PRU13 telah lama selesai, tapi masih ada pihak yang cuba untuk mencemari pilihan yang telah dibuat rakyat. Kenapa masih tidak boleh terima qada dan qadar yang telah Allah S.W.T tetapkan?
Apakah pilihan yang dibuat rakyat semuanya tak boleh diterima pakai? Adakah dengan semua memberikan untuk pada pakatan pembangkang, itulah yang dinamakan keadilan?
Berapa banyak kita lihat sekarang ini adalah musim kes yang melibatkan pempetisyen yang cuba menolak keputusan pilihanraya? Kenapa negeri-negeri yang dimenangi oleh pakatan pembangkang tidak mula mereka bising dengan keputusan yang dibuat oleh rakyat?
Setahu GR, dalam kes petisyen Bagan Datoh ini mana mungkin seorang individu atau beberapa kerat manusia mempertikaikan keputusan pilihanraya sedangkan yang membabitkan puluhan ribu orang. Adalah tidak adil jika keputusan pilihanraya dibatalkan hanya kerana protes dari seorang pengundi.
Pelikkan? Sedangkan kes ini telah pun disebut di Mahkamah Ipoh dengan keputusan yang sama BN kekal milik Bagan Datoh. Adakah ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan krebiliti DS Zahid Hamidi yang begitu komited dalam amanah yang dipertanggungjawabkan pada beliau?
Banyak kes petisyen pilihanraya tidak berjaya kerana bantahan yang dibuat amat lemah dan apatah lagi sesetangah pempetisyen sendiri ada yang dibayar oleh pihak pakatan pembangkang. Ada juga kes pempetisyen sendiri tidak tahu menahu apa yang dibantah.
Paling menarik pempetisyen sendiri seorang yang tak pernah turun padang setiap kali beliau bertanding di Bagan Datoh. Nak menang tapi tak buat kerja, macam mana rakyat nak bagi undi pada beliau...betul tak??
Tahniah GR ucapkan pada DS Zahid Hamidi di atas kemenangan hari ini. Kemenangan ini juga telah membuktikan pakatan pembangkang cuba MELACUR demokrasi yang kononnya mereka perjuangkan tapi ternyata mereka GAGAL.
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak selepas Mahkamah Pilihan Raya
membenarkan bantahan awal penyandangnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim membuat keputusan itu selepas membatalkan petisyen yang difailkan calon PKR, Madhi Hassan dan pengundi Azmi Sulaiman yang memohon keputusan pilihan raya umum ke-13 itu diisytiharkan batal dan tidak sah.
Mahkamah turut mengarahkan setiap pempetisyen membayar kos sebanyak RM25,000 kepada Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri.
Dalam penghakimannya, Hasnah berkata kedua-dua pempetisyen itu tidak mempunyai fakta yang mencukupi untuk menyokong dakwaan yang mengaitkan Ahmad Zahid terlibat dalam melakukan rasuah dan menyalahi undang-undang.
Beliau berkata mahkamah mendapati kedua-dua petisyen yang difailkan itu adalah bersifat pramatang, cacat dan tidak sah.
"Ahmad Zahid masih belum dinamakan sebagai calon pada 19 April tahun lepas, ketika dakwaan rasuah itu dibuat kerana apa juga yang berlaku sebelum penamaan calon tidak boleh dikaitkan dengan pemberian rasuah," katanya.
Hasnah berkata dakwaan Madhi bahawa Ahmad Zahid melakukan rasuah dengan memberikan wang tunai RM100 dan lima kampit beras dengan cetakan logo BN melalui seorang yang dikenali sebagai R. Supramaniam kepada seorang bernama Mustofa Saifudin yang merupakan pemilih berdaftar di kawasan itu, dilihat tidak mempunyai fakta yang mencukupi untuk menyokong dakwaan tersebut.
"Siapakah R. Supramaniam? "Adakah beliau ejen kepada responden (Ahmad Zahid). Tidak dinyatakan sama ada Supramaniam dilantik sebagai ejen untuk membuktikan dakwaan amalan rasuah itu," katanya.
Hasnah berkata mahkamah juga menyedari bahawa Supramaniam adalah calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang, Perak.
"Adalah penting untuk menjelaskan hubungan dengan Supramaniam dan sama ada Mustofa dipengaruhi oleh rasuah itu untuk mengundinya (Ahmad Zahid)," katanya.
Hasnah berkata rasuah adalah dakwaan serius yang perlu dibuktikan melampaui keraguan munasabah.
Mengenai dakwaan Azmi bahawa Ahmad Zahid telah melantik 24,000 petugas dengan bayaran wang tunai dan pemberian beras bagi bertugas di pilihan raya Bagan Datoh, katanya pempetisyen gagal mengenal pasti petugas yang dimaksudkan dan gagal menunjukkan hubungan antara petugas itu dengan Ahmad Zahid.
Sementara itu, Madhi, yang diwakili peguam Edmund Bon ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau dan Azmi akan berbincang dengan peguam mereka sama ada untuk membuat rayuan berhubung keputusan itu dan mereka mempunyai 14 hari untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak hadir pada prosiding hari ini dan diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Pada 23 Dis tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh dua pempetisyen itu diremit semula ke Mahkamah Pilihan Raya untuk mendengar merit kes itu selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan PKR.
PKR memfailkan rayuan itu di Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Ipoh menolak petisyen pilihan raya itu.
Ahmad Zahid memperoleh majoriti 2,108 undi mengalahkan Madhi pada pilihan raya umum lepas. - BERNAMA
GR kata: Mahdi kecoh-kecoh tapi diri sendiri kena tendang ke Manjong ape citer? Lagi mau duduk Bagan Datoh ka??
No comments:
Post a Comment