tinggi dan kos sara hidup.

Persepsi rasuah berkubang ini perlu diperbetulkan manakala dengan caj cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus dikenakan dalam keadaan gaji pula tidak naik, maka sudah tentu kehidupan yang dijalani memeritkan. Demikian juga pembiayaan perubatan seperti harga ubat yang semakin mahal dan caj hospital swasta yang tinggi, mewujudkan rasa tidak puas hati yang berbekam. Hal ini juga perlu diambil perhatian oleh perwakilan-perwakilan yang akan memenuhkan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 8 hingga 12 Disember nanti.

Perlihatkanlah rasa rendah diri, penampilan sederhana berteraskan amalan wasatiyyah. Hayati, selami dan hargai denyutan hati rakyat.

Orang UMNO mesti akur bahawa era ini milik orang muda. Dalam era digital, siber atau langit terbuka tanpa sempadan, pendekatan gerak kerja parti yang diambil perlu dinamik. Senario politik kini berbeza, bukan macam tahun 80-an dan 90-an. Rakyat ingin melihat tadbir urus yang baik, ketelusan dan integriti.

Mereka melihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai tiang seri negara. Kalau salah satu tumbang, sengetlah rumah kita. Mereka, orang muda yang balik setelah tamat pengajian dari seberang laut, antara golongan yang menjadi faktor penentu kemenangan. Mereka balik ke kampung masing-masing bercerita mengenai masa depan yang diimpikan, seterusnya mempengaruhi orang tua dan masyarakat sekeliling untuk menempatkan calon parti mana atas kertas undi.

UMNO yang membawa panji-panji BN tidak boleh lagi terlalu bergantung kepada politik pembangunan. Boleh, tapi ini bukan lagi formula mujarab. Memang diakui politik pembangunan yang dibawa BN sejak sekian lama telah terbukti penghasilannya. Sebagai contoh di Telang Usan, Sarawak sejak 10 tahun lalu pelbagai perancangan pembangunan telah, sedang dan terus dilaksanakan seperti pembinaan jambatan di Long Lama, jalan raya yang baharu dan dinaik taraf serta pembangunan infrastruktur yang lain seperti pembangunan elektrik dan air.

Cuma boleh dibuat ‘post mortem’ politik pembangunan ini. Se-perti mana kita semua maklum dan bukan rahsia lagi, baharu sahaja diumumkan beberapa juta ringgit untuk sekolah-sekolah Cina semasa pilihan raya kecil atau mana-mana pilihan umum, namun masih tidak menjamin sokongan daripada kaum Cina.

Perlu dipertingkat dan ditambah nilai strategi mendapatkan sokongan daripada komuniti bandar. Perlu difahami mengenai masyarakat yang sedemikian kompleks yang tidak lagi bergantung kepada politik pembangunan atau politik meluluskan peruntukan kerajaan. Ya, memang rumah, pendidikan dan perubatan diperlukan dalam bandar dan luar bandar, tetapi semua peruntukan ini perlu diiringi dengan gerak kerja tersusun dan penjelasan yang baik.

Golongan muda diyakini bukanlah antikerajaan berdasarkan respon yang diterima dalam akaun Facebook Perdana Menteri dengan ratusan ribu peminat dan akaun Twitter #tanyaNajib, yang antara akaun paling aktif dalam dunia blog mikro dalam jangka masa singkat.

Kisah Kabinet Malaysia hakikatnya banyak berpaut kepada kisah UMNO kerana kepimpinan Kabinet disediakan oleh UMNO. Perkara ini mempunyai alasan yang mudah ke-rana UMNO membekalkan jumlah bilangan besar dalam keahlian Dewan Rakyat. Untuk memiliki Kabinet, perlulah menewaskan UMNO.

Oleh itu, selagi UMNO mengekalkan status-quo kekuatan dan pengaruhnya yang sekali gus menikmati sokongan popular orang Melayu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan melainkan untuk melantik seorang Presiden UMNO untuk mengetuai Kabinet sebagai Perdana Menteri. Proses muhasabah dan transformasi politik, kerjasama dan sokongan ahli parti menjadi satu kekuatan untuk UMNO yang perlu diambil kira.

