Tuesday, April 16, 2013

#PRU13: 12 MUKA BARU BAKAL BERI PERUBAHAN TERBAIK UNTUK RAKYAT DI W.PERSEKUTUAN

Baru sebentatar tadi YAB TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman calon-calon W.Persekutuan Pilihan Raya Umum 2013 serta pemberian watikah kepada mereka.

BN W.Persekutuan telah mengetengahkan 12 calon muka baru yang rata-rata mereka ini diterima oleh rakyat dan boleh membawa perubahan kebaikan kepada rakyat.

YAB TPM juga memberitahu kesemua calon-calon WP ini telah lama turun padang berjumpa dengan rakyat. Bukan saja itu, mereka juga membantu menyelesaikan masalah-masalah rakyat kerana mereka selama ini tidak diambil peduli oleh Ahli Parlimen yang sedia ada sebelum ini terutama dari pakatan pembangkang.

Beriku adalah senarai calon BN yang bertanding di WP:

1. P114 Kepong: YBhg Datuk Chandrakumaran.
2. P115 Batu: En Dominic Lau
3. P116 Wangsa Maju: YBhg Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah.
4. P117 Segambut: Pn Jayanthi Devi Balaguru
5. P118 Setiwangsa: YBhg Datuk Ahmad Fauzi Zahari.
6. P119 Titiwangsa: YBhg Datuk Johari Abdul Ghani.
7. P120 Bkt Bintang: En Gan Joon Zin
8. P121 Lembah Pantai: YB Senator Datuk Raja Nong Chik
9. P122 Seputeh: Pn Nicole Wong
10. P123 Cheras: En Teoh Chee Hooi
11. P124 Bdr Tun Razak: En Tan Kok Eng
12. P125 Putrajaya: Ybhg DS Tengku Adnan Tengku Mansor
13. P166 Labuan: En Rozman Datuk Isli

Inilah calon PRU13 bagi WP yang dipilih oleh YAB PM DS Najib Razak. Tranformasi inilah yang membawa perubahan besar dalam senario politik negara yang pasti bawa kebaikan pada rakyat.

TPM juga memberitahu tiada unsur sabotaj dalam parti dan calon yang dipilih kali ini telah dikaji sehabis baik dan paling penting mereka ini diterima sepenuh oleh rakyat serta boleh memberi perkhidmatan yang terbaik untuk mereka.

Pada rakyat W.Persekutuan, keluarlah mengundi pada 5 Mei 2013 nanti. Undilah dan berikan mandat pada 13 calon WP yang pasti akan memberikan perkhidmatan di kawasan anda.


GR kata: Undi BN pasti BR1M dapat lagi. Janji Ditepati!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Artikel pelbagai