Wednesday, April 3, 2013

VIDEO @NajibRazak YANG @anwaribrahim TAK BOLEH LAWAN!


Alhamdulillah pada hari Sabtu yang lepas dengan izin Allah S.W.T, DS Najib Razak dapat mengerjakan Solat Isyak berjemaah bersama jemaah Tabligh di Masjid Bdr Baru Sri Petaling. Masjid ini juga merupakan markas tabligh terbesar di Malaysia.

DS Najib Razak juga dapat meluangkan masa bersama mengikuti program mingguan yang biasa diadakan pada hari Sabtu di masjid tersebut. Dalam tazkirah ringkas yang diberikan oleh DS Najib tiada sebarang pun yang ke arah politik. Inilah yang sebaiknya dan diajar dalam Islam.

Masjid bukan medan untuk kita berpolitik. Masjid adalah tempat untuk kita beribadat dan menuntut ilmu Islam. Masjid adalah tempat menyebarkan syiar Islam dan hidayah untuk umat seluruh dunia seluruh alam.




GR kata: Kejayaan manusia adalah agama, sejauh mana taat perintah Allah dan ikut sunnah Rasulullah SAW pasti berjaya dunia dan akhirat.

No comments:

Artikel pelbagai