Saturday, April 20, 2013

UPDATE #PRU13: PEMBANGKANG DI BAGAN DATOK HILANG ENTAH KE MANA!


Penamaan calon hari ini menunjukkan satu lawan satu antara DS Zahid Hamidi dan Madhi Hassan di Bagan Datok. Menjadi persoalan GR hari ini, di manakah penyokong pakatan haprak di Bagan Datok. Perarakan jentera semasa penamaan calon korang tengoklah sendiri gambar di atas...buat edit tau. He he he

Ternyata rakyat Bagan Datok kenal siapa pemimpin yang selama ini memberi perkhidmatan terbaik pada mereka. Rakyat Bagan Datok tak mahu tukar pemimpin yang sebaik DS Zahid Hamidi.

Laluan mudah untuk DS Zahid Hamidi di Bagan Datok pada PRU13 ini. Rakyat Bagan Datok memang buat pilihan yang bijak sebab mereka tak mahu pemimpin MALAS macam pakatan haprak.

Ramai ni jer ke pencacai Pakatan Bagan Datok...


Sokongan hebat jentera BN Bagan Datok


BAGAN DATOH 20 April - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dicabar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Madhi Hasan dalam pertandingan satu lawan satu di Parlimen Bagan Datoh pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Ahmad Zahid, yang menyandang kerusi itu sejak 1995 mengemukakan kertas pencalonannya pada pukul 9.10 pagi diikuti oleh Madhi enam minit kemudian di Dewan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan di sini.

Turut mengemukakan borang pencalonan ialah calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, yang akan dicabar Mohd. Misbahul Munir Masduki daripada Pas.

Calon BN yang turut mengemukakan borang pencalonannya ialah muka baharu daripada MIC, R. Supramaniam, yang akan berhadapan pertandingan tiga penjuru dengan calon Parti Berjasa, Azhari Abdullah dan seorang calon bebas, Mat Sidi Hashim.

Pada pilihan raya umum lalu, Ahmad Zahid, 60, yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh menewaskan calon yang sama dengan majoriti 2,692 undi. - UTUSAN ONLINE


GR kata: SU PAS Rungkup arah puak PAS Bagan Datok bagi sokongan penuh pada Zahid Hamidi PRU13 nie!

1 comment:

Kipas LED Pru13 said...

semoga menang besar, jgn bagan datok je semua tempat mesti camni http://bit.ly/10tRRDQ

Artikel pelbagai