Saturday, April 6, 2013

RAKYAT AKAN KUBURKAN SISTEM KRONI PEMBANGKANG #PRU13 INI!


Dimanakah perjuangan Pakatan Rakyat kononnya anti kronisme dan nepotisme? Setiap kali mereka akan mengatakan UMNO/BN semuanya salah dan korupsi sedangkan perjuangan dalam pakatan haprak juga berbeza kerana mereka tidak satu hati.

Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan “hitam” Pas iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. Inikah makna rakyat biasa diutamakan?

Wujud pergolakan dalaman PAS Kelantan sekarang kerana pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang timbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Yusof.

PAS letak calon wanita separuh hati sekadar untuk kelabui mata orang ramai. Sebab itu wanita diberi kawasan yang PAS jangka akan kalah teruk. Kalau anak Nik Aziz jantan mengapa tidak bertanding lawan Tok Pa? Barulah betul kata sejak apa yang mereka canang rakyat menyokong penuh pakatan haprak. Buktikan jangan mimpi dinihari pulak nanti yer.

Apa punya parti, kawasan ada peluang menang hantar anak beranak. GR terima maklumat dari sumber PAS pusat, Siti Zailah enggan bertanding di Jeli kerana tahu beliau tidak akan menang melawan Tok Pa. Jelas dalam PAS mereka tidak boleh buat sebarang keputusan dan calon main hentam keromo saja.

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang  dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?
Pakatan Rakyat memang parti anak beranak!


GR kata: Lepas ni anak bapak takkan mengaku ada pertalian darah!!

No comments:

Artikel pelbagai