Kurangkan menguar-uarkan elemen ‘anda termakan budi’ apabila berdepan dengan rakyat. Isu rakyat perlu ditampilkan untuk diteliti dan diselesaikan.

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.

Monday, September 21, 2015

1000 CINA KOYAK PASSPORT DIBAWA PULANG KE #MALAYSIA? @Zahid_Hamidi LEMBUT TENGKUK PADA DAP? #BOC


Isu BOC Koyak Pasport sekumpulan rakyat Cina yang mahukan kembali kerakyatan Malaysia dipanaskan kembali.

Isu ini BASI! Benda yang basi jika dipanaskan kembali akan menjadi bertambah busuk, apatah lagi dengan niat untuk membusukkan persepsi terhadap seseorang.

Ini kerja golongan yang mahukan publisiti murahan yang sudah habis modal maka cerita basi terpaksalah dikitar semula dengan ditambah garam kononya ianya menjadi lebih 'Sedap'.

Isu ini telah pun dijawab oleh Menteri Dalam Negeri pada tahun lepas, boleh baca KLIK DI SINI.

Tuduhan kononnya Zahid Hamidi memberikan kerakyataan kepada 500-1000 orang pemegang pasport British Overseas Citizen (BOC) adalah tidak benar.

Persoalannya kenapa penyokong kerajaan sendiri yang terus mempercayai psywar yang dimainkan oleh pembangkang. Bukankah kita semua tahu mereka ini semua KAKI PUTAR ALAM. Dah boss mereka perangai 2x5...takkan kita pun boleh ikut sama...yer tak??

Di sini GR rungkaikan kembali analisis terhadap tuduhan yang dilemparkan pada DS Zahid Hamidi seperti di bawah:

ANALISIS TUDUHAN TERHADAP ZAHID HAMIDI MEMBERI KERAKYATAN KEPADA PEMEGANG PASSPORT BRITISH OVERSEAS CITIZEN (BOC)


1. Minggu ini, rakyat Malaysia terperanjat apabila akhbar Utusan melaporkan betapa mudahnya kerajaan Malaysia memberi kerakyatan semula kepada kumpulan yang telah melucutkan kewarganegaraan mereka sendiri pada tahun 2003, 11 tahun lalu.

2. Sebenarnya isu ini bermula daripada soalan lisan Ahli Parlimen Tanjong, Tuan Ng Wei Aik adalah seperti berikut;

Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha yang telah diambil sama ada oleh Kerajaan Malaysia atau pun Kerajaan British bagi memastikan rakyat Malaysia yang merupakan British Overseas Citizen (BOC) dan telah melepaskan tanpa sengaja atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia tidak menghadapi masalah untuk kembali ke Malaysia?

3. Jika kita perhatikan dengan teliti, pemimpin DAP ini telah berbohong secara terbuka di dalam soalan tersebut yang menyatakan 'melepaskan kewarganegaraan tanpa sengaja' sedangkan seluruh Malaysia mengetahui tragedi di mana 1,000 rakyat cina Malaysia dengan angkuh mengoyakkan passport mereka untuk mengumumkan bahawa mereka tidak mahu menjadi rakyat Malaysia.

4. Kumpulan ini terbang ke United Kingdom dengan harapan agar menjadi rakyat tetap England. Akhirnya, kumpulan ini menjadi pendatang haram di United Kingdom dan bekerja sebagai pencuci pinggan. Kumpulan ini meminta agar kerajaan Malaysia mengembalikan kerakyatan mereka di Malaysia melalui saluran DAP.

5. Sekarang adakah kita sudah jelas mengapa pemimpin DAP bertanyakan soalan tersebut di Dewan Rakyat dengan fakta yang tidak benar. Jawapan Menteri Dalam Negeri amatlah tegas dan konsisten yang selari dengan perundangan negara. Namun jawapan tersebut telah disalah ertikan serta di manipulasikan, kononnya kumpulan tersebut diberi taraf kewarganegaraan.

6. Ini mungkin angan angan atau mimpi kumpulan tersebut yang mengharapkan jawapan dan keputusan kerajaan seperti yang mereka inginkan.

