Monday, January 14, 2013

HOT: TAHNIAH MAT SABU AKAN RAMPAS JAWATAN PRESIDEN PAS DARI HADI AWANG??


Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada Sabtu lepas telah pun berakhir. Masih menjadi tanda tanya GR dan juga rakyat Malaysia, adakah perhimpunan seperti ini akan kerap diadakan lebih-lebih lagi belum PRU 13 lagi. Berapa kalikah ianya akan dilakukan, adakah setiap bulan, minggu atau pun tahun? Dengan mengadakan himpunan seperti ini adakah mencapai matlamat yang diinginkan atau pun hanya mengakaburi pemikiran serta nasib rakyat saja??

GR terbaca artikel dari portal penipu rakyat HarakahDaily yang mengucapkan tahniah pada Mat Sabu kerana berjaya menarik 1 JUTA RAKYAT MALAYSIA berhimpun di dalam dan luar Stadium Merdeka. Persoalannya di sini adakah benar jumlah rakyat Malaysia yang hadir seramai 1 juta?? Jika kita fikir secara rasional jika 1 juta rakyat yang hadir, bagaimana keadaan sekitar dalam dan luar stadium tersebutkan. Lihat gambar yang sebenar dari sumber yang boleh dipercayai bukan gambar yang diedit kerana mahukan sokongan. Sanggup menipu rakyat, dan harus diingat wahai Mat Sabu...rakyat tidak bodoh macam yang hang selalu cakap dalam ceramah, fikir jugakan otak jangan gunakan pungkok. Perli Anwar Ibrahim ker? Hi hi hi


Setelah membaca artikel di atas, GR pun bertanyakan pada sumber dalam PAS mengenai kesahihan ini. Beliau mengatakan apa yang Mat Sabu lakukan sekarang adalah cara beliau melobi awal untuk menjadi Presiden PAS yang akan datang. Aik? Takkan dengan mengetuai demontrasi membolehkan beliau layak menjadi presiden? Orang-orang PAS ada sebilangan mereka dah tak berpuas hati kerana sudah mula sedar fahaman Mat Sabu jauh tersasar.

Mengenai perhimpunan pula, beberapa persoalan yang perlu kita fikirkan bersama :

1. Kenapa baru sekarang Pakatan Haprak mengatakan mereka berjaya mengadakan perhimpunan yang boleh dikategorikan aman? Tidak seperti Bersih 1.0 hinggalah Bersih 4.0?

 2. Kenapa baru sekarang mereka mengiktiraf kerja pihak Polis yang berjaya mengawal keselamatan dan ketenteraman awam ketika perhimpunan berlangsung?

3. Kenapa baru sekarang mahu bezakan perhimpunan ini berjaya berbanding dengan yang lepas? Kenyataan pada perhimpunan-perhimpunan sebelum ini pun mereka kata berjaya?

4. Tugas Unit Amal PAS disanjung tinggi untuk kali ini dan sama juga dengan perhimpunan yang lepas-lepas? Kawalan keselamatan yang sama pada yang lepas kenapa tidak boleh digunapakai sejak dahulu lagi?

5. Kenapa masih tidak boleh mematuhi syarat yang diberi persetujui oleh Pakatan dan pihak Polis? Syaratnya Pakatan sendiri yang tahukan...sebab diaorang yang buat.

6. Kenapa perhimpunan Pakatan Haprak adakan masih tidak mencapai target yang diinginkan??

7. Perhimpunan khas untuk Shamsidar, tapi di mana kelibat beliau tidak muncul-muncul??


Soalan-soalan yang GR tujukan khas untuk puak Pakatan jawab. GR bukan nak sentuh di sini jumlah kehadiran tapi inilah yang mereka kata dengan ego sekali bahawa rakyat bersama mereka. Jika rakyat bersama mereka kenapa keseluruhan rakyat Malaysia menyahut serta bersama kepimpinan YAB Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia ke arah negara maju. MOHON JAWAB!!

Jika mereka kata perhimpunan khas untuk Shamsidar ini berjaya, apa jasa Shamsidar untuk Malaysia? Apa yang beliau buat sehinggakan rakyat Malaysia harus mengangkat beliau? Anwar hanya gunakan rakyat untuk tutup kes beliau dengan Shamsidar seperti yang telah didedahkan oleh Nala. Buat kerja perlulah gentle wahai Anwar, barulah layak dipanggil pemimpin. Bukannya jadi pemimpin yang syok sendiri.

Mat Sabu berjaya?? Berjaya dari segi apa? Puak PAS Solat Zohor di stadium pun Mat Sabu tak boleh perbetulkan, malah menyokong...ini yang dikatakan berjaya?


Mazhab mana yang PAS gunakan yer? Dalam PAS bersolat boleh berkiblatkan Anwar atau pun Nik Aziz yer sebab itu 'DIJAMIN' masuk Syurga yer? Na'uzubillah....kita doakan mereka ini bertaubat dan Allah S.W.T bukakan pintu hati mereka untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah. Kalau dalam stadium tu kan ada arah kiblat, takkan tak der suraukan? Ikut arah yang telah ditunjukkan lagi senang....solat apa zip zap macam ni. Ini yang Mat Sabu kata berjaya yer....Syabas bro!!! Hancussss.....


GR kata: Mat Sabu jadi Presiden, puak PAS pun benci. Macam mana tu??

1 comment:

glassman said...

entah berapa banyak laa Mat Sabu dapat jolok dari Anwar, pasti datang dari dana Soros nii.. juta2 gerenti,, mana nak jolok penyokong suruh datang lagi, dengar dapat sorang RM300...

Artikel pelbagai