Saturday, January 4, 2014

JANGAN CUBA MAINKAN HATI RAKYAT DENGAN DUIT #BR1M3.0 @NajibRazak @PMOMalaysia @HasanMalekKP @ahmadmaslan


Hanya kerana harga petrol naik, harga takrif elektrik naik? Harga barang pun turut menerima impaknya? Naik bagaikan tiada akhirnya. Siapa yang kena tipu atau ditipu?

Adalah Peniaga Cina Naikkan Harga Supaya Rakyat Marah Kepada Kerajaan?

Adakah ini sebahagian agenda politik yang menguntungkan DAP?

Kadar tarif elektrik yang naik dan impak kepada peniaga dan terutamanya rakyat.

Sejauh manakah kebenaran dan justifikasi untuk menaikkan harga barang...??

Sabotaj ekonomi sudah menjadi kebiasaan buat golongan chauvanis ultra kiasu rasis yang menguasai ekonomi negara.

Rakyat gagal untuk mengenal pasti siapakah punca dan dalang yang menyebabkan tekanan ekonomi dengan kenaikkan harga barang yang langsung tidak munasabah.

Ibarat menyalak ke bukit, itulah perumpamaan yang sesuai mengenai permasaalahan ini. Rakyat dan kerajaan ditekan oleh penyangak ekonomi di negara ini.

Sampai bilakah masalah ini berakhir dengan jalan penyelesaian yang baik? Adakah pihak Kerajaan benar-benar meneliti 'LAPORAN' yang diberikan pada mereka. Adakah 'LAPORAN' tersebut sejajar dengan suara dari akar umbi?


Kenapa pemberian BR1M kali ini tidak mendapat sambutan dari rakyat? Adakah rakyat sudah berfikir dengan waras dengan pengiraan yang tak perlu pandai matematik yang tinggi, mereka perolehi jawapan yang munasabah.

Memang betul kita seharusnya bersyukur dengan pemberian yang diberikan kerana ianya datang dari Yang Maha Esa. Adakah dikalangan pihak pemimpin atasan tak kisah dari mana pihak memikirkan masalah yang dihadapi sekarang "KOS HIDUP MENINGKAT"!!

Adakah dengan pemberian BR1M boleh menyelesaikan sedikit sebanyak kos sara hidup rakyat di Malaysia? GR harap PM Najib fikirlah jalan yang terbaik, jangan asyik dengar cakap dari 'PENASIHAT' kerana yang menjadi ketua negara adalah anda. 'Penasihat' hanya fikir diri sendiri atau pun mereka ada 'Udang sebalik Mee'....

CYBERJAYA – Lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baharu yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) pada 2014 masih belum mendaftar, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

“Saya menyeru mereka yang layak untuk segera mendaftar dan mengemas kini maklumat sebelum 31 Jan ini bagi memudahkan mereka untuk turut menerima perlindungan caruman takaful i-BR1M,” katanya.

Berhubung caruman takaful i-BRIM, beliau berkata kerajaan sedang memperhalusi perlindungan insurans dengan Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat insurans untuk dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Beliau meminta penerima BR1M 3.0 tidak melewat-lewatkan pendaftaran selain berharap agar kerajaan tidak melanjutkan tarikh pendaftaran itu.

“Sepatutnya rakyat telah belajar melalui BR1M 1.0 dan 2.0 dan tidak perlu memohon tarikh lanjutan kerana ini kali ketiga BR1M diagihkan,” katanya dalam sidang media selepas melawat kaunter BR1M di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberjaya pada Jumaat.

Ahmad berkata sekiranya penerima melewat-lewatkan proses pendaftaran kesannya kemungkinan perlindungan insurans i-BR1M tidak dapat diperoleh yang mana tempoh perlindungannya bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2014.

Beliau berkata kerajaan menjangkakan untuk tahun ini 7.9 juta rakyat layak menerima BR1M 3.0 dengan peruntukan RM4.5 bilion berbanding RM3 bilion untuk BR1M 2.0.

“Jumlah 7.9 juta ini termasuk 6.8 juta penerima sedia ada dan 900,000 pemohon baharu serta 200,000 ‘buffer’ bagi pemohon yang baru memasuki umur 21 tahun serta mereka yang mempunyai pendapatan RM4,000 ke bawah untuk tahun ini,” katanya.

Namun, kata Ahmad, hanya 4.4 juta daripada 6.8 juta penerima sedia ada telah mengemas kini maklumat nombor akaun bank, manakala 2.4 juta lagi masih belum berbuat demikian.

“Sehubungan itu, saya memohon agar penerima BR1M dapat mengemas kini maklumat nombor akaun bank mereka bagi memudahkan urusan,” katanya sambil menambah agihan pembayaran BR1M akan dibuat kepada mereka yang layak mulai Februari.

Melalui Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah layak menerima BR1M RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50.

Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 turut layak menerima sejumlah RM450 serta caruman takaful RM50 dan bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 juga layak menerima RM300. – BERNAMA

Kenaikan kos sara hidup hanyalah satu lagi pembohongan yang dilakukan oleh pembekal makanan, siapakah yang memantau harga barang mentah? Mereka boleh memberikan pelbagai alasan kenaikan kos tanpa disahkan sama ada benar atau pun tidak.

Kelemahan pihak kerajaan hanya mengharapkan informasi kos barang mentah semata-mata daripada pengilang dan pembekal. Sejauh manakah kesahihan kenaikan kos itu tiada siapa pun yang tahu. Sama ada mereka bohong atau tidak siapa yang tahu??

Kita jangan DIBODOHKAN dengan sogokan berita daripada pembangkang yang membutakan diri dari permasaalahan sebenar. Menabur kebencian rakyat terhadap kerajaan secara tidak langsung mengkayakan pengilang, pemborong dan pembekal Cina. Merekalah yang mengawal ekonomi makro negara ini.

Pihak kerajaan harus tambah lagi penguatkuasaan membenteras kenaikan harga dan sorok barang kawal yang dilakukan oleh penyangak ekonomi. Bukannya mengikut rentak mereka dengan memberikan statement yang tak masuk akal. Fikirlah pemasalahan rakyat, yang cukup makan dan tak cukup makan mereka semua merasa subsidi yang diberikan oleh Kerajaan.

Kita sedia maklum hampir 99% produk di pasaraya besar seperti Carefour & Tesco bukanlah produk Bumiputera, mengapa produk produk hebat yang dipamerkan di MIHAS tak ada?

Apa yang tak kena? Di manakah silapnya? Adakah orang Melayu sendiri tidak mahu produk bumiputera atau produk bumiputera tak laku dipasaran??


GR kata: Tepuk dada tanyalah hati....

No comments:

Artikel pelbagai