7. Sebenarnya Menteri Dalam Negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memberi kerakyatan kepada pemegang passport BOC. Berdasarkan laporan, hanya tiga (3) orang pemegang pasport BOC telah diterima pulang oleh Kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga mereka ini dikeluarkan dengan kemudahan Pass Residen dan bukan taraf kerakyatan. Jumlah yang didakwa seramai 1000 orang seperti dilaporkan dalam media adalah tidak benar.

8. Kita perlu faham dan jelas bahawa pengeluaran Pass Residen kepada pemegang passport BOC sama sekali tidak bermaksud mereka diberikan taraf kewarganegaraan. Berdasarkan kepada model permohonan kewarganegaraan, seseorang bekas warganegara memerlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan semula taraf kewarganegaraan Malaysia. Tempoh yang ditetapkan ini adalah intipati penting dalam menguruskan kepulangan bekas warganegara bagi memastikan mereka menumpahkan taat setia kepada negara ini dan tidak sewenang-wenangnya mengulangi lagi perbuatan melepaskan kewarganegaraan seperti yang dilakukan sebelum ini.

9.  Berdasarkan pendedahan ini, rakyat Malaysia diharap lebih tersuluh dengan permainan manipulasi DAP yang memperjuangkan agenda kumpulan stateless tersebut. Kita harus yakin tidak mungkin Zahid Hamidi mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.

10.  Pandangan GR, keputusan kerajaan untuk memberikan Pass Residen adalah wajar kerana Pemegang Pass Residen tidak ada hak untuk mengundi di dalam Pilihanraya. Hujah ini menempelak tuduhan fitnah kononnya Zahid Hamidi membenarkan kumpulan tersebut mengundi dalam PRU 14.

11.  GR yakin dan percaya, kewibaan Zahid Hamidi sebagai seorang bakal pemimpin tertinggi masih relevan dan didambakan oleh rakyat terbanyak. Oleh kerana personalitinya yang hebat, bersamalah kita mempertahankannya dari serangan musuh-musuh politik.


GR kata: Menteri Dalam Negeri orangnya tegas...bukan jenis lembut tengkuk naaaa!!

Friday, September 4, 2015

TERHANGAT DI PASARAN! MODEL TERKINI MESIN #VAPOR UNTUK ANDA SEMUA! #malaysia


Pasti korang semua tercari-cari apakah model terkini rokok elektronik (vapor) yang hangat di pasaran sekarang ini..

Bukannya apa, vapor sekarang telah pun kembali ke zaman era kegemilangannya seperti beberapa tahun yang sudah. Yang mesti minat golongan muda sekarang adalah mereka akan mencari dan mengumpul mesin-mesin vapor yang baru untuk koleksi mereka.

Malah ada dikalangan mereka yang membuat komuniti untuk golongan vapor ini. Syabas GR ucapakan kerana vapor dan perisa-perisanya telah menaikkan sumber pendapatan masyarakat khususnya bangsa Melayu.

Jom GR kongsikan model-model terkini untuk tatapan korang semua:

Model seperti gambar di atas ialah:

Dovpo Guardian 1.5 : RM330
→ Free 2pcs Battery LG
→ Temperature Control

Please Like Facebook Rokok Elektronik & E-Liquid
Booth di Kampung Baru,KL
(Dalam Gerai Makan Di Belakang Quill City Mall,Jalan Sultan Ismail)
12pm-1am
012-2403220
013-6444913 Postage Available






▶ Sigelei 75w Temperature Control
+ Kayfun Monster : RM380
+ Goliath : RM410
+ Goblin mini : RM400
+ Lemo 2 : RM410
→ Free Battery LG
→ Free Skin

Korang nak tengok lagi stock-stock baru pergi page FB nie yer... KLIK DI SINI


GR kata: Mesin power..asap banyak. Layan woooo!!

Thursday, August 27, 2015

#RinggitMalaysiaJatuh SIAPA YANG SALAH ATAU KITA YANG TAK FAHAM?? #Bersih4


Yang bodoh terus diperbodohkan oleh pembodoh sebab tak tau fakta atau tak tau di dunia ini ada lagi negara lain selain Malaysia yang juga mengalami susut nilai matawangnya...

Yang budak2 tu tak la pelik sangat sebab mereka tak tau sejarah tapi yang tua bangka dah senja yang hidup cuma menongkat langit bukan tak tau sejarah tapi jadi penghasut dengan fakta2 sampah.....

