Tuesday, February 18, 2014

TAHNIAH PASUKAN STING! SIAPA KATA POLIS TIDUR, TAK PANDAI BUAT KERJA? @PDRMsia @Zahid_Hamidi @KBAB51


Tahniah, terbaik GR ucapkan pada pasukan STING...baru saja ditubuh telah menunjukkan hasilnya yang sungguh baik. Rakyat berterima kasih pada pasukan Polis dan Menteri KDN, DS Zahid Hamidi di atas idea beliau lah gejala pengedaran dadah dan dibanteras dengan jayanya.

Ini menunjukkan kesungguhan KDN dalam menjaga keselamatan negara dan rakyat khususnya. Siapa kata menteri Zahid nie tidor yer?? Nampak sangat mereka ini buta.

Walhal tokan-tokan besar sekarang nie dah tak tentu arah sebab business mereka semakin hari tak boleh cari makan.

Gejala dadah ini dah lama di negara kita dan seharusnya semua pihak harus bekerjasama dengan pihak Polis demi memastikan gejala ini dapat dibendung.

Pasukan Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) melumpuhkan satu lagi sindiket dadah didalangi warga Iran selepas menyerbu sebuah makmal memproses syabu di Ampang Putra, di sini, semalam.

Berikutan itu, pasukan berkenaan menahan lima warga Iran dan dua rakyat tempatan dipercayai terbabit dengan kegiatan itu. Turut dirampas, kira-kira lima kilogram (kg) syabu kristal.Kejayaan STING dipuji

Kejayaan STING mendapat penghargaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial rasminya, Twitter, sejurus sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah yang berpusat di Ampang Putra itu tumpas.

“Syabas STING berjaya lagi tumpas sindiket pengedar syabu dari Iran. Tumpas juga makmal proses syabu di Ampang Putra.

“Lima warga Iran, dua orang tempatan dicekup, lebih lima kg syabu kristal dirampas. Kegiatan mereka di Cyberjaya, Ampang dan Sungai Besi ‘crippled’ (lumpuh),” katanya menerusi Twitter berkenaan.
Bagaimanapun, satu sidang media khas mengenai kejayaan ini akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, Selasa ini.

Khamis lalu, STING menumpaskan sindiket dadah jenis heroin yang didalangi ahli kumpulan kongsi gelap 36 di Batu Caves.

Dalam serbuan itu, dua lelaki ditahan dalam sebuah kondominium yang diubah suai menjadi makmal memproses dadah selain merampas heroin dianggarkan bernilai RM500,000.






GR kata: STING terbaik. Teruskan jangan kasi chan langsung!!

No comments:

Artikel pelbagai