Sunday, December 29, 2013

BLOGGER PAKATAN HAPRAK @AmenoWorld JAWAB MACAM KANTOIKAN DIRI SENDIRI JER? #gulingkerajaan @rafiziramli @PDRMsia @razaliibrahim



Minggu nie GR lihat media sosial, media cetak dan juga TV sibuk dengan cerita pasal himpunan haram pada 31 Dec nanti. Yelah kan ada pihak yang tak puas hati katanya nak "Gulingkan Kerajaan".

Korang tengok dua statement yang telah dikeluarkan oleh Timb Menteri JPM dan juga pihak Polis. GR amik dari petikan blog penipu rakyat AmenoWorld sebabnya selalu gak baca blog budak nie.

Kenapa salah ker statement yang dikeluarkan oleh Dato Razali Ibrahim pada mahasiswa jangan join himpunan haram nie? Pertama sekali kita pun pernah jadi student kan...apa tugas utama student untuk berjaya dalam hidup? Mak bapak kita bagi kita belajar untuk apa? Dan apa sumbangan kita pada keluarga untuk bayar balik pada mereka. Jawapannya sendiri boleh tau kan!!

GR pun tengok gak berita TV3 tadi pasal himpunan haram 31 Dec nie. Kenapa salah ker Polis bagi sidang media macam tue? Nama pun tugas Polis ada prosedurnya, kalau semua benda nak terangkan dengan detail....hilanglah kerahsiaan dalam tugas Polis tu. Macam tu jugak dengan 'plan rahsia' penganjur nak langsungkan himpunan haram nie...betul tak?

Bukti yang Polis terima dikatakan macam main-main dan diperlekehkan. Kenapa kalau betul nak adakan himpunan haram perlu ker cuba untuk timbul kekecohan dengan alasan gulingkan kerajaan. Bukti yang cuba disampaikan oleh Polis itu mungkin cuma sedikit, kalau semua bukti nak ditunjukkan pada semua macam mana pula tugas Polis.

GR nak tanyalah, tugas Polis menjaga keselataman dan ketenteraman awam atau tugas Polis sama macam 'Polis Sendiri' yang Guang Eng buat di Penang tue? Salah ke cegah sebelum parah. Nanti bila dah jadi perkara yang buruk, ramai pula yang salahkan Polis sebab tak buat kerja. Bukan ker dalam blog nie kata dia mengaku dengan huru hara yang berlaku dalam setiap himpunan haram yang diaorang buat.

Puak pakatan kata himpunan haram ni, himpunan aman. Tapi kenapa tak nak buat dengan ikut prosedur. Bukankah sebelum ini korang ada minta permit dan pihak Polis benarkan dan perjalanan himpunan yang dibuat DIJAGA oleh Polis. Cuba ingat balik demo haram mana tu dalam kawasan Selangor.


Masih ada yang ingat dengan gambar di atas. Malam ambang merdeka di Dataran Merdeka, rakyat nak bersuka ria tapi apa yang puak korang buat. Masa nie lebih kurang aman jugak lah korang berdemo. Tapi perlukah perkara seperti ini berlaku. Korang baca DI SINI dan juga DI SINI.

Macam mana pulak dengan demo Bersih? Dulu pun korang pernah cakap demo ni aman, lebih kurang sama jer skrip dengan demo yang korang akan buat 31 Dec nanti. Apa jadi lepas tu? Gambar di bawah korang masih ingat tak??




Kalau nak berhimpun tanda protes sekali pun katanya perlu ke turun ke jalan raya memekik terlolong. GR pun tak suka dengan harga kos hidup nie naik mendadak. Apa kata kita protes dengan cara akal bukan nafsu.

Kalau dengan cara demo memekik terlolong nie boleh selesaikan semua masalah ker? Dua-dua kerajaan BN dan pakatan sama jer sekarang nie....harga barang cukai semua naik melampau-lampau. Amacam???


GR kata: Susah fikir kalau diri kita tak boleh terima perkara yang baik dalam diri nie.

1 comment:

Anonymous said...

Minah ni nak protes kenaikan harga bedak sejuk kot

Artikel pelbagai