Tetapi bagi yang berpijak di bumi nyata berfikiran waras dan bernas seperti ini....

Hari ini, nilai Ringgit adalah RM4.00 bagi satu dolar. Apabila saya membuka akaun Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di Facebook menghentam kerajaan berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia.

Berdasarkan penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman sosial tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap Malaysia akan musnah esok.

Dalam masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia menjalani transformasi menjadi pakar perlembagaan, penganalisis dan kini pakar ekonomi pula.

Ada juga yang menyalahkan Kerajaan dan parti yang memerintah sekarang. Terdapat satu kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat yang gemar berkata ‘negara lain adalah lebih baik kerana UMNO tiada di Negara mereka'..Pandai kan depa nie..otak tahap George Soros. Hi hi hi

Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang fakta bahawa :

• Russian Roubles hilang 114 peratus berbanding dolar AS
• Indonesian Rupian hilang 51 peratus berbanding dolar AS
• Indian Rupees hilang 38 peratus berbanding dolar AS
• Norwegian Krone hilang 37 peratus berbanding dolar AS
• Australian Dollars hilang 24 peratus berbanding dolar AS
• Euro hilang 20 peratus berbanding dolar AS
• Thai Baht hilang 10 peratus berbanding dolar AS

Adakah sayaperlu teruskan?

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ini adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada US$70-80 setong. beberapa tahun yang lalu dan kini ianya jatuh kepada US$50 setong.

Bukan AS sahaja rakan niaga kita dan prestasi Ringgit kita tidak diukur berbanding dolar AS sahaja.

Apabila kita lihat pada Ringgit:

• kita lebih kukuh berbanding Dolar Kanada (2%)
• kita lebih kukuh berbanding Rupee India (10%)
• kita lebih kukuh berbanding Yen Jepun (14%)
• kita lebih kukuh berbanding Rupiah Indonesia (18%)

Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh.
Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir dengan 20%?

Sesetengah dari kita cepat untuk memberi berita negatif dan cepat mengulas seperti seorang pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini. Malangnya, tiada di antara kita yang merujuk kepada tahun 1998.

Ramai yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7 Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88).

Mungkin mereka yang rancak menghentam mengenai keadaan ekonomi kita di Facebook kini masih di bangku sekolah ketika itu. Sudah pasti mereka tidak tahu apa yang berlaku pada tahun 1998, zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Dulu :

a) Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan
b) Isi rumah yang membebankan
b) kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus
c) Kadar inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi.

Sesiapa yang meragui bahawa kadar inflasi 2-3% hari ini adalah benar dan merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba terapkan pemikiran yang sama untuk tahun 1998-1999.

Ya pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12%. Itulah yang berlaku pada masa itu. Anda boleh mengatakan ia adalah sejarah lalu dan anda boleh terus menyalahkan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan untuk kejatuhan hari ini.

Tetapi di masa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda di Facebook atau Twitter, tanya diri sendiri, adakah penurunan nilai Ringgit memberi kesan kepada anda?

1. Adakah anda membeli-belah dalam talian daripada laman web Amerika Syarikat?
2. Adakah anda merancang untuk terbang ke Amerika Syarikat untuk bercuti?
3. Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat?
4. Adakah anda mengimport barang yang akan dijual semula di Malaysia?
5. Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk digunakan di sini?
6. Adakah anda sama sekali menggunakan dolar AS dalam kehidupan harian anda?

Kerana, hanya jika anda menjawab ya kepada perkara di atas, barulah anda akan terjejas. Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji anda masih dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dolar Amerika.

Pastinya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa destinasi lain.

Kepada yang menjadi pakar ekonomi segera tu..adakah mereka ini selalu membeli barang buatan US dan negara2 Europe? Bukankah barangan negara kita sendiri lebih baik dan teruskan membeli kerana ia juga dapat meningkatkan pendapatan negara kita sendiri.

Dari aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan, kita wajar menarik nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan "Stabil" kepada Malaysia.

Hakikat sebenar, tiada seorang pun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka tahayul ini mewar-warkan perkara yang belum pasti...Hakikatnya masyarakat sekarang lebih percayakan KEYBOARD WARRIOR dari mencari sendiri fakta yang sebenar.


GR kata: Taikun-taikun Cina duk pening kepala sekarang nie...padan la muka hangpa!!


Wednesday, August 26, 2015

HISAP VAPOR HARAM ATAU MENGUNTUNGKAN..?? #VaporMalaysia

 


Akhir-akhir ini timbul kembali rokok elektronik (vapor) dikalangan rakyat Malaysia. Ada yang mengatakan rokok elektronik ini baik dari pelbagai sudut dan ada juga yang kata sebaliknya...faham-faham jelah.

Kebaikan yang GR lihat rokok elektronik ini dapat menjana pendapat sampingan dikalangan masyarakat khususnya bangsa Melayu. Alhamdulillah bangsa Melayu telah pun monopoli perniagaan ini yang pada dahulunya telah 'DIHARAMKAN' sementara oleh pihak Kerajaan. Hi hi hi...

Kementerian Kesihatan melalui jawatankuasa teknikal sedang mengumpulkan data (klik di sini) dan kemudian akan membuat keputusan samada mengharamkan vaporiser atau tidak. Sekarang Majlis Agama Islam telah mengeluarkan fatwa vapor ini adalah haram (klik di sini)...Korang fikirlah sendiri yer....


Seperti diketahui ramai, vaporiser  tidak dicukai oleh kerajaan dan tentunya penggunaan alat itu  tidak mendatangkan keuntungan kepada negara berbanding rokok.

Apapun,  perhatikan catatan dipaparkan di kotak rokok di bawah:


Amat pelik, rokok mengandungi LEBIH 4,000 bahan DISAHKAN berbahaya kepada kesihatan tetapi tidak pula  diharamkan penjualannya.

Justeru jika kajian jawatankuasa terbabit mendapati sisha dan vaporiser memudaratkan kesihatan,  terlebih dahulu haramkan penjualan rokok di Malaysia secara total. Biar paru-paru setiap perokok tidak terus dicemari dan mereka di sekeliling  menjadi  secondary smokers selama ini berasa lebih lega. Pada masa sama, tiada puntung rokok bersepah dan baju juga tidak berlubang akibat terbakar.

Pihak berkuasa harus memastikan pelbagai jenama rokok diseludup dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia tidak terus dilambakkan di Malaysia. Jika inginkan BUKTI, rasanya pihak berkuasa lebih mahir dalam bab penyeludupan. GR percaya, ramai pembaca blog ini sudi menghulurkan kerjasama....betul tak??

Janganlah disebabkan tak boleh kutip cukai semua benda dijatuhkan 'HARAM'....jangan asyik dengar cakap orang luar...tak salahkan tengok bangsa Melayu jadi kaya dalam perniagaan ini asalkan mereka cari rezeki halal tak tidak langgar undang-undang.


GR kata: Jual flavor vapor sampai buka kedai di Europe...hebat anak Melayu. Caiyok caiyokkkk!!

Wednesday, July 29, 2015

Sejarah Politik @Zahid_Hamidi! #DSZH

YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1986.

Beliau menjadi ahli parlimen setelah memenangi kerusi Parlimen Bagan Datoh pada 1995 dan dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 1996.

Setelah memenangi kerusi Parlimen Bagan Datoh selama tiga penggal berturut-turut, Ahmad Zahid dilantik sebagai timbalan menteri perlancongan pada 2004 dan selepas itu rezeki beliau dilantik menteri di JPM.

Beliau mengekalkan kedudukan di Bagan Datoh selepas Piliharaya Umum ke-12 pada 2008.

Ahmad Zahid seterusnya diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan pada 2009.

Selepas Piliharaya Umum ke-13 pada 2013, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.


GR kata: Sape sangka anak jawa jadi orang no.2 dlm negara. Bangga jadi anak jawa...

Sent from Samsung Mobile

Thursday, May 28, 2015

AGENDA #1MDB SEMAKIN MENGARUT! CUBA KAITKAN @imigresenmy PULA! @KDNPUTRAJAYA @NajibRazak @Suara_generasi


Di manakah penghujungnya cerita kemelut 1MDB ini? Semakin hari timbul pelbagai cerita yang ada kala masuk akal...ada kalanya merepek. Siapa yang perlu dipersalahkan? Siapakah yang berana dipihak yang benar? Ingat....rakyat sentiasa melihat, mendengar dan menilai...jangan sampai 'DIHUKUM' suatu hari nanti baru nak sedar.

Apa yang GR lihat mengenai isu ini, pihak Kerajaan harus selesainya dengan secepat mungkin. Perlu tegas dalam menyelesaikan perkara ini agar ianya tidak menjadi semakin parah dan terus bernanah diminda masyarakat.

Perlu ada pendirian yang tegas dan tetap jangan asyik dengar cakap penasihat...mereka hanya mahukan keuntungan diri sendiri bukan ada fikir pasal rakyat pun.

Ketika dan saat ini ada pihak yang hanya menjadi kesempatan untuk meraih 'KEMENANGAN' mereka disebabkan tingkah laku kita yang mana masih EGO dengan sikap diri kita sendiri. Ini termasuk dengan poster kenyataan Ketua Pengarah Imigresen seperti di atas.

Kepada pihak yang cuba untuk meraih simpati...GR ingin bertanyakan kepada Sarawak Post, di manakah anda terima kenyataan KP JIM ini? Perlukah untuk popular dengan memberikan maklumat kepada masyarakat dengan MEMFITNAH. Perlukah menjadi seperti Malaysiakini dan sebagainya untuk popular. Lu orang fikir sendirilah yer.

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Nampaknya teknologi grafik sekali lagi digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk memfitnah Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy apabila dikatakan tidak pun pergi ke luar negara untuk urusan. 
Grafik dihasilkan seperti seolah-olah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim yang mengatakan tiada rekod Arul Kanda keluar dari Malaysia. Kejadian dikatakan berlaku dari 23 Mei hingga semalam.
Pihak Imigresen sudah pun menafikan dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa. 
Gambar kenyataan fitnah ini disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di laman sosial untuk mewujudkan persepsi bahawa Arul Kanda menipu dan sebenarnya memang enggan menghadiri inkuiri Jawatan Kuasa Kira-KiraWANG Negara (PAC) pada semalam.
Beliau telah dipanggil oleh PAC bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibraim untuk menjawab beberapa pertanyaan dan kontroversi berkaitan syarikat itu.
Bagaimanapun, mereka telah memohon agar pertemuan awal itu ditangguhkan berikutan ada tugasan di luar negara.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pada mulanya memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengatakan beliau mengarahkan Arul Kanda dan Shahrol tidak menghadiri inkuiri itu.
Bagi pihak kedua-duanya, mereka sudah bersetuju untuk menghadiri inkuiri itu dan berdepan dengan anggota PAC dan menjawab segala persoalan berkaitan syarikat 1MDB itu.

Kepada mereka-mereka yang berkenaan...Kenapa terus terperangkap dengan tekanan... Kenapa kita tidak mahu mencari jalan penyelesaian...?

Kepada pemimpin jangan terlalu EGO! Jangan terlalu Taksub! Cuba lenturkan sedikit keegoan dengan mendengar rintihan rakyat... Kita faham jasa dan sumbangan BN kepada rakyat, namun, isu yang timbul ketika ini perlu diselesaikan segera dengan jiwa dan hati yang besar!


Maksud ayat Al-Quran, surah Al-Hujurat ayat 10 maksudnya:

"Sebenarnya orang2 yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T supaya kamu beroleh rahmat."


GR kata: Dah kawen, hal gaduh laki bini simpan elok2 lah yer. Yang sweet2 pelik2 tu simpan lah yer. Nie semua nak up kt media sosial ape citer beb..?? Korang tak pi 'Kursus Kawen' ka..??

Saturday, May 23, 2015

Di manakah Sikap Kita Sebagai Pejuang Untuk Agama, Bangsa dan Negara? #1MDB #UMNO


Sebenarnya apa yg berlaku ini adalah lebih kepada isu yg berkait rapat tentang tahap kerahsiaan sesama sendiri dan integriri pada attitude seseorg. GR lg risau, apa yg kita bincang di printscreen kan, itu yang paling risau sebenarnya.

Samalah dengan apa yang berlaku pada video ini. Ada org dalam UMNO yang tidak bertanggungjawab telah sharekan benda ini untuk pengetahuan umum melalui media sosial, group whatsapp dan juga telegram.

Apa yang GR lihat sebaran lebih dibuat melalui group yg membolehkan tersebarnya video dirakam oleh si perakam tersebut.

Mesyuarat MT pun bocor..mesyuarat kerajaan pun bocor..PMO pun bocor..siap embargo apa bagai..pun bocor..tgh hari ni nak bentang bajet..semalam dah bocor..ini mmg dah jadi budaya sebenarnya..tiada lagi kerahsiaan baik dalam parti baik dalam institusi kerajaan..baik dalam institusi berkanun..baik dalam intitusi keselamatan..baik dalam institusi pendidikan..dan semuanya boleh bocor..

Kuasa Allah tidak mampu di atasi oleh kuasa manusia..

Siapa kita yang hanya mampu merancang dan mengawasinya..sebaik2 perancang dan sebaik2 pengawasan hanyalah milikNYA.

GR jelaskan di sini..apa yg berlaku ni salah tetap salah..kerana melanggar etika dan adab dlm dewan kursus. Tetapi..si perakam ini menyebarkan video ke mana? Dan adakah si perakam ini sendiri yg mengupload video rakaman beliau di Youtube??

Adakah si perakam membayar si empunya akaun channel youtube utk mengupload dan mensensasikannya???

Atau ada dikalangan ahli group atau sahabat2 si perakam yg berbuat sedemikian??? atau handphone si perakam hilang???

GR ingin bagi gambaran untuk mengajak sahabat2 berfikir wajib kita pertahankan kerana platform ini berlaku ketika dan di program KERIS2314 yg mana program ini di bawah seliaan DS Zahid Hamidi.

Sedangkan DS Zahid Hamidi sentiasa berpesan..jangan jadikan KERIS2314 sebagai gelanggang untuk bertikam lidah..sebagai gelanggang melagakan2..kerana paksinya KERIS2314 ini sangat murni tujuannya.

Adalah untuk menyatukan dan memberi semangat dan membina kekuatan ahli UMNO untuk bersama2 menaikkan semula juang bekerjasama dalam merealisasikan kemenangan 2/3 BN pada PRU ke 14.

Tidak sama sekali untuk bertujuan melagakan pemimpin UMNO. Jauh sekali untuk kekuatan peribadi dalam PARTI.

Apa yang diucapkan dalam video tersebut telah pun berlalu dan tak perlu menjadi tambah garam untuk jadi sedap.

Yang penting selesaikan isu yang menjadi tanda tanya rakyat...Yang penting duit tu pergi mana?? Jawapan dari Board of Directorlah yang penting...jangan sibuk makan gaji buta dan lari dari masalah. 

Pihak kerajaan kena tegas...pemimpin jangan pula mudah percaya cakap punahsihat2 nie. Orang ramai datang program angkat sepanduk tinggi2, bukannya tanda sokongan..itu semua HIPOKRIT!!

Fikir-fikirkan lah.....

Jika Melayu itu bijak, mereka akan bersatu.

"Orang Islam perlu memperbaiki perselisihan sesama mereka dan setelah berdamai perpaduan itu diharapkan dapat berkekalan. Inilah satu2nya senjata yg boleh menguatkan kedudukan org Islam & org Melayu".


GR kata: Orang yg kata dia buat program terbaik tak der bocor, poyo jer. Hasil kerja macam tu jugak! Habuk pun tak der...


Sent from Samsung Mobile

Thursday, May 7, 2015

RAMAI PENYOKONG POLITIK JENIS PENGECUT! #PRKPermatangPauh

Sehingga sekarang proses pengundian PRK Permatang Pauh sedang berjalan. Paling sedihnya ada pihak yang cuba menghalang pengundi2 supaya takut untuk tunaikan tanggungjawab mereka.

Mereka cuba timbulkan provokasi di beberapa pusat mengundi, paling best kawasan yang bukan PDM juga mereka buat kacau.

Lihatlah gambar2 GR kongsikan, usah takut tunaikan tanggungjawab...keluarlah. Mereka yang menghalang ni PENAKUT sebab ade parti yang boikot depa.

Hangpa pikiaq sendiri naaa....


GR kata: Permatang Pauh makin ganas..!!

Sent from Samsung Mobile

Artikel pelbagai